Jika sebelum ini (atau sekarang ni) kita rasa rezeki kita macam tak cukup, ada saja yang tak kena. Salahnya mungkin ada pada kita sendiri.
Memang betul kita kena bersyukur, tapi kita juga wajib usaha untuk mendapat rezeki yang lebih dari Allah. Namun usaha je tak cukup tanpa tawakal.
Kisah pasangan suami isteri ni sangat menarik. Dulu masa kahwin zero. Apa pun tak ada. Dulu juga mereka tak solat sampai dulu surah dan cara solat. Namun, bila mereka istiqamah dalam mengamalkan tips RAHSIA ini, rezeki mereka melimpah ruah tak putus.
Kisah ini dipetik menerusi Facebook Mentari Hidup Full.
Ini cerita betul, bukan mitos, cerita dongeng ke apa. Saya suami isteri kahwin muda lepas belajar. Lepas kahwin ‘kosong’, duit zero. Kawan2 lain keje, kami tak nak keje. Nak niaga. Kami naik sampai sekarang dengan berpaksikan hidup nak berubah demi Allah. Dari zero sekarang bolhe tolong mak ayah, rumah selesa, ade kereta selesa, makan mewah, ade duit simpanan boleh kata banyak jugak. Kiranya kekadang tak tahu macamana boleh senang macam sekarang. Kita kekadang lupa Allah ada. Banyak cara sebenarnya dia boleh tolong kita kalau kita mintak kat dia. Kalau mintak kat manusia sapa nak layan?
Dulu tak solat, sampai lupa dah ayat2 semua, kena baca balik buku cara2 solat, pelan2 solat, tak bolhe tinggal, kena sungguh2 taubat.
Suami hari2 solat dhuha, yang mana saya tak mampu yang tu. Tiap pagi dia akan solat dhuha, tak boleh tinggal kata dia solat dhuha tu wajib. Sebab kita tak ada bos. Bos kita Allah. Jadi kena presentation lebih kat Allah.
Dulu orang gelak kami niaga online, sekarang alhamdulillah ramai kawan2 and keluarga nak berniaga jugak.
Dulu saya ingat hidup kena 80% usaha, 20% tawakal. Tapi sebenarnya = 80% tawakal, 20% usaha. Dari dulu saya seorang yang pentingkan usaha, exam wajib stay up malam, kena usaha. Solat tak payah. Apa ade dengan solat dapat gak A. – ayat seorang jahil. Astagfirullah.
Saya bercakap jujur dengan pengalaman sendiri.
Sila amalkan ini.
Maksud REZEKI
– kasih sayang
– kewangan
– kesihatan
– ibadah
Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dalam RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000
Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah. Call mak setiap hari. Mintak maaf dengan mak. Mintak mak redha dengan apa yang kita buat.
Nak rezeki melimpah ruah. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak
**pergi pejabat zakat berdekatan. Tanya terus dengan diorang camne nak bukak tabung2 ni**
Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)
AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT
1. Solat awal waktu
Lelaki – 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!
2. Solat Dhuha
– eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
– Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
– Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8. Ikut kemampuan. Setiap 2 rakaat kena bagi salam.
Jadilah JUTAWAN yang memberi manafaat pada orang lain!
3. Tahajjud
– buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa. Buat secara konsisten
– Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia, kalau orang tak nak kita akan frust kecewa! Tapi present plan pada Allah. Kita takkan rasa kecewa. Merengek merintih pada Allah apa yang kita nak. Apa yang kita impikan. Apa yang kita nak capai dalam hidup! Biar jelas. Kalau nak jadi jutawan.Doa nak jadi jutawan berkat tahun ni.
– Mintak semua pada Allah. Nak pakai Ferrari. Nak ada RM10 juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini. Nak beli rumah bunglo. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah. Mintak yang besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!
Belajar berlapang dada. Redha dengan setiap masalah & ujian yang Allah bagi. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar. Redha kan semua tu. Belajar redha. Sebab ade sorang peserta tu adik dia pinjam 98 ribu dah bertahun2 tak bayar. Pastu dia belajar redha. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yang 10 tahun lepas punya kes.
4. Sedekah
– beri sedekah dengan perasaan. Contohnya,
Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat macam ni dengan penuh perasaan)
Buat TABUNG SUBUH
– Masukkan duit setiap hari selepas subuh. Masukkan dengan penuh perasaan doa pada Allah. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dan lain-lain.
Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal
9 kali kena yakin!!
5. Baca Al-Quran
– paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan. Buat setiap hari. Jadikan amalan!
– Kalau bersedih. Baca Quran. Kalau sakit. Baca Quran.
6. Istighfar setiap hari
7. Jaga Wuduk setiap hari
– latih badan sentiasa ada wuduk. Kalau masalah kentut. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang. Hehe!
Contoh dalam wuduk pastu gi jumpa client. Pasti terkentut. Jangan la pi ambik wuduk pulak. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sebab masih dalam proses latihan. Bagi kelonggaran pada diri. Jangan berubah secara drastik.
Latih diri MEMBERI di waktu tiada bukan bila dah KAYA! TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU
Setiap kali lepas solat. Pejam mata. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri. Tarik nafas macam biasa. Rasakan degup jantung kita. Pastu bayangkan muka mak. Mintak maaf pada mak jika ada salah, maafkan mak jika mak ada salah. Mintak mak redha kan semua yang kita buat. Pastu bayangkan muka ayah. Buat benda sama. Pastu bayangkan muka isteri. Muka suami. Muka anak2. Maafkan semua orang.
Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luarbiasa dari Allah.
Semoga bermanfaat dan dijadikan pengajaran untuk kita semua.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI