Hubungan suami isteri adakala nya sifat hati dan fitrahnya berbolak-balik selepas beberapa tahun bersama. Mungkin dahulu kita dilayan secara lemah lembut, tetapi sekarang pertanyaan kita dijawab secara acuh tidak acuh sahaja.
Terlalu menjaga dikata mengongkong, terlalu memberi kebebasan dikatakan tidak sayang. Dimana silap kita yang mungkin kita terlepas pandang? Dalam kita menjaga hubungan suami isteri, ada beberapa perkara yang sangat perlu diberikan perhatian.
Ini kerana ada sebahagian tindakan kita, tanpa disedari mungkin menyumbang kearah keruntuhan rumah tangga.
Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer..kenapa yer ustaz?
Abang ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak.
Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu. Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri.
Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita..sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita..
IKLAN
Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya.
Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita..
Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena.
Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya.
SEKADAR GAMBAR HIASAN
Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka.
IKLAN
Silaturrahim membuka pintu rezeki…inikan bersama isteri kita yang tercinta.
Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?
Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah.
Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar.
Apakah yang lebih menyakitkan selain daripada dikhianati?
Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. It’s feel torn apart inside.
Kadang kala kita tidak tahu mengapa kita tiba-tiba dikhianati, tanpa sebarang ribut dan badai, sekelip mata sahaja hati kita bagai ditikam sedalam-dalamnya dengan kejam.
Setelah itu, dia datang meminta maaf dan ingin memulihkan keadaan seperti sediakala…
…namun adakah semudah itu?
Semudah dengan mengucap maaf?
Belajar Untuk Percaya Kembali Setelah Dikhianati
Saya tahu, memang sukar untuk kita percaya kembali.
Bolehkah percaya kembali kepada suami yang curang?
Bolehkah percaya kembali kepada isteri yang sanggup menduakan suami?
Dapatkah anda percaya kembali kepada sahabat yang memburuk-memburukkan kita dari belakang?
Mampukan kita memberi kembali hati kepada si dia yang menghancurkan harapan dan perasaan hati?
Ya, belajar untuk percaya kembali sekali lagi selepas dikhianati adalah salah satu aspek yang paling sukar untuk diterima oleh manusia biasa seperti kita.
Ia seolah-olah kita sedang berhadapan seorang tentera musuh yang telah menyerah kalah, tercedera, dan berjalan tempang kearah kita sambil mengangkat tangan, meminta tembakan dihentikan.
Bagaimana kita ketika itu?
Mampukah kita untuk memberinya peluang setelah dia membunuh saudara mara, keluarga dan rakan kita?
Sepertinya agak mustahil bukan?
Walaubagaimana pun, kepercayaan adalah diperlukan untuk kemaafan dan proses penyembuhan.
Ia diperlukan untuk membolehkan kita move on.
Kadang-kadang kita perlu memberi peluang kedua kepada seseorang untuk kembali menyambung dan mengeratkan tali silaturrahim dengan kita, walaupun ianya tidak mudah untuk kita.
Sebabnya adalah untuk kita.
Supaya kita bebas dari bebanan.
1. Beri diri kita masa untuk bertenang
Belajarlah untuk mencintai diri sendiri dahulu. Berilah diri kita masa untuk bertenang dan meredakan perasaan setelah kita melalui fasa yang memeritkan hati.
Tidak semua orang mampu untuk kembali recover dengan cepat.
Ia proses yang mengambil masa dan memerlukan banyak usaha untuk melupakan kejadian lalu.
Kita akan banyak kali jatuh, sebak dan murung, sebelum betul-betul dapat melepaskan kesedihan yang bersarang dihati.
Kuat diri dengan zikir dan solat. Jadikan Al-Quran sebagai peneman.
Berikan diri kita ruang untuk menikmati suasana, merenung ciptaan dan keindahan tuhan, luangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga.
Jangan hanya habiskan masa bersendirian memikirkan kejadian lalu, yang kita harus lakukan adalah memikirkan kehidupan jauh ke hadapan.
InsyaaAllah, kita akan cepat recover dan dapat melepaskan rasa gundah & kesedihan yang bersarang dihati.
2. Berhenti mencari jawapan
Kita mungkin tidak tahu mengapa seseorang itu mengkhiati kita tetapi untuk move on kita harus sedar yang semua terjadi itu tiada kaitan dengan diri kita, bukan atas sebab kekurangan kita.
Manusia membuat keputusan berdasarkan apa yang mereka fikir dan apa yang mereka rasa.
Ini adalah suatu perkara yang kita tidak boleh kawal atau jangka, dan tidak juga sesuatu benda yang anda boleh rancangkan.
Oleh itu cara terbaik untuk melupakan kesakitan dimasa yang lalu adalah membuka hati anda kepada masa hadapan yang sedang menunggu.
3. Masa hadapan adalah berbeza dengan masa lalu
Masa depan kita tidak akan sama dengan sejarah yang telah berlalu.
Walaupun kita pernah terluka dan dikhianati pada masa lalu, tidak semestinya kita akan dilukai kembali pada masa akan datang.
Walaubagaimana pun, jika orang yang cuba meraih kepercayaan kita itu memang jenis orang yang suka menipu dan berdalih berulang-ulang kali, lebih baik kita mulakan hidup dengan orang lain.
Kerana ia mungkin akan sentiasa membebankan hidup kita.
Ia ibarat membawa batu didalam beg kita disepanjang perjalanan kita.
Kita terus mengutip dan mengutip lagi lebih banyak batu. Pasti berat bukan?
Tetapi bagaimana jika ada seseorang yang datang, dan menolong kita mengosongkan batu-batu itu dari beg kita, pasti kita akan hilang beban dan dapat untuk meneruskan perjalanan bukan?
Begitu juga dengan hidup, kadang kala kita memerlukan bantuan orang lain untuk mencipta kehidupan yang baru.
Sebab separuh daripada masa hidup ini selalu dibazirkan oleh dua perkara, kalau tidak kerana silap memilih kerja, kita silap dalam memilih untuk dipercayai.
4. Pengalaman hidup yang mengajarkan buat kita
Kita telah belajar banyak erti kehidupan disaat kita menghadapi suasana yang menyakitkan.
Kita sekarang telah menjadi orang yang lebih bijak dan jauh lebih kuat daripada kita yang sebelumnya.
Ini bermakna kita telah mempunyai banyak pengalaman dan ilmu untuk digunakan dalam membina perhubungan yang baru, dan insyaaAllah kita akan menjadi sahabat atau pasangan lebih baik.
5. Terbuka dan Berterus terang
Setelah memberi peluang kepada orang yang pernah mengkhianati anda, jangan takut untuk bersikap terbuka dan berterus terang tentang apa yang anda rasa.
Beritahulah anda apa harapan anda terhadapnya.
Ia akan membuatkan orang itu memahami perasaan anda dan pada masa yang sama menjadi peringatan kepadanya supaya tidak akan lagi cuba mengkhianati atau melukakan hati anda.
Jika anda rasa dalam persahabatan semula itu menuju kearah yang betul, teruskan meluangkan masa dengan kawan itu senormal yang mungkin.
Cepat atau lambat, InsyaaAllah anda akan rapat semula dengannya seperti dulu-dulu.
Mungkin dengan sesetengah kawan yang lain, yang mana anda mungkin pernah sangat rapat dengannya, adakalanya anda merasakan anda tidak lagi mampu untuk mempercayai dia untuk sepenuhnya.
Tapi anda tiada masalah bila bersamanya, maka dia telah bertukar status dari kawan baik kepada kawan biasa.
Seperti diceritakan oleh seorang lelaki, lepas ngorat di FB, dia akhirnya dapat kahwin dengan wanita yang cantik. Tetapi sebab isterinya tiba-tiba jadi berisi, lelaki tu layan sambil lewa isterinya, nafkah zahir batin buat tak tahu je. Akhirnya bercerai.
Tapi lepas bercerai, isterinya terus kahwin baru dan lelaki tu menyesal bila dapat tau …
Teruskan baca cerita beliau ini.
Kahwin Selepas Ngorat Isteri di FB
Salam, saya guna akaun lain untuk privacy. Saya nak berkongsi cerita saya untuk dijadikan pengajaran kepada semua. Saya berkenalan dengan isteri dalam waktu yang sekejap. Saya add dia di Facebook. Dari Facebook saya tengok dia memang ramai peminat.
Ada saja kawan lelaki yang komen dia cantik, lawa dan macam-macam lagi pujian, tapi dia tak layan. Sememangnya isteri saya ini ada rupa. Saya pun tak tau macam mana dia setuju untuk berkawan dan dalam masa yang sekejap kami sudah bertunang dan berkahwin.
Tak Bagi Nafkah
Lepas kahwin, memandangkan saya banyak tanggungan dan hutang, saya tak bagi isteri duit nafkah dan dia juga bekerja dimana gajinya lebih tinggi dari gaji saya. Dia tak pernah meminta dari saya. Dia cukup baik dengan mak ayah saya dan melayan saya dengan baik.
Di tempat kerja dia selalu cerita kat saya yang ramai lelaki mengacaunya dan cuba mengajak keluar namun saya buat bodoh saja dengan cerita dia. Bagi saya selagi dia tak layan takkan ada apa terjadi. Isteri selalu mengajak saya solat berjemaah tapi saya suruh dia solat dulu.
Tak Selera Buat Hubungan Int1m
Makin lama saya merasakan yang isteri semakin naik berat dan jadi gemuk. Apabila isteri mahukan layanan di malam hari dan cuba memeluk saya, saya tepis kerana saya tiada selera untuk menyentuh dirinya. Lama-kelamaan isteri minta saya berterus-terang.
Saya katakan yang saya suka perempuan yang kurus macam ex-girlfriend saya dulu. isteri sudah gemuk dan badannya berbau, maka buat saya hilang selera. Isteri senyap dan berjanji akan cuba berubah.
Isteri Usaha Untuk Kurus
Sejak itu saya tengok dia cuba kuruskan badan dan rajin ke gym. Dia minta duit dari saya untuk ke pusat kecantikan dan jamu tapi saya suruh dia guna duit sendiri. Isteri hanya diam dan tidak membantah.
Setelah isteri kuruskan badan, isteri mengandung tetapi kerana kesibukan di tempat kerja, isteri gugur. Saya terlalu kecewa dan saya salahkan dirinya. Sejak itu saya menjauhkan diri dari isteri. Apabila saya balik ke rumah, saya langsung tidak mahu bercakap dengan isteri dan hanya main telefon.
Isteri cuba mengajak saya berbual namun saya hanya menjawab sepatah dua. Saya juga suka buka Facebook dan Instagram melihat gamar-gambar perempuan kurus dan cantik. apabila isteri sudah tidur saya akan membuka laman web. Isteri sedar akan hal ini namun dia tidak membantah.
Saya langsung tidak menyentuh dirinya sejak dia gugur kerana saya merasa geli dengan dirinya. Dia cuba untuk memeluk saya dan cuba untuk bertanyakan kenapa saya menjauhkan diri dari dirinya tapi saya diam dan terus berpaling. Sejak itu hubungan kami makin jauh sehingga saya tidak perasan lama kelaman isteri pun sudah berubah.
Isteri Mula Berubah
Isteri makin lama sibuk dengan telefon apabila saya pulang ke rumah. Dia sudah tidak kisah apabila saya terpaksa outstation. Kalau saya tak call dia pun tak call saya. Malam-malam kalau saya tak peluk dia, dia juga tak peluk saya. Saya nampak dia sibuk melayan Whatsapp tapi saya buat bodoh kerana ego dan saya pun layan telefon.
Akhirnya saya dapat tahu isteri sedang bercinta dengan rakan sekerjanya. Mereka sudah banyak kali keluar bersama. Saya confront isteri saya dan dia mengaku. Dia terus terang mengatakan kenapa dia berbuat sebegitu. Dirinya sunyi dan dia merasakan seperti disisih oleh saya sedangkan dia berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik.
Lelaki ini memberi perhatian yang penuh kepadanya dan buat dia lupa akan kesunyian dalam diri. Baru saya tersedar betapa buruknya sikap saya sebagai seorang suami selama ini. Saya janji kepada dirinya yang saya akan berubah.
Peluang Kedua Tapi Akhirnya Bercerai
Dia kata akan beri saya peluang dan saya cuba menjadi lelaki yang terbaik. Saya mula beri nafkah, belikan baju dan barang-barang, balik awal dan belanja makan, ajak dia solat berjemaah, puji dirinya macam-macam. Namun setelah beberapa minggu, dia mengakui yang dirinya sudah tidak dapat terima saya lagi.
