
Sampai jodohnya, pelakon Sean Lee kahwin dan membuat kejutan apabila memilih wanita yang juga model, Bay Doucet sebagai isterinya.
Sean Lee Kahwin Mengejut

Perkara tersebut dikongsikan Sean atau Sean Lee Jia Ern, 30, menerusi Instagramnya dengan meninggalkan beberapa keping foto menunjukkan dia dan pasangan memakai sut dan gaun pengantin berwarna putih.

Tanpa perincian lanjut, pelantun lagu Tak Sanggup Terima itu hanya meninggalkan kapsyen pendek: “Too cute to gatekeep (terlalu comel untuk disimpan).”

Lebih menguatkan dakwaan perkahwinan mereka apabila Sean turut meninggalkan gambar rawak yang memperlihat tarikh 7 Julai 2024 bersama tulisan just married (baru berkahwin).
Sean juga memuat naik hantaran seolah-olah gambar praperkahwinan sejam sebelum berkongsi tentang majlis tersebut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pak Imam dan Bilal Pasang Pelamin, Tiada Bayaran Pun Dikenakan Untuk Pengantin

Tular video Pak Imam dan bilal pasang pelamin di Masjid Al-Ihsan di Machang, Kelantan, tindakan ini dipuji orang ramai apabila turut menyediakan pelamin khusus kepada pasangan bernikah untuk bergambar buat kenangan selepas majlis akad nikah yang diadakan di masjid tersebut.
Pak Imam dan Bilal Pasang Pelamin

Menerusi video dimuat naik oleh Masjid Al-Ihsan memperlihatkan, jawatankuasa masjid tersebut terdiri daripada golongan lelaki bersama-sama memasang kain, menyusun bangku dan hiasan pada pelamin berwarna putih.
“Persiapan untuk bakal pengantin buat kenangan bersama Masjid Al-Ihsan,” menurut kapsyen masjid tersebut.
Menjawab pertanyaan orang ramai, pihak masjid memaklumkan tiada bayaran untuk pengantin yang mahu bernikah di situ.
“Cuma bayar jurunikah sahaja, kalau nak bagi saguhati kepada masjid pun dialu-alukan,” kata pihak masjid.
Kagum Dengan Usaha Pihak Masjid

Dalam pada itu, ramai yang memuji usaha pihak masjid dan tidak kisah sekiranya Masjid Al-Ihsan mengenakan bayaran untuk bernikah di situ.
“Kalau macam ni punya usaha daripada pihak masjid, bayar lebih pun boleh,” tulis pengguna TikTok.
“Susahnya nak jumpa masjid gini. Kalau bayar lebih pun sanggup,” komen individu lain.
“Kreatif geng laki pasang pelamin, terbaik,” komen pengguna TikTok yang lain.
“Bayar lebih pun tak apa sebab usaha dengan pak imam, bilal sekali sama pasang,” ujar seorang individu.
Cukup memudahkan pihak pengantin yang mahu jimat, usaha ini sangat membantu sesetengah pihak yang mahu menghalalkan seseorang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Reen Rahim Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan, Terima Mas Kahwin Sedulang Barang Kemas

Pelakon Reen Rahim selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin dalam majlis pernikahan yang diadakan di Boraombak Marina, Putrajaya.
Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Reen Rahim akhirnya selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Reen iaitu Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim. Pada majlis berkenaan, pelakon berusia 34 tahun itu menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang barangan kemas.
Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.
Pasangan merpati dua sejoli ini memilih untuk menyarungkan busana serba putih pada hari bahagia mereka.
Sebelum ini, Reen meluahkan rasa syukur kerana mendapat tajaan sebanyak RM15 juta dengan mengadakan tiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi.
Untuk info, Reen melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun bertindak untuk merahsiakannya atas permintaan keluarga.
Sumber: gempak.com Instagram Hlive & Reen Rahim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mawar Rashid Berpisah, Pilih Kekalkan Hubungan Baik Demi Anak-anak

Ujian rumah tangga buat pelakon, Mawar Rashid mengesahkan sudah berpisah dengan pasangannya, Raf Yaakob atas dasar tiada persefahaman.
Menerusi portal Kosmo! Mawar, 28, menyatakan perpisahan tersebut dilakukan atas persetujuan bersama namun masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak.
Mawar Rashid Berpisah Tapi Kekalkan Hubungan Baik

“Kami berdua sudah bersetuju perpisahan ini atas dasar tiada persefahaman namun masih mengekalkan hubungan baik.
“Fokus utama ketika ini ialah memberi sokongan dan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak kami.
“Kerjasama dalam menjalankan tugas sebagai ibu bapa adalah sangat penting dan itu yang kami lakukan bersama ketika ini, insya-Allah,” katanya dalam satu perkongsian Instagram hari ini.
Mohon Ruang Dan Doa Yang Baik
Dia yang pernah membintangi drama Suamiku Paling Sweet itu turut meminta orang ramai memberi ruang serta mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Raf ketika ini.

“Kepada rakan media, hanya ini sahaja kenyataan daripada kami berdua dan harap anda menghormatinya.
“Buat pengikut media sosial, kami memohon doa yang baik daripada anda semua,” ujarnya.
Pada masa sama, dia juga meminta orang ramai berhenti mencetuskan sebarang spekulasi tidak benar mengenai perceraian itu.
“Bukan mudah untuk kami berdua berkongsi mengenai hal perpisahan ini kepada anda semua.
“Namun ini adalah jalan terbaik buat kami berdua.
“Terima kasih kerana sentiasa menyokong serta memberi kata-kata yang baik, semua itu sangat bermakna untuk saya dan Raf,” ujarnya.

Bermula Daripada Keputusan Tidak Bertudung
Sebelum ini, Mawar pada 10 Oktober lalu mengejutkan ramai apabila berkongsi foto tidak lagi bertudung dalam media sosial.
Sekadar info, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf yang merupakan adik kepada selebriti Fazley Yaakob pada 9 November 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad yang kini berusia empat tahun, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!

