
Adatlah berumah tangga, awal-awal kahwin semua rasa tak kena. Lelaki ini kongsi, jangan cepat melatah. Hadapi dengan tenang!
“Saya penat la asyik gaduh je dengan isteri saya.”
“Saya penat la suami langsung tak faham saya.”
“Saya rasa tak happy pun lepas kahwin.”
***
Ayat-ayat macam ni selalu kita dengar masa awal-awal kahwin. Biasalah tu. Kita kahwin dengan orang yang tak pernah kita kenal pun sebelum ni. Bukan darah daging kita, bukan saudara mara kita. Jadi, untuk mengenali pasangan tu mengambil sedikit masa sebenarnya.
JANGAN STRESS, JANGAN CEPAT MELATAH. HADAPILAH SEMUA INI DENGAN TENANG DAN SABAR. KEBAHAGIAAN HADIR BILA KITA BERUSAHA MENCARINYA.
Cuba ingat balik. Kita yang pilih pasangan kita. Takde sapa yang paksa kita untuk kahwin dengan dia. Jadi, kita kena kuat dan sabar untuk melayari bahtera rumah tangga dengan insan yang telah kita pilih untuk sehidup semati kerana itulah jodoh Allah untuk kita.
Takde rumah tangga yang bahagia sentiasa. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Bawa berbincang.
Jangan bila ada masalah masing-masing nak tunjuk ego. Tak nak mengalah, tak nak bawa berbincang. Akhir sekali, perpisahan menjadi keputusannya. Sedangkan masalah yang dihadapi tu boleh diselesaikan jika dibincangkan bersama.
Kita tak akan dapat lihat pelangi jika tanpa diuji dengan hujan kan. Mungkin ada hikmah di sebalik ujian dan cabaran yang korang sedang hadapi tu.
Manusia mungkin boleh berubah. Bersabarlah sikit dan mungkin korang akan lebih bahagia selepas ini. Kah!
[ASY]
#AmirSyahir
Isteri Sarat Mengandung, Suami Patut Buat Apa?

Isteri penat mengandung 9 bulan, takkan lah suami hanya biarkan sahaja isteri yang sarat terus buat kerja rumah macam biasa. Kejam betul suami kalau dia buat tak tahu kepenatan seorang isteri yang sedang hamil dan buat kerja seharian, apa kata suami ringankan sedikit tulang dan bantu isteri urus segala tugasan seharian. Wahai suami, inilah masanya untuk anda jadi hero isteri anda!

Tips 1: Luangkan masa bersama isteri
Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini, isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada di samping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
Tips 2: Membantu pemakanan isteri
Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
Tips 3: Perlahan
Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
Tips 4: Jangan bertanya, terus lakukan
Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.
Tips 5: Belajar
Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
Tips 6: Bantu siapkan hidangan makanan
Sekiranya sebelum ini, segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugas yang sama.

Tips 7: Bantu jaga anak yang lain
Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
Tips 8: Pinjamkan tangan pada isteri
Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur. Maksud pinjamkan tangan di sini, ringan-ringankan tangan untuk membantu isteri ketika dalam apa keadaan sekalipun. Percayalah, isteri anda pasti rasa dihargai.
Ketika Isteri Hamil, Suami Patut Ambil Alih Hal Kerja Rumah

