Gambar Sekadar Hiasan

Tipulah kalau rumah tangga tiada dugaan tetapi ia bergantung pada cara kita mengemudi bahtera tersebut. Rumah tangga yang bahagia memerlukan tolak ansur, komunikasi dan persefahaman antara suami dan isteri. Jika tiada komunikasi, bagaimana pasangan mahu mengetahui apa yang terpendam di dalam hati anda?

Rumah tangga memerlukan kedua-dua pihak untuk menjayakannya. Bagaimana mahu memiliki rumah tangga yang berjaya jika hanya seorang sahaja yang berusaha untuk mempertahankannya? Bantulah pasangan anda dalam urusan rumah tangga, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak.

Janganlah berharap semuanya isteri yang buat. Sekali sekala, anda pun tolonglah isteri anda di rumah. Jika isteri masak, suami tolonglah basuh pinggan dan periuk. Jika isteri nampak kepenatan, tolonglah uruskan anak di rumah. Jangan diletakkan semua pada bahu isteri. Isteri juga manusia seperti anda, bukannya robot.

Rumah Tangga Perlu Ada Tolak Ansur & Persefahaman. Barulah Kekal Bahagia!

Benarlah seperti kata Hani Mynis di laman Facebook miliknya. Isterimu diciptakan dari tulang rusukmu. Bukan dari kepala untuk dijunjung dan bukan pula dari kaki untuk dipijak. Isterimu bukan orang bawahanmu. Rumah tangga adalah tanggungjawab kedua-dua pihak untuk menjayakannya. Its takes two to tango.

Ayuh kita baca perkongsian penuh oleh Hani Mynis.

************************************************************************
Post “Apa nak buat kalau isteri balik kerja pukul 6.30 ptg tapi suami mahu makan sharp jam 8 malam” – SEDIKIT PEDOMAN

Hani jarang-jaranggggg sangat nak mengulas topik-topik viral kat sosial media di atas sebab-sebab mengambil prinsip sentiasa berlapang dada dengan perkongsian atau post orang lain Tapi disebabkan hari ini inbox hani meriah pm meminta ulasan terhadap tips yang diberikan oleh tuan tanah (TT) maka nya hani gigihkan juga diri untuk taip panjang2. Yang nak baca silakan baca.

Hani difahamkan, apa yang tuan tanah tulis bukan lah mengenai kehidupan peribadi beliau tetapi sebuah tips yang diberikan kepada sahabat beliau. Ni faktanya.

IKLAN
Rumah Tangga Perlu Ada Tolak Ansur & Persefahaman. Barulah Kekal Bahagia!
Sumber: Google

Tips yang beliau bagi kepada sahabat beliau mungkin jelek dimata kita tapi mungkin sebenarnya praktikal untuk sahabat tersebut. Macam mana jelek pun sekali kita, kita tak berada di kasut sahabat tadi. Mungkin tips yang TT beri itu sehabis baik utk menyelamatkan rumahtangga sahabatnya. Harap kita berlapang dada tang ni walaupun terpaksa.

Masalahnya disini (ha disini timbulnya masalah) bila TT share tips nya kepada public. Dimana pembaca nya ialah netizen terdiri daripada pelbagai latar belakang. Yang baru nak hidup. Yang belum kahwin. Ada yang lurus, ambil2 bulat2 tips tersebut dan merasakan its ok untuk buat mcm disarankan dalam tips. Ia meninggalkan impression yang semua itu isteri kena buat. Isteri kena jadi superwoman. Uruskan anak. Uruskan rumah. Bekerja pula lagi. Its ok untuk suami dilayan seperti raja. Isteri kena bergerak seperti robot. Isteri dilayan seperti hamba. Suami ialah bos isteri. Inilah perspektif yg org nampak dr post TT ni. Ini adalah merisaukan.

Rumah Tangga Perlu Ada Tolak Ansur & Persefahaman. Barulah Kekal Bahagia!
Kredit: Pinterest

So ini pesanan hani untuk para suami (khas utk suami seperti suami sahabat TT)

Isteri mu diciptakan dari tulang rusukmu. Bukan dari kepala untuk dijunjung, dan bukan pula dari kaki utk dipijak. Isterimu bukan orang bawahan mu. Bukan juga hambamu. Rumahtangga adalah tanggung jawab dua-dua pihak menjayakannya. Its takes two to tango, kan? Berikan lah sedikit belas kasihan untuk sidia yang menjadikan rumah mu sebuah rumah, yang menjadikan mu seorang ayah. Tak tahu mana nak mula?

