
Bermula dari alam percintaan sehinggalah anda berhasrat untuk berkahwin, ada yang dipermudahkan ada juga yang diuji dengan pelbagai dugaan. Tidak semuanya mudah melainkan anda memang benar-benar buat persediaan dari awal. Apa pun hubungan yang halal itu memang mencabar, tapi cabaran itulah yang membuatkan ia manis untuk dikenang nanti. Ikuti kata-kata semangat dari Mizan Dzai ini khas untuk anda yang pernah rasa down tatkala lalui alam perkahwinan.
Bila dikenang balik masa mula-mula perjalanan kita bina rumahtangga dulu, macam-macam yang kita dah hadapi. Susahnya nak kumpul duit nak sediakan itu dan ini untuk buat majlis kahwin.
Itu belum lagi nak hadap cabaran dan kerasnya hidup pada awal-awal kehidupan berumahtangga. Ada suami sampai buat 2-3 kerja sehari sebab nak kumpul duit hantaran.Ada suami kerja siang malam bantai semua shift sebab nak overtime.
Ada isteri yang orang tuanya tak berkenan sebab pasangan pelajaran tak tinggi dan berlatarbelakangkan keluarga yang bercerai berai. Ada isteri yang orang tuanya tak restu sebab taraf ekonomi pasangan dan kerja yang tidak sekufu.
Ada suami yang zaman bercinta dan bertunangnya diuji dengan kesetiaan dan kejujuran.Ada isteri yang dah putus asa sebab asyik ditipu dan dikecewakan oleh pasangan. Ada suami yang ralit dok mengira duit syiling buat minyak dia dan makan isteri sampai tak perasan isteri menitik air mata mengintai di celah pintu.
Ada isteri yang menangis sujud berdoa siang malam agar suami tak melupakan dia dan anak-anak saat kerja berjauhan. Ada suami menjerit meraung atas motor dan dalam kereta sebab tak ada duit nak beli susu, tak ada duit nak beli barang dapur dan ubat anak-anak. Ada isteri yang menahan rasa meminta-minta dari suami sebab hanya dia tahu bagaimana kewangan keluarga.
Sabarlah. Allah tahu.
Jaga hubungan dengan Allah. Kalau waktu susah pun kita tak ingat pada Dia, mana mungkin waktu senang kita tak lupakan Dia? Teruskan bertahan walau apa pun cabaran dan dugaan hidup berumahtangga ini selagi kita mampu. Dan ingatlah baik suami mahupun isteri, hubungan yang halal akan mula bermasalah saat kita mengejar yang haram.
Tiada Lagi Panggilan ‘Sayang’ Tanda Hubungan Dah Tak Best Macam Awal Kahwin

Dalam sesebuah hubungan, perbuatan itu adalah lebih penting daripada kata-kata manis dalam memastikan ikatan yang terjalin sentiasa mewangi.
Sesiapa sahaja boleh mengucapkan kata-kata seperti ‘saya sayang awak’ tetapi berapa ramai yang sanggup berkorban untuk anda dan melakukan perkara yang adakalanya tidak masuk akal untuk anda bagi membuktikan cinta mereka?
.
Jika anda tertanya-tanya sama ada hubungan yang terjalin benar-benar bahagia atau pun sebaliknya, ada beberapa hal yang boleh menggambarkan situasi ikatan yang terjalin.
Menurut ahli terapis pasangan, Dr Gary Brown, walaupun sesuatu perkara itu nampak remeh namun sebenarnya ia jelas menunjukkan perasaan sebenar kedua-dua belah pihak terhadap satu sama lain dan keadaan hubungan seseorang itu.
Pun begitu, kekurangan itu bukan bererti hubungan anda sudah tidak boleh diselamatkan sebaliknya ia adalah indikasi untuk mengenal pasti dan melakukan perubahan agar ikatan yang terjalin kekal utuh dan bahagia.
Berikut adalah 5 situasi yang boleh menjadi petunjuk sama ada anda atau pasangan berada dalam keadaan tidak bahagia.
1. Terima Kasih
Perkataan terima kasih itu nampak remeh tetapi ia sebenarnya penunjuk jelas tahap hubungan anda.
Menurut Dr Brown jika dahulu anda saling berterima kasih atas hal kecil seperti membancuh kopi, mengemas rumah dan kini tidak lagi berupaya menzahirkan penghargaan buat pasangan ia petanda hubungan anda menjurus ke arah kehancuran.
Ini kerana anda tidak bahagia sehingga tidak lagi memberi perhatian terhadap hal-hal remeh dilakukan pasangan dan mungkin anda tidak menyedari tentang pentingnya ‘terima kasih’.
.
2. Tiada lagi luahan isi hati
Sebagai pasangan suami isteri – komunikasi adalah sangat penting termasuk berbicara tentang hal-hal penting sehinggalah apa yang berlaku kepada anda setiap hari.
Perbualan dari hati ke hati itu sebenarnya menunjukkan anda peduli terhadap pasangan dan merasakan mereka insan paling penting untuk mengetahui segala yang terbuku di hati.
Kata Dr Brown, apabila anda atau pasangan mula mengelak daripada bercakap tentang hal-hal penting keadaan ini perlu diberi perhatian.
Ini kerana ia memberi petanda bahawa anda tidak lagi berminat dalam hubungan itu malah dalam situasi lebih buruk ia boleh menimbulkan perasaan benci sehingga akhirnya rasa tidak bahagia itu muncul.
3. Tidur pada waktu yang berbeza
Mungkin nampak remeh tapi kata Dr Brown ia memberi kesan cukup besar apabila pasangan akan mula merasakan mereka tidak lagi penting.
Bayangkan sebelum ini, masuk tidur bersama, bangun bersama – melakukan aktiviti berkualiti bersama namun kerana waktu tidur berbeza ia menunjukkan bukan sahaja anda tidak berminat dengan pasangan. Adakah itu bahagia?
4. Tiada lagi panggilan sayang
Panggilan nama seperti sayang, baby, honey dan sebagainya mungkin kedengaran biasa tetapi ia juga penting dalam mengeratkan ikatan suami isteri.
Ini kerana panggilan manja itu menunjukkan perasaan anda terhadap pasangan dan ia antara cara meluahkan rasa kasih di antara suami isteri.
5. Tiada lagi kiriman mesej atau ciuman selamat malam
Kadang-kadang perkara paling kecil dan remeh boleh menunjukkan betapa sayangnya anda terhadap pasangan.
Kongsi Lelaki Ini, Walaupun Duduk Asing Lepas Kahwin Tapi Bahagianya Seperti Duduk Sekali

Bukan mudah buat pasangan yang ditakdirkan untuk duduk asing selepas kahwin ini. Sewaktu yang lain sedang enak dibalut kesih sayang, mereka ini terpaksa menunggu hari-hari khas untuk bersama pasangan masing-masing.
Kuatnya mereka yang mampu berjauhan selepas berkahwin ini. Pak Utih kongsi untuk kurangkan rasa bimbang, perit dan hidup bahagia untuk mereka yang PJJ (Perhubungan Jarak Jauh)
“”Lasting Love” pasangan PJJ
Berpisah setelah bernikah amatlah menyiksakan bagi pasangan terutama sekali yang perempuannya. Semua wanita yang telah bergelar isteri sentiasa ingin bersama suaminya. Jika boleh sepanjang masa setiap saat berkepit disebelah suaminya.
Bagi sisuami pula yang mindanya boleh fokus dan menyibukkan dengan tugasannya, hanya akan terasa sunyi rindu kepada isterinya apabila hendak tidur malam.
Namun demi tugas, mencari ilmu dan kerjaya, mereka terpaksa berpisah jua. Adakah di sana jalan penyelesaian? Berikut adalah tip untuk mengurangkan kebimbangan, kerisauan, keperitan perpisahan antara anda berdua.
- Suami ada rancangan dan kelihatan berusaha bersungguh-sungguh untuk tinggal bersama-sama nanti. Anda berdua tetapkan tarikh “keramat” penamat duduk berasingan itu. In sya Allah, yakinlah, isteri itu pasti akan menanda “the count-down” memangkah hari demi hari “looking forward” tarikh yang dinantikan. Jiwanya ada harapan sedikit dan dia bertambah tenang melihat “count-down” itu.
- Sebaik-baiknya jangan berpisah lebih daripada 3 bulan. Naluri wanita terasa sangat gelisah jika ditinggal suami lebih 3 bulan. Semasa zaman pemerintahan Saidina Umar ra, beliau telah mengarahkan semua tentera di perbatasan pulang ke rumah selepas 3 bulan. Oleh itu, usahakan untuk bertemu melepaskan rindu dendam paling setiap 3 bulan.
- Pertemuan ini hendaklah khas berjumpa memadu kasih berdua sahaja. Bukan pulang ke kampong bersama menziarah ibubapa mertua di kampong. Pertemuan ini tidak memberikan nilai tambah kepada pasangan. Malah dikhuatiri bertambah stres kerana terpaksa melayani ibubapa mertua yang juga merindui anaknya yang terpisah ini.
- Contoh: Suami belajar di Australia, isteri kerja di Malaysia. Buat pertemuan 3 bulan sekali di Bali atau yang seumpama dengannya (ikut kemampuan baget) selama 3 hari 2 malam. Selepas itu pulang semula ke tempat masing-masing.
- Jika kedua pasangan berada di Malaysia, tempah menginap di hotel-hotel kegemaran dahulu dalam 2-3 hari sebelum bertandang ke rumah mertua atau rumah yang diduduki isterinya sekarang. Suasana bilik hotel yang romantis boleh menambah nilai cinta berahi menampung keperitan kerinduan perpisahan itu.
- Setiap kali pertemuan bersejarah itu, digalakkan memberi hadiah kepada isteri satu cenderamata istemewa secara ala-kadar sebagai ingatan pertemuan di tempat itu. Jika suami ini orang berada, dicadangkan hadiahkan kepada isteri gelang “Pandora” atau yang sewaktu dengannya. Setiap kali pertemuan cinta ini, isteri itu pula akan membeli “Charm” tersendiri untuk mengingati peristewa tersebut.
- Semasa berpisah, buatkan S.O.P. (Standard Operating Procedures) komunikasi antara anda berdua. Contoh setiap malam atau setiap dua malam (terpulang mengikut persetujuan anda berdua) waktu tempatan antara jam 11-12 akan hubungi melalui Skype atau App yang sewaktu dengannya “without fail”. Jika ada hari-hari yang terlepas, maka diwujudkan denda yang boleh menambah nilai kasih sayang antara anda berdua seperti beli hadiah yang bernilai lebih RM50 kepada pasangan.
- Di dalam solat semasa sujudmu berdua, jangan lupa mendoakan agar Allah menetapkan iman dan menyatukan hati-hati anda berdua di atas jalan perkahwinanNya walaupun tinggal berjauhan.
- Sekiranya isteri mendapat berita yang kurang enak daripada sumber ketiga, abaikan sahaja. Terimalah yang sah daripada suami anda sendiri walaupun hati terasa gundah akan jawapannya. Yakinlah, itu bisikan syaitan yang bijak merosakkan kasih sayang anda berdua. Tidak perlulah anda menjadi spy merungkai “password” suami anda. Serahkan kepada Allah kerana “password”nya Allah yang tahu.
Selamat BerPJJ……………………………………………….
Wanita & Tekanan. Ustazah Ini Kongsi Mengapa Selepas Kahwin Kehidupan Isteri Lebih Sukar!

Indahnya jadi seorang wanita & isteri kerana sentiasa diangkat dan dihormati statusnya. Tapi mungkin ramai yang tidak tahu selepas kahwin, kehidupan seorang isteri itu lebih sukar kongsi Ustazah Noor Laila Aniza ini.
WANITA DAN TEKANAN
Selepas kahwin,lebih sukar kehidupan?
Jika ini sculpture yg dibuat,maka benarlah begini hidup wanita seluruh dunia digambarkan selepas berkahwin.
Kerana itu, disebutkan dalam pelbagai riwayat tentang mulianya akhlak Nabi sehingga Nabi uruskan dirinya sendiri,jahit baju,jahit kasutnya,siapkan makan keluarganya,Nabi buat kerja2 rumah,Nabi belai isteri2 baginda,Nabi bersihkan bekas haid isterinya,Nabi potong kuku isterinya,Nabi bantu ketika isteri Nabi naik unta sehingga Nabi letakkan pahanya ke tanah untuk dipijak isteri,Nabi paling banyak tersenyum,Nabi didik isteri dgn akhlak yg terbaik dgn perintah2 Allah,Nabi berlemah lembut pada isteri baginda,Nabi x pernah tinggi suara pada isterinya bahkan Nabi x pernah menjerit2 atau memaki hamun.Isteri Nabi juga diberikan pembantu untuk memudahkan segala urusan.
Bahkan Nabi org yg paling banyak ibadah kepada Allah,paling sempurna imannya, paling rajin bekerja dan sgt jujur tidak pernah mengambil harta isterinya untuk tujuan peribadi.Allahu Akbar!
Jika sebegini high class akhlak Nabi dan layanan suami kepada isteri,selayaknya disebutkan Nabi, “Jika dibolehkan manusia sujud kepada manusia,nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suami”‘..
Dgn kata lain,selayaknya suami sebegini mendapat penghormatan dari isteri bukan sekadar kerana suami itu menafkahi isterinya,dan bukan sekadar kedudukan suami lebih tinggi dari isteri,tetapi disebabkan suami itu sendiri memuliakan isterinya.
Namun hadis ini disalah guna pakai untuk mengatakan kedudukan lelaki sebagai suami terlalu tinggi sehingga isteri perlu taat tanpa sempadan dan korban sehingga mati!
Satu kezaliman yg membunuh sifat kemanusiaan dalam rumahtangga itu sendiri.
Dan kesannya emosi wanita bercelaru dan sakit.Sehingga tekanan2 itu membawa kegilaan dan anak tidak berdosa menjadi mangsa dibunuh,dicampak luar flat,ditikam,dikelar.Nauzubillahi minzalik.
Belum lagi beban emosi wanita itu dihenyak lagi dengan suami yg mengambil duit isteri,mencuri harta isteri,menyuruh isteri berhutang,berjanji akan bayar balik,bila diminta dikata mengungkit,tak bersyukur,tak boleh sabar,menetapkan pula itu ini isteri kena bayar dgn alasan isteri bekerja kenalah bersusah bantu suami,kaki lepak,keluar masuk rumah ikut suka,curang disebabkan isteri x pandai melayan dan macam2 rencah karenah kerana suami tidak diberi tanggungjawab sebagai lelaki yg perlu bersusah payah bukan sekadar mencari nafkah untuk isteri tetapi juga mengurus tadbir keperluan keluarganya dgn baik dan sabar.
Jika benar,seorang lelaki faham agama,pasti dan pasti akhlaknya seperti Nabi dan tiada seorang wanita akan terkoyak emosinya sebegini teruk.Dan tekanan2 dari keluarga mertua,ipar duai sepupu sepapat,saudara mara,kawan2,jiran tetangga dgn pelbagai rencah hentaman,pandai cakap,tukang mengajar,kecaman,suruhan,perintah,teguran kononnya mana boleh lelaki buat kerja rumah,mana boleh jaga anak,semua benda suami yg buat,habis isteri buat apa…?Soalan yg tidak masuk akal,suami takut bini,suami kena guna2…isteri macam ni tak layak jadi ibu sebab tengok suami yg uruskan anak2..Allah…beban sgt tengok suami tu…derita sungguh suami perkasa kena buat semua kerja rumah…isteri tak tahu tanggungjawab….Isteri tak bersusah payah dengan suami,Dan desakan2 ini juga yang menambah sakit mental wanita.
Belum cerita tentang isteri ceaser belah perut yg kadang2 terkoyak balik jahitan dan bernanah dalamnya akibat gerakan yg banyak dan angkat benda berat,bahkan bertahun pun x hilang lagi sakit ceaser tu.Punya bertarung nyawa untuk suami.Belum lg cerita perut berparut seribu dan perut lembik macam kain buruk akibat mengandungkan zuriat2 suami,longgar sana longgar sini dan suami hanya pandai komplen.
Belum juga kisah terkuburnya cita2 selepas kahwin dgn ‘hukum buatan manusia’ ,lepas kahwin,isteri kena ikut suami.
Tanpa kompromi, tanpa berbincang, ikut sahaja.
Seharusnya sebelum kahwin sudah jelas perancangan ke depan,dan kesedian kedua2 pihak supaya tiada sesiapa ditekan emosi.Jelas dan jujur.Jika tak sedia,jgn teruskan perkahwinan.
Nak sambung belajar,mak mertua kata tak perlu sebab perempuan lebih baik duduk rumah,mengasuh anak.Terkubur satu lg hasrat dan cita2 yg ditanam dgn semangat membara dari kecil hasil didikan ibu ayahnya…Anak perempuan siapa yg diperlakukan sebegini? Kezaliman apa sehingga dinafikan hak wanita untuk memperoleh apa yg dihajati dari kecilnya?Dunia apa yg dicorak untuk para isteri ini?Tekanan!
Mulia sungguh menjadi suri rumah, tetapi pastikan surirumah yang merasa nikmat bahagia, bukan derita stres tekanan sehingga sakit mental dibuatnya! Allah…
Lalu dia diajar untuk redha,sabar,taat sedangkan tak cukup duit,ibu ayah perempuan pula yg kena tanggung bagi duit sebab suami tak cukup duit.
Isteri yang tiada pemilikan apa2, ,terkulat2 lihat apa org lain ada sedangkan dia juga punya angan2 dan impian.Nak bagi duit pada mak ayah yg membelanya dari kecil juga tak mampu.
Pemilikan isteri yg membunuh emosinya! Semua harap suami sedang suami tidak pula tak mampu memberi secukupnya bahkan berkira2 pula! Ya Allah!
Ditambah suara2 yg mengatakan isteri habiskan duit suami.Bahaya betul perkataan2 jahat ini.
Sewajarnya selepas kahwin,lebih mudah hidupnya kerana lelaki meminangnya dgn janji untuk menjaganya,mengangkat martabatnya,melindunginya ,meneruskan semangatnya untuk memperoleh cita2nya dan perjuangannya.
Sama2 bina cita2, sama2 membangunkan antara satu sama lain,sama2 bina keluarga,sama2 didik anak…MashaAllah.
Sekalipun suami itu sgt baik,dibelanjakan hartanya untuk keluarganya,disiapkan tempat tinggal ,makan pakai,dicebok anak2,dimandikan anak2,disuap makan,dibasuh baju anak isterinya,dia juga yg memasak,belum lagi dia dapat membalas jasa isterinya bertarung nyawa ketika melahirkan zuriat2 untuknya bahkan zuriat2 itu pula dgn rahmat Allah akan menjadi penolongnya ke syurga .
Suami juga tak pernah sekali pun gadaikan nyawa untuk melahirkan,antara hidup dan mati,tak pernah hilang kecantikannya akibat tidur yg tak cukup,bentuk badan yg dah tak sama,lelah yg tak habis menyusu dan fikirkan sakit anak dan pelbagai ragam anak siang malam yg tak pernah habis.
Bagaimana selepas selesai bersalin,isteri juga yg dukung anak bahkan isteri juga basuh baju anak dan suami.Ya Tuhan…
Bila isteri dah sihat sikit,berjalan bersama,isteri juga yg dukung anak…alasan anak nak pada ibunya..ke sana ke mari isteri gendong anak,suami jalan pegang hp di tangan.Ya Allah.berat bawa perut pun x pernah habis rasanya.Suami hanya bawa diri…Relax je suami.Sakit pinggang membawa perut mengandung pun tak pernah habis lagi!
Inilah realiti,apabila kita tidak menyediakan anak2 lelaki kita sebagai hero dan penyelamat,sebagai pelindung dan sanggup bersusah payah bekorban untuk anak isterinya tapi kita cerita pada anak lelaki kita,lepas kahwin ada org jaga dia…lepas kahwin lebih terurus hidupnya…
Berapa ramai yg bercerita lepas kahwin, kena jaga isteri dengan sempurna, isteri ini amanah, bantu isteri, buat kerja2 rumah, uruskan anak, jangan harap duit isteri, usaha sungguh2,jaga mak ayahnya, jadi laki-laki bermaruah, jaga solat di masjid/ surau / tempat azan dilaungkan, jaga Al-Quran setiap hari, jaga rumahtangga dan jangan khianat.Tidak ramai bukan?
Berapa ramai ambil tahu tentang impian isteri dan sama2 usaha mendapatkannya atau setidaknya memberikan dia jalan lebih selesa untuk kehidupan rumahtangganya?
Malangnya, lelaki diajar menjadi Raja ,dan wanita diajar bekorban tanpa jemu.Sehingga semua pakaian suami perlu dicuci,digosok,disediakan sehingga di mana letaknya stoking pun, kalau tak jumpa,isteri juga kena marah.Lelaki diajar makanan tersedia untuk dijamah,pinggan x perlu cuci,rumah x payah sapu,mop lagilah tidak,cadar katil tak payah tukar,masak x payah,semuanya kerja org perempuan…
Akhirnya isteri tarik muka,penat letih,tiada lembut lembut,hanya jerit pekik,marah x tentu pasal,lalu dikatakan…oh isteri x macam dlu,isteri derhaka,isteri x memahami,isteri x layak jadi ibu….
Takutlah pada Allah.Berlebih2lah suami dalam membuat tugasan2 rumah.Berilah kerehatan dan belaian kepada isteri,penghargaan dan kasih syg,urutan dan sentuhan,doa dan semangat,kerja keraslah untuk isteri anak2, bukan bnyk komplen banyak marah,banyak tegur.
Takutlah kerana para suami akan menghadap Allah.Ikhlaslah dalam setiap khidmat pada keluarga.Nescaya,isteri akan jadi ibu yg penyayang,isteri penyejuk mata,manis wajahnya,dan lunak kata2nya serta pasti dia menghormati suaminya.Anak2 penuh kasih syg dan ceria,tidak murung dan memberontak.
Ajarilah isteri dengan didikan agama untuk memperbaiki AlQuran dan solatnya.
Begitulah jika agama dipelajari,difahami,diamalkan.Tidaklah kita memandai2 menzalimi wanita.
Jadilah wanita yg bersyukur.Sayangi suamimu dan berlemah lembutlah,rendahkan suaramu dan janganlah dikeluarkan kata2 yg tajam.Tetaplah dalam kesabaran,doa ,solat dan peliharalah auratmu,labuhkan tudungmu,longgarkan pakaianmu dan pakailah baju berlengan panjang.Nikmat mana lagi yg mahu engkau dustakan wahai wanita?
Berdoalah supaya bahagia sampai syurga paling tinggi dan bertaubatlah bagi yg menyakiti tanpa sedar.Berbincang & berdoalah
Buat para isteri,tetaplah membantu suamimu untuk apa juga urusan kerja rumah dgn ikhlas dan bersyukurlah atas pemberiannya.Jangan jadikan suamimu tempat untuk ditengking jerkah,disuruh itu ini tetapi mohonlah pertolongannya dgn kata yg lunak dan baik.Bertolak ansur lah dalam urusan2 rumahtangga dan maafkan kekhilafan suamimu.Bertolak ansur dan belas kasihan adalah kunci untuk tidak mencari salah pasangan.Tetapi sama2 sepakat,sama2 membantu segala urusan rumahtangga.
Pastikan tulisan ini dibaca dengan ilmu bahawa kisah ini berkaitan wanita dan tekanan.Janganlah dengan post ini,menghilangkan hormat isteri kepada suami tetapi bawalah berbincang.Tidak ada suami yg mahu isteri yg dinikahi tertekan.Cuma mungkin si suami terlepas pandang.
Tahniah untuk isteri yg ikhlas membuat kerja2 rumah kerana mencari redho Allah.
Tahniah buat suami2 yg telah menjaga para isteri tuan2 dengan sempurna, “)Allah berkati hidup Tuan2.
Terima kasih suamiku kerana menjadi hadiah terbaik dari Allah buat diriku & anak2. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa Engkau suami & ayah yg mulia.
#Suamiku, syurga duniaku.
Share untuk lebih manfaat.