Hubungan

Rupanya Sebab Ni Kenapa Perempuan Suka Lelaki Berjambang

Share

Setiap orang memiliki pendapat masing-masing, bukan semua memiliki pendapat yang sama. Jika anda bertanyakan tentang perihal kehidupan, sudah pasti mereka memiliki pelbagai pengalaman mengenai kehidupan masing-masing.

Begitu juga dengan penampilan, setiap orang memiliki pendapat masing-masing tentang penampilan. Contohnya wanita, mereka memliki beberapa pendapat tentang lelaki. Bukan hanya memikirkan betapa kacaknya pasangan, bagi mereka penampilan adalah lebih penting dari paras rupa.

Jika memiliki paras rupa yang kacak, tetapi tidak pandai mengenakan pakaian yang bersesuaian dan nampak selekah, mereka akan berpendapat bahawa lelaki seperti itu seorang yang malas.

Antara penampilan yang sering diperkatakan adalah lelaki yang berkumis atau berjambang. Sesetengah wanita beranggapan lelaki yang berkumis dan berjambang adalah lelaki yang sangat tinggi kelakiannya dan kelihatan lebih macho

Lelaki berjambang nampak lebih gagah dan tegas perwatakannya. Tambahan pula, nabi kita sendiri juga menganjurkan para lelaki untuk menipiskan misai dan melebatkan jambang. Jadi apa lagi, pahala kita dapat kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, wajah pun lebih tampan dengan meyimpan jambang.

Bukan semua lelaki suka menyimpan kumis dan jambang, bagi lelaki yang lebih suka dalam keadaan bersih dan kemas, mereka tidak suka menyimpan kumis dan jambang. Lebih rumit jika menyimpan jambang, ianyanya perlu sentiasa dijaga supaya penampilan nampak sentiasa bersih dan kemas.

Ramai saja lelaki yang nampak tampan bergaya apabila memiliki kumis dan jambang, anda cuma perlu ada ilmu serba sidikit tentang penjagaan jambang supaya jambang anda nampak sentiasa kemas dan tersusun.

Kredit:  bm.cari.com.my

IKLAN