Hatinya sudah tawar dan dia sudah terlalu sayangkan rakan sekerja. Dia meminta saya melepaskan dirinya supaya dia dapat berkahwin dengan rakan sekerjanya. Akhirnya dengan berat hati saya menceraikan dirinya dengan talak satu. Sepanjang iddah saya seperti gila talak, kerap datang ke tempat kerja si dia dan merayu-rayu.
Ex-Isteri Bahagia Lepas Kahwin Lain
Saya mesej dia minta maaf dan mahu merujuk. Setelah habis iddah, saya dapat tahu dia terus dipinang oleh lelaki itu dan kini mereka hidup bahagia dan ada anak satu, sedangkan saya masih seorang diri.
Pengajaran
Janganlah melayan isteri kita acuh tak acuh. Ingat yang kalau kita tak layan isteri kita dengan baik, ramai lagi yang boleh layan dia sewajarnya. Hargailah isteri sementara mereka masih milik kita dan pastikan kita melakukan segala tanggungjawab kita sebagai seorang suami. Jangan fikir ingat kita dah kahwin, isteri itu milik kita sampai bila-bila. Kita tak tahu jodoh macam mana.
Ingat lelaki je ke boleh cari lain. Perempuan pun boleh cari lain jugak.
Buat bakal pengantin yang bersaiz ekstra tidak terkecuali mahu dilihat anggun di hari bahagia nanti. Namun anda perlu memilih busana yang bersesuaian dengan diri untuk tampil lebih menyerlah. Fahami tubuh badan anda dan manfaatkan tip berikut untuk tampak langsing dan bergaya.
1. Potongan Baju
Pilihan baju sexy shoulder membiaskan ilusi terbaik pada bahagian atas badan terutamanya bagi yang mempunyai rangka bahu yang besar dan lebar.
Pilihan samada bukaannya hanya paras bahu (off shoulder) mahupun sehingga ke pangkal dada. Potongan kolar berbentuk v-shape juga sesuai dan akan memberikan kesan leher yang lebih jinjang.
Baju akan tampak lebih indah disusuli rekaan lengan daripada fabrik renda perancis polos, hanya hujung lengan direka sulam sedikit sarat.
2. Fabrik Bermotif
Sekiranya anda memilih fabrik atau baju yang mempunyai corak atau motif, elakkan daripada memilih motif horizontal dan saiz motif yang terlalu besar.
Sebaiknya anda memilih baju bermotif garis-garis vertikal dan secara tidak langsung, tubuh gempal kelihatan tinggi dan ramping. Garisan-garisan yang dihasilkan mencetuskan ilusi yang lebih langsing dan kurus. Tip ini mungkin kelihatan kecil, namun mempunyai pengaruh yang sangat besar secara visual.
3. Aksesori Ideal
Memilih aksesori yang sesuai tidak kurang pentingnya untuk penampilan yang lebih menyerlah. Pemilihan aksesori dan kasut yang tepat sangat penting bagi memastikan penampilan anda agar tidak kelihatan terlalu sarat dan berat.
Kebanyakan kaum wanita mengalami kesulitan menggunakan kasut yang terlalu tinggi, jadi pilihlah kasut yang tidak terlalu tinggi atau menggunakan wedges. Kasut yang agak tinggi akan memberi kesan tubuh yang lebih jinjang bagi orang bertubuh gempal.
4. Pilihan Fabrik
Dari segi pilihan fabrik, wanita plus size perlu memilih fabrik yang lebih lembut dan polos seperti sifon, sutera atau satin yang tidak terlalu berkilat.
Elakkan dari memilih fabrik jenis jersey atau fabrik jenis melekat di tubuh kerana ia akan menampakkan lagi susuk tubuh badan anda yang gempal itu.
Anda juga disarankan supaya memilih jenis fabrik yang lebih berat kerana ia bakal menghasilkan siluet yang lebih kemas dan terletak.
5. Memahami Bentuk Tubuh
Tip terakhir yang tidak kurang pentingnya dalam tip memilih baju kahwin bagi wanita plus size adalah dengan memahami bentuk tubuh badan anda sendiri.
Seperti mana yang kita ketahui, wanita bertubuh curvy juga memiliki bentuk tubuh pelbagai. Oleh kerana itu, pemilihan baju yang sesuai dan tepat turut menentukan pesona dan keanggunan penampilan anda di hari bahagia.