Zaman sekarang adalah zaman ‘semua benda’ nak ditayangkan kepada umum terutamanya di media sosial. Tetapi harus diingatkan, jangan terlalu kerap memuat naik gambar orang tersayang, tunjuk pasangan romantik, bahagia, sweet bagai. Kerana mungkin anda tidak sedar bahawa ada individu-individu yang menyimpan niat untuk menggantikan tempat anda.
“SAYANG” Bukan Bererti Kena Tayang Dekat Media Sosial Setiap Masa!
Tidak mustahil perkara seperti ini boleh berlaku. Jadi, berhati-hatilah dan pesan pada pasangan masing-masing dan rakan-rakan agar sentiasa beringat. Semoga rumahtangga anda dijauhi dari perkara yang tidak diingini. Semoga perkongsian dari Puan Hanni Borhan ini memberikan manfaat.
STOP!! Jangan post sweet-sweet. Secara tidak sengaja, awak telah ‘menjual’ suami awak sendiri.
Tahu tak korang, kalau betul sayangkan suami, simpanlah suami dan jangan ditayang kebaikannya. Jangan ditunjuk romantiknya suami kita kerana ramai yang teringin untuk menggantikan tempat kita.
Tidak mustahil ada wanita yang kesunyian, yang mendambakan kasih sayang lelaki dan akan membuatkan hatinya terbuka untuk mendekati suami kita.
Saya cakap kerana saya ‘pernah’ terkena. Juga sebagai peringatan kepada kawan-kawan wanita di luar sana. Spesis wanita kehausan kasih sayang ini sentiasa wujud, jenis yang sama masih ramai lagi.
“SAYANG” Bukan Bererti Kena Tayang Dekat Media Sosial Setiap Masa!
Jangan sesekali tag nama suami di wall Facebook atau ditayang siapa pasangan kita. Takut-takut, ex-ex stalker. Hati-hati.
Tegurlah suami, elakkan suami tunjuk sweet depan orang lain. Sweet-sweet saja di dalam rumah dengan anak dan isteri.
Korang jagalah pergaulan dengan suami elok-elok. Mention kawan-kawan awak untuk ingatkan dia. Share perkongsian ini di wall anda.
Sumber: Hanni Borhan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI