Dalam berhubungan terutama perkahwinan, anda pastinya mahu ia kekal sehingga ke akhir hayat. Namun sepanjang melalui alam perkahwinan ini pasti ada pasang surutnya. Bergaduh, berbeza pendapat itu semua membuatkan hubungan cinta anda semakin kuat dan sukar untuk dipisahkan.

Bagi pasangan yang belum matang semestinya menganggap sedikit percakaran itu sebagai titik mula musnahnya ikatan cinta, ingatlah betapa susahnya anda untuk berada di tahap ini, tahanlah diri dari sikap marah. Tanam sifat sabar ini nescaya perkahwinan anda mampu hingga ke jannah, ikuti perkongsian dari Firdaus Shakirin supaya anda kenal pasangan anda sebaiknya.

Sabar Kunci Perkahwinan Akan Bertahan Lebih Dari Sepuluh Tahun
.

Bila org tanya, dah berapa lama kawin? “15 tahun dah, 20 tahun dah…”
Wah, ni mesti pandai jaga hati pasangan, pandai masak, pandai mengemas rumah, pandai jaga badan, pandai bergaya…Seronok la bleh kekal lama mcm tu…

Sebenarnya, kunci kepada lamanya perhubungan itu adalah SABAR…org akan nmpk mcm 20 tahun tu adalah tempoh yg seronok, yg bahagia, walhal dlm 20 tahun tu dah mcm2 yg jadi dlm rumahtangga…Dah pernah ada rasa nak berpisah, dah pernah ada rasa nak mengalah, dah pernah ada rasa tawar hati, dah pernah ada rasa nk hidup sendiri…klu bukan disebabkan sifat sabar yg ada dlm hati tu, xmgkin dan hampir mustahil utk bertahan selama tempoh tersebut…

IKLAN

Sepanjang tempoh mendirikan rumahtangga, ada naik turunnya…ada ketikanya bahagia, ada ketikanya bermasam muka…bukan hari2 kita gembira, dan bukan juga hari2 kita berduka…

Sabar Kunci Perkahwinan Akan Bertahan Lebih Dari Sepuluh Tahun
.

Sabar dlm rumahtangga ni tak terhad kpd sabar dgn sikap dan perbuatan pasangan semata2…ada org bersabar dgn mertua, ada org bersabar dgn ipar duai, ada org bersabar dgn org ketiga, ada org bersabar dgn kesusahan keluarga, ada org bersabar dgn ujian kesihatan, ada org bersabar dgn rezeki Allah s.w.t dan sebagainya…

IKLAN

Klu sabar itu tiada dihati, dlm beberapa bulan sahaja hubungan tu dah tamat…dah diletakkan titik hanya kerana tak sabar…Tak sabar dgn sikap dan perbuatan pasangan, tak sabar dgn mulut mertua, tak sabar dgn karenah ipar duai, tak sabar dgn kehadiran org ketiga, tak sabar hidup susah dan sebagainya…

Sabar Kunci Perkahwinan Akan Bertahan Lebih Dari Sepuluh Tahun
.

IKLAN

Uniknya hati tu kerana hati sentiasa berpesan dan menasihati diri serta akal utk terus menanti sesuatu yg xpasti…hati klu dah syg, akan sentiasa meletakkan harapan dlm hubungan tu agar ianya berkekalan…selagi hati boleh bersabar, maka selagi itulah hubungan akan berjalan walaupun ianya tidak selancar yg difikirkan…

Utk berada dlm tempoh 15 tahun, 20 tahun perhubungan bukanlah sesuatu yg sukar, namun ianya juga tidak semudah yg disangkakan…Hanya SABAR sebagai peneman.

Nota Kaki : Ada org, kesabaran dia hilang selepas 20 tahun…disaat kesabaran dia hilanglah dia mula utk buat pilihan yg baru kerana dia dah cukup lama BERSABAR..

Kredit : Firdaus Shakirin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI