Kalau pandai deko, rumah flat pun boleh bertukar nampak ala kondo, bukan sebab guna barang mahal tetapi dek kerana bijak atur perabot dan hias ruang.
Setiap rumah flat memiliki ruang yang hampir lebih kurang keluasannya. Apa yang membezakan ialah dekorasi dan ambience di dalamnya. Perkongsian dekorasi kediaman Mas Aura ini boleh dijadikan inspirasi buat mereka yang sedang berkira-kira untuk menghias kediaman jenis rumah flat.
Dengan keluasan 650 kaki persegi, wanita ini berjaya menghias kediamannya persis kondominium. Jom kita ‘cuci mata’ hasil dekorasi yang telah siap disempurnakan.
Ads
Ads
Ads
Selit cermin dan almari di ruang yang sempit begini akan nampak lebih berseri dan cantik.
Jadi, jika anda direzekikan dapat rumah flat pun tak mengapa. Asalkan pandai deko dan rajin kemas rumah, inshaa Allah suasana setiap ruang akan nampak cantik dan selesa.
Merancang satu-satu majlis perkahwinan bukannya mudah. Perlu ada perancangan rapi beberapa bulan sebelum tibanya majlis langsung. Banyak perkara yang perlu ditimbangkan dalam merancang majlis kahwin antaranya kos perbelanjaan, tempahan pakej perkahwinan, barang perkahwinan serta bermacam lagi.
Kekangan masa dan komitmen dengan kerjaya antara faktor yang menyebabkan pasangan sukar berjumpa untuk berkomunikasi setiap masa. Sebab itulah pentingnya pasangan yang ingin berkahwin duduk bersama dalam merancang perjalanan majlis agar majlis dapat berjalan dengan sempurna.
Sebenarnya pihak siapa yang perlu mengadakan majlis kenduri kahwin?
Melalui satu perkongsian diTikTok, muizkedap telah memuat naik satu video yang menyentuh tentang soalan yang diajukan oleh salah satu jemaah kepada penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus (UAI).
Berikut jawapan Ustaz Azhar Idrus.
MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT HUKUM ISLAM
Jika anak perempuan nak kahwin siapa kena keluar belanja kahwin tersebut? Mana ada belanja anak perempuan. Jika mak bapa dia nak buat kenduri maka mak ayahlah keluarkan belanja.
Pengantin perempuan mana sunat kenduri kahwin. Pengantin lelaki je yang sunat. Hukum pengantin perempuan mengadakan majlis perkahwinan adalah harus. Nak buat boleh tak ada masalah, tak buat pun boleh. Itu adalah hukum Islam.
Dalam Islam, bila kahwin, pengantin lelaki sahaja yang sunat buat kenduri.
Berkenaan budaya dalam kalangan masyarakat di negara kita yang melakukan majlis perkahwinan sebanyak dua kali iaitu sekali di rumah pengantin perempuan dan juga majlis di rumah pengantin lelaki, secara asalnya hukumnya adalah harus selama tidak berlaku israf dan pembaziran.
Hal ini kembali kepada apa yang disebutkan oleh sebuah kaedah yang masyhur:
العادة محكَّمة
Maksudnya: Adat itu menjadi penentu hukum.
Ini bermakna, adat itu boleh menjadi penentu atau pemutus hukum dalam permasalahan-permasalahan yang berlaku. Yang mana permasalahan tersebut tidak terdapat padanya dalil-dalil yang jelas dalam menjelaskan hukumnya.
Hendaklah majlis perkahwinan itu dilakukan secara sederhana mengikut kemampuan dirinya sendiri (pengantin lelaki) tanpa perlu israf dan juga membazir. Inilah hikmah dari arahan Nabi SAW kepada Abd al-Rahman bin ‘Auf di atas bahawa biarlah diadakan walimah, sekalipun dengan seekor kambing.
Ibu bapa kepada bakal-bakal pengantin, sentiasalah mempermudahkan urusan anak-anak dalam mengadakan majlis perkahwinan. Paling penting biarlah anak-anak dapat melayari bahtera perkahwinan dengan sebaiknya.
Jodoh di TikTok, beza 35 tahun pun tak halang suami isteri ini bersatu. Walaupun wanita yang berasal dari Kelantan ini sudah berusia 62 tahun, dia menerima jodohnya dengan lelaki bujang berumur 28 tahun dengan hati terbuka.
Menerusi perkongsian Rokiah di tiktok, pertunangan mereka berlangsung pada 6 Jun 2022 selepas mula berkenalan di media sosial pada 21 Oktober 2021. Tidak mengambil masa lama untuk mengenali hati budi, di sebalik perbezaan usia itu keduanya mengikat janji tiga bulan kemudian iaitu pada 9 September 2022 untuk disatukan sebagai suami isteri.
Selepas berkongsi di media sosial, kisah unik cinta pasangan berbeza usia 35 tahun ini meraih perhatian media kerana jarak usia di samping dirinya sudah bergelar nenek sementara suaminya, Mohammad Amin Jundail seorang lelaki bujang.
Walau dilihat agak jauh perbezaan usia umpama nenek dan cucu atau ibu dan anak tetapi pasangan ini dilihat begitu bahagia. Tambah lagi Rokiah dilihat seakan tidak makan usia meski pun sudah bergelar warga emas.
Dalam satu petikan temuramah bersama MStar, Mohammad Amin atau lebih dikenali sebagai Adam yang berasal dari Sabah, pada awalnya dia hanya mahu berkenalan saja dengan isterinya yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu.
“Tapi makin lama perasaan sayang semakin menebal. Dari rasa sayang hingga rindu timbul dalam diri hingga sukar untuk saya ungkapkan perasaan itu bagaimana. Tambah lagi, isteri bukanlah usahawan ternama sebaliknya hanya biasa-biasa saja. Saya percaya Allah sudah menetapkan jodoh saya bersama isteri,” katanya.
Jika sebelum ini mereka hanya berhubung melalui mesej, panggilan telefon namun pada Disember 2021 saya datang ke Semenanjung.
“Bukan terus bertemunya tapi saya cari kerja dulu sebagai tukang urut di Johor buat mengumpul duit. Tepat pada hari jadi saya, 10 Januari 2022 barulah saya bertemunya di Kelantan. Adam memaklumkan ketika mereka bertemu, isterinya itu memiliki 11 anak, 22 cucu dan seorang cicit di mana anak sulungnya sendiri berusia 45 tahun.
“Tapi Allah sudah mengatur jodoh kami dan saya bersyukur di atas pertemuan ini,” katanya yang merupakan anak ke-8 dari 10 beradik berasal dari Semporna, Sabah.
Dalam pada itu, Rokiah turut mengakui walau usianya 62 tahun namun dia terasa seperti usia 40 tahun. Masih sihat, insya Allah.
Ditanya mengapa dia menerima lelaki jauh lebih muda darinya itu pada peringkat usia anak-anaknya saja, kata Rokiah, dia menerima suaminya Adam kerana dirinya baik. “Sangat bertanggungjawab dan caring.Paling penting dirinya penyabar,” katanya memaklumkan dirinya suri rumah sepenuh masa.
Dalam pada itu Adam turut memaklumkan, dia bersyukur dipertemukan jodoh dengan isterinya.
Allah sudah atur sebaiknya. Dia pelengkap tulang rusuk saya. Walau beza usia, kehidupan kami bahagia dan aman damai. Isteri juga caring dan pandai masak. Dia sempurna di mata saya serba serbi. Anak-anaknya juga menerima saya dengan baik. Alhamdulilah atas jodoh ini,” katanya yang memohon doa agar rumahtangganya terus bahagia.
Kalau dapat suami minat menghias, sentuh dengan bahan bajet pun tetap nampak hasilnya. Terus jadi berseri kediaman.
Ini lah untungnya dapat pasangan jenis yang kreatif, tak mustahil benda murah boleh digunakan untuk dekorasi dan hasilnya tetap cantik.
Haaa… cuba tengok dekorasi daripada Puan @dian.jaunah yang berkongsi idea hias dinding rumah. Hanya menggunakan sellotape atau pita pelekat dia berjaya menghias feature wall untuk bilik tetamu. Ringkas tapi cantik dan berseni.
Okay, anda hanya perlu sellotape dan kreativiti.
Ukur untuk buat frame.
Hiasan boleh ikut kreativiti, boleh ambil idea dari pinterest juga.
Ini hasilnya, nampak tak seninya?
Boleh juga dibuat pada sudut kediaman yang dirasakan kosong.
Jadi selepas ini, anda boleh bergabung dengan pasangan untuk hasilkan ruang rumah secantik ini. Yang penting cantik dan jimat!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...