Ads

Rupanya Kalau Kita Suka Sedekah Pada Adik Beradik, Hidup Lebih Kaya Raya

Kita selalu sangat rasa sempit rezeki. Duit cepat habis, hidup tak keruan dan macam-macam lagi. Ada sesetengah orang pula susah sangat nak keluar duit untuk bersedekah, apalagi untuk ahli keluarga sendiri.

 

Baik yang sudah berkahwin atau masih solo, sentiasalah beringat bahawa setiap kali kita hulur duit pada keluarga, makin mencurah-curah rezeki Allah beri pada kita. Lebih-lebih lagi untuk mak dan ayah.

Rupanya Kalau Kita Suka Sedekah Pada Adik Beradik, Hidup Lebih Kaya Raya

Sebenarnya bila adik beradik bergaduh menunjukkan telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu..sebab tu penting jaga hubungan dengan adik beradik.. Kalau kita tengok ada yg adik beradik kita susah sikit..dan Allah bagi kita rezeki lebih.. Bantulah adik beradik kita..sebaik baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yg terdekat..kata nabi saw..

Ads

Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di bangi saya x nak tag nama dia.. Nama dia haris… Baru umur 40 lebih.. Tapi kaya raya.. Rumah besar nak mati.. Suka bantu orang.. Banyak bg pendapat dan bantu saya.. Dia kata “Khalil.. Saya dulu agak berkira dengan adik beradik. Walaupun saya kaya..

Tapi bila dah kenal agama sikit2 ni.. Hidup saya berubah banyak.. Saya banyak bantu adik beradik.. Rupa rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya start tak berkira dnegan adik beradik saya.. So khalil kalau ada adik beradik susah bantulah mereka.. Tengok lah Allah bagi rezeki kat u melimpah ruah..”

Ads

Terus teringat seorang ustaz kata “salah satu punca hidup kita sempit.. Susah.. Sebab putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga..” YaAllah.. Takutnya..

Sedih lihat.. Ada adik beradik yg tak bertegur sapa bertaun taun.. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf ngan adik beradik kita walaupun kita tak salah.. Allah akan tinggikan darjat kita.. Tak hina pun orang yg meminta maaf..

Ads

Ustaz saya kata “Kita cepat maafkan orang kat dunia ni Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti.. ”

YaAllah.. Jadikanlah kami adik beradik yg akan bersama dalam syurga nanti.. YaAlllah.. Rapatkanlah kami hubungan kami adik beradik.. Rahmatilah kami adik beradik.. YaAllah ampunilah dosa adik beradik kami.. Kalau mereka ada buat salah pada kami..Amiiin

Kredit : Muhamad Rizuan

Semoga bermanfaat untuk semua!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Raikan Cinta di IWK Eco Park @Pantai Dalam, Lokasi Perkahwinan Suasana...

Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...