Hubungan

Sama Cantik, Sama Padan! Rizman Sah Bergelar Suami Kepada Nurida Suraya

Share

Selepas mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati pada bulan Syawal yang lalu, pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin hari ini sah bergelar suami kepada gadis cantik, Nurida Suraya dengan sekali lafaz sebentar tadi di Glass House, Seputeh.

Busana serba putih

Cantik mengenakan busana serba putih, pengantin dilihat sangat sepadan ketika duduk di pelamin ksemasa acara membatalkan air sembahyang dan menyarung cincin dijalankan.

Sama cantik sama padan

Menerusi Instagram penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia telah memuat naik gambar mempelai yang tersenyum manis memandang sesama sendiri dengan mengucapkan tahniah kepada mereka.

Alhamdulillah, Tahniah!

Menerusi posting tersebut, rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan itu.

Rizman Nordin merupakan pengasas jenama RizmanRuzaini merupakan antara pereka fesyen terkemukan Tanah Air yang kerap menaja dan menyediakan pakaian buat artis-artis terkenal Malaysia.

Semoga berbahagia

Baju cantik, simple je

Sumber : Ctdk

 

IKLAN