Anda harus sedar bahawa ketika seseorang lelaki itu berlaku curang, ini bermakna dia merasakan hidupnya sudah tidak bahagia lagi bersama anda. Sungguh pun begitu, ada juga lelaki yang melakukan perkara ini meskipun hubungan cintanya berjalan lancar. Jadi, apakah sebenarnya alasan ‘lelaki curang’?

Sanggup Ke Masih Menanti Orang Yang Curang Dengan Cinta Kita?

Berikut 6 alasan mengapa lelaki curang :

1. “Saya sudah tidak mencintainya lagi”

Setelah sekian lama bersama, biasanya lelaki akan kehilangan rasa cinta terhadap pasangannya. Sebahagian lelaki mengalaminya hanya untuk sementara waktu dan mengalihkan perhatian dan hati mereka pada perempuan lain.

Daripada kebanyakan kes yang terjadi, akibat kecurangan sesaat inilah, tetapi akibatnya lelaki akhirnya benar-benar kehilangan pasangan mereka!

IKLAN

2. “Saya ingin membalas perbuatan curangnya”

Lelaki cenderung mengubati kekecewaannya dengan melakukan hal yang sama. Jika anda pernah berlaku curang, jadi tidak harian jika si dia akan melakukan hal yang sama. Perbuatan ini dilakukan demi untuk menyamakan kedudukan seterusnya egonya ‘puas’.

3. “Si dia terlalu cerewet dan suka membebel”

IKLAN

Wanita cenderung cerewet, kuat membebel terutama menghadapi ketidakpuasan hati atau perkara-perkara yang tidak disukainya. Kebiasaan ini boleh mengundang sakit kepala para lelaki. Keadaan ini juga mendorong lelaki mencari teman rapat yang boleh memahami dirinya.

4. “Saya tergoda”

Kebanyakan lelaki tidak dapat bertahan pada godaan seksual jika ada perempuan yang mengajaknya ‘dating’. Jadi, dia akan mempunyai kesempatan untuk melakukannya, maka kecurangan itu pun tidak boleh dihindari.

IKLAN

5. “Wanita cukup mudah untuk memaafkan”

Mungkin ada benarnya, kebanyakan wanita cepat memaafkan ketidaksetiaan pasangannya. Lebih-lebih lagi jika cinta menjadi alasannya. Fakta inilah yang kerap dimanfaatkan oleh orang lelaki. Berbohong, meminta maaf lalu semuanya akan kembali menjadi normal seperti biasa.

Sanggup Ke Masih Menanti Orang Yang Curang Dengan Cinta Kita?
6. “Si dia tidak lagi mampu membahagiakan saya”

Long term relationship’ ataupun ikatan perkahwinan cenderung mengundang kebosanan. Bagi lelaki, keadaan ini menyebabkan dia tidak peduli lagi pada pasangan, seperti di tahun pertama menjalinkan hubungan cinta. Situasi ini juga menyebabkan lelaki melakukan terapi dengan mendekati perempuan lain untuk membangkitkan rasa cintanya.

Kenali potensi tersebut dalam perhubungan anda. Jika ada, atasi dengan bijak. Sungguh pun begitu, tidak ada jaminan pasangan anda akan bebas daripada jerat kecurangan. Saling menghargai dan berpegang pada komitmen adalah cara yang paling berkesan untuk mempertahankan sebuah perhubungan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI