Ads

Sakat Suami Waktu Ada Wuduk, Gurau Senda Suami Isteri Yang Membahagiakan

Senda gurau membangkitkan gelak ketawa. Suami isteri digalakkan bergurau supaya sentiasa gembira dan perhubungan tidak terlalu serius. Gurauan suami isteri memberikan ketenangan dan mencetuskan suasana harmoni dalam rumahtangga.

Tidak salah bergurau sesuatu yang melucukan seperti ketika memasak, mengemas rumah atau ketika hendak melelapkan mata.

Bersenda gurau antara suami isteri sebenarnya elokjika dimulakan sejak dari awal usia perkahwinan. Namun jika tidak biasa, tiada salahnya anda cuba untuk bergurau mulai sekarang.

Image result for suami isteri bergurau

Biarlah nampak pelik pada awalnya namun jika dicuba setiap hari lama kelamaan akan menjadi biasa. Bergurau berkait rapat dengan menimbulkan perkara-perkara lucu yang boleh mendatangkan ketawa.

Bila jadi isteri ni kan, time paling gempak nak sakat suami bila dia ada wuduk. Best sangat masa tu. Macam mak sakat anak-anak hehe

Suami ni memang akan usaha sedaya upaya mengelak. Si isteri pulak gigih cari jalan nak mengusik.

Bukan niat pesongkan suami daripada amal ibadat dia tapi masa tu la si isteri ni boleh nampak macam mana teguhnya si suami ni tadi pertahankan wuduk ni sebab nak solat.

Related image

Ads

Si suami ni tak akan marah. Paling jauh dia akan cakap, “Abang nak solatlah.” Yang si isteri ni duk tersengih-sengih.

Tapi siaplah. Lepas dia selesai solat, memang dia akan balas dendam. Memang terjerit-jerit si isteri tu tadi sebab kena sakat balik.

Dapat suami macam tu, jaga dia baik-baik.

Macam mana dia jaga wuduk, dia jaga solat In shaa Allah dia akan jaga isteri dan keluarganya dengan sebaik cara.

Image result for suami isteri bergurau

Ads

Saya dah tak merasa semua tu. Rindu nak sakat arwah suami lagi. Dah lama tak ketawa sebab seronok usik dia. Sesekali datang kenangan tu, hanya air mata menemani saya.

Semoga Allah sentiasa jaga cinta dan rindu saya pada dia.

Kenangan-kenangan beginilah yang meninggalkan memori terakam kemas dalam kotak fikiran.

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

Kredit: Zureiny Zulkafly

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Raikan Cinta di IWK Eco Park @Pantai Dalam, Lokasi Perkahwinan Suasana...

Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...