
Saya cukup-cukup respect dgn isteri-isteri zaman sekarang ni…
Dia punya usaha, ikhtiar, kesungguhan, persediaan utk mempertahankan perkahwinan dia, menyelamatkan rumahtangga dia dr org ketiga cukup2 dahsyat…Dari surirumah, dia jadi hackers, buat whatapps web, hack hp suami, smpai tahu siapa yg selalu suaminya berchatting, berhubung…dari seorang yg bekerjaya, dia jadi ‘spy’, tgok dan ikut gerak geri suaminya, tahu location suaminya dimana…sampai suami sendiri pun tak sedar…
Dengan jelingan saja dia dah dpt tahu yg mesti ada something yg xkena dgn suami dia ni…
“Tak pernah laki aku senyum depan hp sorang2…xpernah laki aku bwk hp masuk tandas…xpernah laki aku letak hp bwh bantal dia mlm2…dan xpernah lagi bila aku tdo, dia xtdo2 lagi, main hp…”
Saya tertanya-tanya la jugak kan kenapa dia sanggup buat mcm tu, hanya sebab SEORANG lelaki yg bergelar SUAMI utknya….sanggup berjumpa, berhadapan dengan org yg menganggu rumahtangganya, bertikam lidah, berperang mulut dgn perempuan yg cuba merampas suaminya, lawan tarik rambut? (Tarik rambut ala orang dulu-dulu, guling2 atas tanah tu – masih ada yg praktik lagi ke)
Walhal suaminya tu ADA APA SANGAT…?nak harapkan pd MUKA? byk lagi yg HENSEM…nak harapkan pd HARTA? CUKUP-CUKUP MAKAN je setiap bulan…sempurna sgt ke? KE LAUT jgak kalau bab2 agama ni…solat pun tunggang langgang…
Tapi…
Isteri harungi dan tempuhi semua tu sebab bagi isteri, suami itu milik dirinya, milik anak-anknya…ayah kepada anak-anaknya…sbb tu dia tak nak kehilangan suaminya, FAHAM?
Walau tak berguna sangat pun suami itu, walau tak menolong sgt pun suami itu, walau xpernah memahami sgt pun suami itu, walau menyakitkan hati sgt pun suami itu tapi dia tetap seorang suami, tetap seorang ayah…jadi isteri buat utk kebaikan rumahtangganya…bukan sebab hatinya…
Sbb hatinya itu, tak pernah pun suami ambik tahu apa yg dia rasa…xpernah pun suami faham apa yg dia mahukan…tapi dia tetap nak suaminya itu jadi SUAMI!
Akhir kalam, isteri kita ni boleh jadi yg paling lembut dan menyejukkan, lalu membahagiakan dan dia juga boleh jadi yg paling keras, kasar lalu teramatlah menyakitkan…
Kita nak dia jadi yg mana? ?
Memang Berkahwin Buka Pintu Rezeki, Tapi Jangan Habiskan Duit Pada Benda Tak Penting

Selepas bertunang tu bincang awal-awal beberapa perkara penting seperti di bawah. Bukan setakat merajuk tak tentu pasal sebab tunang tak balas mesej atau reply teks pendek-pendek. Perkara ini lebih penting dari itu!
Anda dah selangkah dalam melabuhkan tirai sebagai pasangan suami isteri, hidup sendiri tanpa bantuan mak ayah.
Berikut di antara perkara penting perlu di tulis dan dibincangkan sebelum korang kahwin lagi. Ianya realistik dan dapat elak ‘culture shock’ berlaku terutamanya dalam soal kewangan.
Kita tak nak sampai terkeluar skrip,
“Hantar aku balik rumah mak!”
Baik.
1. NAFKAH ISTERI
Perkara ini mesti dibincangkan bersama bakal isteri. Berapa kemampuan dapat diberi pada setiap bulan dan perancangan ‘increment’ untuk tempoh 3-5 tahun selepas itu.
Perlu diselesaikan saat ini juga tentang nafkah isteri bukannya duit untuk beli barang dapur. Ia berbeza okay!
Nafkah isteri bukan option tapi WAJIB diberikan walaupun dia bekerja.
2. TEMPAT KEDIAMAN
Selepas kahwin nanti nak tinggal di mana. Rumah sendiri, rumah sewa atau menumpang duduk rumah mertua? Pengalaman saya dan isteri, sejurus lepas kahwin kami terus berpindah rumah sendiri.
Teringat lagi semasa awal perkahwinan, Cuma ada perabot bilik utama dan kerusi kecil di ruang tamu. Meja makan dibeli beberapa minggu sebelum kahwin, ada SALE di pasaraya.
Tapi kami dah bincang dan nekad, tak kisah pun yang penting PRIVACY.
DANA RUMAH PERTAMA
Perkara ini mesti dibincangkan awal supaya matlamat ada ‘timeline’ dan juga harga rumah mampu dibeli. Apabila ada matlamat sebegini, kedua suami isteri dapat elak belanja beli barang tak perlu atau kerap melancong.
Yer la, bila sebut beli rumah deposit RM15,000 semua kata mahal. Tapi bila kita sebut untuk kos pergi balik bercuti pergi Istanbul selama 15 hari/13 malam, semua pakat kata murah. Haha! Sebaiknya kedua-dua baca buku hartanah, saya sarankan beli buku Dr Azizul Azli Ahmad bertajuk Rumah Pertamaku.
Syukur saya dan isteri berbincang sebelum kahwin lagi untuk memiliki rumah sendiri, kami jimatkan kos perkahwinan untuk tujuan ini.
3. WANG SAKU MERTUA
Zaman sekarang seperti sudah jadi kebiasaan untuk punya isteri yang bekerja. Paling tidak pun mereka akan aktif buat jualan secara ONLINE. Tak kisah la sama ada sebagai dropship ataupun agen produk.
Sebagai suami kita kena tahu tujuan isteri buat semua tu. Kita kena faham mereka juga seorang anak, ada orang tua untuk dijaga. Paling tidak pun mereka nak buat kerja tu sebab nak bagi ibu dan ayah mereka wang saku belanja bulanan.
4. BINA KELUARGA
Semasa di awal perkahwinan sudah jadi lumrah orang akan doakan agar kita dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Kita sebagai suami isteri pun kena anggap doa itu satu doa yang baik. Bukan perli.
Cuma kita boleh rancang jika mengandung dalam tempoh kurang setahun, apa perlu dilakukan. Jikalau suami merokok mungkin masa itu dah boleh berhenti supaya alih belanja untuk kegunaan anak.
5. SIMPANAN KELUARGA
Saya lantik isteri sebagai Menteri kewangan keluarga. Kami cipta pelbagai jenis tabung semasa awal perkahwinan, semasa mengandungkan anak pertama malah sehingga ke hari ini.
Di awal perkahwinan kami bina tabung pelaburan bertujuan tujuan kumpul deposit untuk beli apartment untuk disewakan. Kemudian apabila isteri mengandung kami rancang tabung untuk persediaan anak pertama. Dah anak nak bersekolah kami dah sediakan tabung Pendidikan sejak dari awal.
Sehingga ke bajet hari raya, semuanya saya serah kepada isteri beliau rancang. Mana yang tak perlu kami bincang tengok kesesuaian. Kalau tak penting, potong terus dari senarai.
Maksudnya di sini asasnya adalah mesyuarat, perbincangan dan disertakan tindakan. Setiap bulan kami akan debitkan sejumlah wang secara auto untuk tabung simpanan jangka masa pendek dan panjang. Dan semestinya kami tukarkan ia ke dalam bentuk emas fizikal. Takut nanti bocor dibelanjakan.
Setiap bulan kami peruntukkan wang untuk beli buku kewangan, buku bacaan anak-anak, menu masakan.
Tujuannya untuk pertingkatkan wang simpanan keluarga dan jimat wang makan di luar.
Begitulah.
Kredit: Hafizul Hakim
Wahai Isteri, Jangan Hanya Nampak Kelemahan Suami Sehingga Lupa Kelemahan Kita

Syurga seorang wanita yang belum kahwin terletak di bawah tapak kaki ibunya tetapi bagi seorang wanita yang bergelar isteri, syurganya terletak di bawah kaki suami. Maknanya, taat kepada suami maka isteri akan mudah mendapat ganjaran syurga.
Dalam diam tak diam, adakah isteri sedar yang isteri mungkin banyak melakukan kesilapan terhadap suami? Bagi isteri yang miliki suami pemaaf, beruntungnya anda namun bagi yang tidak bagaimana pula? Perkongsian menarik wanita yang dikenali sebagai Nor (Bonda Nor) ini seharuslah isteri sematkan dalam hati. Semoga semua isteri yang taat kepada suami akan beroleh ganjaran pahala dansyurga yang kekal abadi.
SYURGA SEORANG ISTERI
Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tak sengaja.
Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah, betapa ngerinya!
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa..
Allah Ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat. itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumah tangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walaupun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah.. biiznillah. Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami Ya Allah. Amin. Amin.
Hargailah suami yang banyak bersusah payah mencari rezeki untuk memberi keselesaan buat isteri. Mungkin tidak semewah yang diharapkan, cukuplah dia cuba menjadi yang terbaik dan memberi segala yang diperlukan buat keluarga.
Nak Kahwin Tak Lama Lagi? Ini Checklist Bakal Suami Anda Perlu Tahu

Bakal pengantin perempuan biasanya mempunyai kecenderungan untuk menyusun perancangan dari awal sehingga akhir. Yang lelaki, macam biasa selagi tak disuruh, memang tak akan berganjak. Ada juga yang bila tiba hari pernikahan, cincin kahwin pun terlupa bawa!
Jadi, untuk mengelakkan daripada berlakukanya benda yang tak diingini, di sini kami kongsikan checklist untuk anda ataur sebelum hari pernikahan. Simpan elok-elok supaya satu per satu perancangan ini boleh digunakan.
************************************
Sebelum Hari Majlis Akad Nikah:
1) Simpan semua dokumen keperluan dalam satu sampul dan kemudiannya disimpan dalam satu kotak bersama barang kemas/cincin, duit mas kahwin dan sebagainya agar tiada yang tercicir.
2) Perlu tidur awal kerana ianya memberi kesan terhadap emosi anda pada keesokan harinya. Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi agar anda nampak lebih selesa dan ceria. (Nak masuk gambar, seeloknya kenalah nampak ceria..Hahaha)
Pada Hari Majlis Akad Nikah:
1) Cuba selesakan diri (ambil mood). Pastikan sentiasa ada teman berborak agar anda tidak terlalu memikirkan tentang majlis supaya anda tidak terlalu gemuruh.
2) Ketika berdepan dengan Imam/Juru Nikah. Sentiasa senyum dan cuba untuk bertenang. Ketika khutbah nikah dibacakan, beri perhatian dan sentiasa senyum.
3) Akad Nikah (ijab dan kabul). Jangan risau. Kebiasaannya wali akan membuat percubaan sebelum membacakan ijab yang sebenar. Pengantin lelaki tidak perlu mejawab tergesa-gesa sambil menahan nafas. Pada ketika ini, tetamu-tetamu yang hadir juga haruslah mengawal anak-anak untuk tidak berbuat bising dan menangkap gambar terlalu dekat sehingga mengganggu perhatian pengantin lelaki. Kebiasaannya jurugambar terlatih akan mengambil moment pengantin berjabat tangan dengan wali pada permulaannya dan berhenti menangkap gambar untuk memberi ruang pengantin lelaki menjawab qabul dalam keadaan tidak terganggu.
(selesai part ni pengantin lelaki dah buat muka lega dah..hahaha..tapi kena ingat, bacaan taklik pulak lepas ni)..
4) Bacaan Taklik. Jangan risau. Kebiasaannya ada disediakan teks bacaan taklik dalam tulisan rumi. Walaubagaimanapun, ada juga imam yang menyediakan teks dalam tulisan jawi.
Ni contoh bacaan taklik bagi negeri Perak:
“Bahawa adalah saya…….. dengan ini bertaklik jika saya tinggalkan isteri saya….. selama empat bulan qamariah atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama yang tersebut pada hal dia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badanya atau saya tidak mempedulikannya selama empat bulan atau lebih kemudian ia mengadu kepada kadhi/ hakim syariah dan manakala sabit aduannya dan ia memberi kepada kadhi/ hakim bagi pihak saya sebanyak RM 10.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu talak khuluk.”
5) Sembahyang Sunat Selepas Nikah:
Niat – “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Maksudnya : Sahaja aku solat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Taala..
Selepas bacaan Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah berikut:
Rakaat 1- Surah Al-Kafiruun
Rakaat 2- Surah Al-Ikhlas
6) Bersalam-salaman dengan ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.
7) Penyerahan Mas Kahwin dan Pembatalan Air Sembahyang. Jangan risau, start dari sini semuanya akan di “guide” oleh jurugambar sehinggalah tamat Majlis Bersanding dan sesi Outdoor.
Memegang Ubun-ubun Isteri.
Doa: Allaahumma innii as-aluka khayraha wa khayra maa jabaltahaa ‘alaihi wa a’uudzu bika min syarrihaa wa min syarri maa jabaltahaa ‘alaihi
Maksudnya : Ya Allah sesungguhnya aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku memohon perlindungan kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan apa yang Engkau ciptakan pada dirinya.
TIPS TAMBAHAN UNTUK BAKAL PENGANTIN LELAKI
—————————————
Perkara yang kadang-kadang nampak remeh tapi memberi kesan kepada seseorang pengantin kerana perkahwinan mungkin hanya berlaku sekali untuk seumur hidup dan kita mengharapkan perkara tersebut satu kenangan yang indah untuk dikenang.
Sekali Lafaz Yang Diidamkan
————————————–
Persediaan untuk mencapai sekali lafaz akad nikah:
- Sebutan nama pasangan
Wajib. Wajib hafal nama bakal isteri/nama pengantin perempuan dengan tepat supaya tidak mengganggu atau tidak menjarakkan sebutan kerana kurang yakin dengan nama yang tepat.
- Cuba kawal rasa gemuruh
Tidak dinafikan. Rasa gemuruh pasti ada kerana anda sedang berdepan dengan antara perkara penting yang ingin disempurnakan dalam hidup.TIPS. Untuk kurangkan rasa gemuruh, jangan hirau orang ramai yang berada di sekeliling. FOKUS. Fokus antara kita dengan wali/imam yang menjadi wakil wali sahaja. Jika merasakan diri gemuruh, jangan pandang orang di sekeliling atau kawan-kawan yang sedang mengusik di belakang. Hahaha. Pandang imam, bersedia dengan lafaz akad nikah seperti yang dipraktikkan sebelum hari sebenar.
Apa yang penting adalah lafaz perlulah TEPAT, JELAS dan TIDAK TERSEKAT-SEKAT/LANCAR untuk tempoh yang lama.
Sekiranya lafaz TEPAT , JELAS & LANCAR pasti anda berjaya menyempurnakan lafaz ijab kabul/akad nikah dengan sekali lafaz sahaja.
Begitulah serba sedikit tips yang ringkas tetapi boleh memberi sedikit gambaran kepada bakal pengantin lelaki supaya lebih fokus apa yang lebih penting untuk dipraktikkan.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat dijadikan sumber pengetahuan yang boleh diaplikasikan dalam majlis sebenar kelak.
Kredit: Facebook Rahsia Kahwin Muda