Saat hamil adalah saat paling indah dan bahagia untuk semua pasangan. Tetapi, prosesnya tidak semudah dan seindah yang anda sangka.
Ada suami, lepas tangan bila dapat tahu isteri hamil. Dia biarkan isteri urus sendiri hal-hal kehamilan, bermula dari fasa awal hinggalah saat melahirkan. Dia cuma tunggu zuriat keluar.Selepas melahirkan, walaupun masih pantang, si isteri gigih menguruskan anak, suami dan rumah, semata-mata kerana rasa tanggungjawabnya pada keluarga. Kasihan. Suami pula buat apa? Pergi kerja, balik makan dan kemudian tidur. Katanya cari duit untuk keluarga. Juga kasihan. Untuk suami jenis seperti ini, anda wajib baca perkongsian dari Mizan Dzai, moga luahan ini dapat membuka mata anda tentang pengorbanan dan kepayahan yang dilalui oleh si isteri.
.
Tulis Mizan Dzai,
Dari dulu sampai sekarang kita selalu dengar pasal isteri ambil pil perancang untuk mengawal production dia orang dari keluarkan model baru setiap tahun. Macam-macam jenis pil di telannya dan ada yang setiap bulan kena cucuk.
Kau sebagai suami kena ingat, ini adalah antara punca badan isteri naik dengan jayanya sebab hormon dia orang terganggu. Kau yang tak beragak asik nak buang kat dalam, lepas tu salahkan isteri bila badan dia naik sampai kong absorber kereta belah penumpang.
Nak melalui fasa mengandung ni bukan semudah kau urut belakang dia bila dia muntah, itu pun kalau tak jijik dan kalau rajin nak urut lah. Kau sendiri muntah pun tahu penat. Kalau kau pernah kena food poisoning kau tahu lah rasanya macam mana. Penat gila dan lagi teruk dari tu.
Macam yang baru-baru ni, kita digemparkan dengan kes seorang ibu kelar anak dia yang berusia 2 bulan. Sedih, terkejut, semuanya ada. Allahurabbi. Minta dijauhkan perkara sebegini dari kita semua. Ramai orang komen, binatang pun sayangkan anak. Ramai orang komen, ini kerja orang tak ada iman.
Cubalah untuk tidak menjadi manusia bebal yang suka menghukum tanpa usul periksa. Yes, manusia bebal. Terutamanya lelaki dan wanita bujang yang hebat mengata dan tak rasa apa dia rasakan. Kau tu pernah ke berada kat tempat dia? Ibu mana (yang bernikah) yang tak sayangkan anak?
Kau tahu tak Allah cipta wanita yang mengandung dan bersalin ni setabah dan sekuat-kuat manusia? Sakit melahirkan ni, satu benda yang kau sebagai suami takkan boleh bayangkan. Kau tu baru kena inject ambik darah dah menjerit satu kampung. Berbual lebih.
.
Kau tak rasa kesakitan, kegembiraan dan kenikmatan dia orang bila diberitahu yang dia mengandung, melayan mual dan morning sickness, melayan apa yang anak tekak dia nak rasa, sakitnya bila kaki bengkak dan pinggang sakit tengah malam lagi-lagi bila sakit di tempat Epidural untuk anak kedua dan seterusnya, debar dan sakitnya contraction juga kesakitan bersalin sampai terkoyak.
Bila terkoyak, lebih lagi yang terkoyak senget, alignment dia dah tak sama macam dulu. Duduk pun senget sikit sebab tak selesa atau ngilu kerana dijahit. Kau yang lelaki ada fikir? Ada jaga perasaan dia orang?
Perempuan mengandung ni emosinya tak menentu, tak stabil dan susah untuk kau jangka. Dia boleh menangis secara tiba-tiba sebab tak tahan badan sakit-sakit. Kau sebagai suami harus bagi perhatian lebih kat isteri tu. Mulut jangan main lepas je cakap perkara yang tak sepatutnya.
Jangan buat benda bodoh, jangan pentingkan diri sampai ajak isteri bersama sebelum habis pantang. Nauzubillah. Dengan luka tak kering lagi, dalaman tak sembuh sepenuhnya kau dah gasak sebab nafsu kuda kau tu. Gila. Lagi-lagi bila kau si suami yang tak ada rezeki untuk jaga isteri, terpaksa hantar anak isteri ke rumah mertua untuk berpantang disana. Sakitnya, tabahnya wanita yang bergelar isteri tanpa suami disisi. Paling aku tersentuh, bila nak sapu ubat kat luka jahitan tu, Allahhurabbi.
Banyak sebenarnya yang kita sebagai lelaki selalu salahkan isteri. Dia orang ni sentiasa nak yang terbaik untuk kita dan keluarga. Biasalah kekadang dia tak faham, itu tugas kita untuk bagi faham, untuk membentuk dan mendidik. Jangan letakkan soal merancang anak, berpantang, kerja rumah, rumah tangga,pendidikan, dan sebagainya pada bahu isteri semata-mata. Don’t.
Cuma bab merancang, kalau kau rasa ekonomi belum cukup stabil, kalau rasa tak bersedia untuk jaga anak berderet setiap tahun, bawa berbincang dan bantu satu sama lain. Jangan kau reti buat tapi tak reti jaga. Jangan kau serah semuanya pada isteri, jangan kau buat-buat tak tahu.
Suami tolonglah apa yang patut di rumah kalau ada anak kecil lain. Tak sempurna kerja rumah macam isteri buat, tak apa la. Yang penting jangan la sampai macam tongkang pecah, mesti berkomunikasi dengan dia, dan jangan menyebabkan isteri jadi Post Partum Depression (PPD) atau dalam bahasa kita, meroyan.
Mulai sekarang, giliran kita membantu. Allah dah janji, ada rezeki pada isteri dan setiap anak. Allah dah janji, jangan ragu-ragu, jangan pentingkan diri dan tamak.
Doa Lembutkan Hati Isteri Yang Degil

Biasalah dalam alam perkahwinan ada pasang surutnya. Ada kalanya rasa tertekan kerana mungkin sebelum kahwin lain, lepas kahwin perangai lain. Mungkin ada suami yang diuji dengan karenah isteri degil. Tapi degil bukan bermakna tak sayang. Mungkin cara dan pendekatan si suami tu perlu diubah sikit. Suami ego pun tak bermakna tak sayangkan isteri atau tak ambil peduli.
Rasulullah SAW selalu mengingatkan isterinya supaya sentiasa ingatkan pengawasan Allah swt atas segala tindak tanduk dan perbuatan yang dilalukan terhadap suami. Dan para suami pula mesti lah selalu memberikan didikan yang baik dan teladan yang elok. Isteri yang degil boleh mencerminkan perwatakkan kurang menyenangkan.
1. Lembutkan hati isteri dengan turuti permintaannya
Suami beri nasihat tetapi isteri enggan dengar kerana suami pun bersikap 2 kali 5. Kalau nafkah pun suami tak beri dan isteri terpaksa berhempas pulas menyara keluarga, adilkah macam tu? Selalunya manusia boleh ditakluk dengan kesenangan ( beserta doa pada Illahi ) untuk memikat hati mereka. Tunjukkanlah bahawa anda suami yang bertanggungjawab dulu.
.
2. Tunjuk dulu baru suruh
Suami pun tak boleh mengarah itu ini dan buat isteri tu macam kuli. Jangan pula berleter kalau isteri itu degil tak mahu dengar cakap suami. Tunjukan contoh yang baik, ringan tulang dan sentiasa berlembut apabila bercakap dengan sang isteri. Barulah hatinya lembut dan sejuk serta mahu dengar kata. Kadang-kadang suami sendiri tak perasaan yang dia pun tunjukkan contoh yang tidak baik pada isteri seperti tidak mahu mengemas rumah, masa pun tak disiplin, suka tangguh kerja dan lain-lain.
3. Lebih dekat dengan agama dan Allah
Jika Nabi Musa pun disuruh bercakap lemah lembut dengan Firaun, inikan pula suami isteri. Teguran yang ikhlas akan sampai ke hati yang ikhlas. Tiada sebab seseorang itu memberontak jika disentuh kasih sayang. Suami yang layak memberi teguran sepatutnya telah melepasi batas ketaqwaan yang tinggi berbanding isteri. Isteri pula tak perlu lah tunggu suami sempurna dulu baru nak berubah. Kalau macam tu sampai bia pun tak akan berubah kerana tiada sifat merendah diri kepada suami.
4. Doa lembutkan hati
Baca ayat berikut, kemudian hembuskan dikening orang yang kita sayangi (anak atau isteri). Niatkan dan doakan didalam hati moga Allah SWT mengurniakan kasih sayang-Nya kepada kita dan orang yang kita sayangi dengan keberkatan ayat Al-Quran ini.
.
“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa pada hari kiamat, bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya (nescaya mereka menyesal).” (Surah Al-Baqarah 2:165)
Anda boleh baca ARTIKEL ni untuk doa pelembut hati dan hati pasangan yang degil. http://www.pesonapengantin.my/amalkan-doa-ini-kalau-nak-lembutkan-hati-pasangan-panas-baran-2/