1. Kurangkan jangkaan mu. Lower down your expectation. Jangan expect rumah kemas 24 jam. Lagi-lagi kalau ada anak kecil. Jangan expect isteri (kalau x bekerja) sambut anda balik kerja dengan siap dandan rapi. Jangan expect sharp pukul 8 makan dah tersedia. Jangan! Letaklah diri anda di tempat isteri anda.

2. Tuan mungkin terkejut membaca ini. WARNING! Hal ehwal dan tanggungjawab menguruskan rumah bukan hak isteri. Isteri lakukan kalau tak sebab cinta tapi sebab ehsan kepada mu. Jangan sampai hilang kedua ini ya, tuan. Oleh itu, ringan-ringan kan lah tangan dan gunakan kudrat kesasaan tuan untuk sama-sama melakukan kerja-kerja rumah. Tak hilang macho tuan kalau tolong isteri jemur baju atau basuh pinggan. Percayalah.

IKLAN

3. Jaga mulut tuan. Kerana kata-kata adalah lebih tajam dari sebilah pedang. Tuan tak puas hati cara isteri uruskan anak? Jangan cakap je tuan, tunjuk caranya. Guide. Buat sama-sama. Ingat, tuan dan isteri kan partner. Bukan bos dan kuli.

Rumah Tangga Perlu Ada Tolak Ansur & Persefahaman. Barulah Kekal Bahagia!

Cukup lah tiga ini dulu. Banyak lagi sebenarnya, tapi Tuan follow tips tiga ni dulu, title suami soleh suami mithali dalam genggaman tuan.

Dan ini pula pesanan hani buat para isteri (khususnya yang mengalami nasib seperti sahabat TT)

1. Kurangkan jangkaan mu, sayang! Its ok not to be perfect! It’s ok not to be superwoman. You dont need to! You can do anything but you can not do everything! Tak mengapa kalau tak sempat nak masak, tapau je makanan kedai. Its ok kalau tak larat kemas, hire sahaja cleaner. Beli makanan kat luar atau hire pembantu doesn’t make us less of a woman. You just do you, dear.

IKLAN

2. Instead of trying to be perfect, be organised! Salah satu kunci menjadi seorang yang tersusunatur : delegate Puan! Jangan takut suruh anak buat kerja. Kalau anak masih kecil, jangan takut suruh suami. Puan pelajari ilmu meminta pertolongan dari suami ya. Ada banyakk cara boleh dipraktikkan. Jangan risau, setakat buat kerja rumah sedikit tak hilang nya sifat kelakian beliau. Bertambah lagi insyaAllah ada.

3. Know your self worth, Puan. Jangan pendam. Suara kan. Tak semestinya kena bertegang urat atau bergaduh. Banyak cara lagi. Bila Puan tahu nilai dan harga diri Puan, puan akan rasa sayang lebih kat diri sendiri. Kalau Puan tak sayang (baca:hormat) diri sendiri, sukar utk orang lain hormat Puan. Sesekali sekali tak salah Puan buat aktiviti self-care. Dapatkan me-time Puan. Sayangi diri ya. Kerana dirimu begitu berharga.

Rumah Tangga Perlu Ada Tolak Ansur & Persefahaman. Barulah Kekal Bahagia!
Sumber: Google

Banyak lagi nak tambah tapi cukup juga 3 ni dulu ya Puan. Kang panjang sangat hani tak pandai nak lukis.

Semoga puan sahabat TT dan senasib dapat sedikit manfaat dari perkongsian hani ni. Yang bernasib baik, mohon share juga sehingga sampai ke pembacaan sahabat TT ya.

Sekian perkongsian hani mengenai post yang viral harini. Yang baik jadikan tauladan. Yang buruk jadikan sempadan.

Semoga bermanfaat

Yours truly,
#drurusrumah
#hanimynis
#samasamapenat
#samasamarehat
#roadtojannah
#urusrumahwithhani

Sumber: Facebook Hani Mynis

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI