Keadaan ekonomi yang semakin meningkat menyebabkan isteri perlu bekerja demi membantu suami menyara keluarga tercinta. Bukan apa, isteri hanya mahu membantu meringankan beban suami dan sebab itulah dia sanggup keluar bekerja.

Namun, kerja mereka tidak hanya di pejabat. Isteri akan menyambung kerja mereka di rumah sebagai seorang isteri dan ibu pula. Bila balik, perlu fikir menu apa untuk dimasak buat suami dan anak tercinta, perlu mengemas rumah, melipat baju dan banyak lagi.

Bukanlah mudah tugas mereka. Tetapi, jika suami memahami keadaan mereka yang penat itu, pasti isteri akan rasa lebih bahagia. Ketahuilah, isteri juga perlukan rehat. Tak salah jika suami bantu memasak di dapur jika isteri kepenatan.

Sekali sekala, berilah isteri rehat. Sebagai seorang suami, cubalah selami hati isteri anda. Isteri mungkin tidak meluahkan tetapi mereka mahu suami cuba fahami mereka. Seperti perkongsian Noor Umrah di laman Facebook miliknya, susah nak jumpa suami yang memahami dan berharap agar para suami di luar sana mencontohi akhlak suami ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Sebagai Seorang Suami, Fahami & Selamilah Emosi Isteri Anda. Mereka Juga Perlukan Rehat!

Susahkan jumpa suami yang memahami…
Nasib si labu labi…
Contohi akhlak si suami ini.. Semoga suami2 diluar sana memahami.. Memahami sudah memadai..

Isteri bekerja perlukan rehat

Isteri saya seorang jururawat. Kerjaya jururawat ni banyak cabaran. Sepanjang hari berurusan dengan bayi sakit, mak ayah yang macam ragam, doktor yang tegas dan masalah parking yang tak berkesudahan.

Ada ketika isteri balik ke rumah dalam keadaan sakit kepala. Bila di tanya kenapa, dia jawab seharian belum makan lagi. Seharian ada kes kecemasan, bukan setakat makan, nak duduk pun tak sempat.

Itulah sebabnya kalau saya ada masa saya akan hantar dan jemput dia dari tempat kerja. Sekurangnya dalam kereta tu dia boleh berehat sepanjang perjalanan balik rumah.

Bagi isteri rehat dalam kereta 2 kali lebih tenang berbanding di rumah. Dalam kereta sahaja minda dia boleh set mode “rehat”, sampai rumah mode dia jadi “kerja” sepanjang masa.

Sebagai Seorang Suami, Fahami & Selamilah Emosi Isteri Anda. Mereka Juga Perlukan Rehat!

Waktu balik kerja tak pernahnya keluar tepat. Selalu lambat 1 – 2 jam. Overtime tak di kira, kerja lebih masa tu anggap sedekah. Sebagai suami bila isteri sampai je rumah saya tak terus bagi dia buat kerja rumah, tapi saya bagi dia berehat dan bersihkan diri dahulu dalam bilik. 15 – 30 minit baru saya benarkan anak masuk bilik.

Saya tak ada kuasa untuk hilangkan penat dia tapi saya ada kuasa untuk tidak menambah lagi rasa penat dia.

Jururawat ni jadual kerja tak menentu. Kejap pagi, kejap petang, kejap malam. Kita yang tengok jadual pun boleh termuntah ini kan pula yang kena ikut bulat bulat jadual kerja tu. Dua tiga kali ganda penat dia.

Tiba pula di bulan puasa. Semalam kerja petang sampai rumah pukul 10 malam, hari ni kena kerja pagi pula seawal jam 4.30 pagi dah kena bangun. Berterusan tak tidur dari 4.30 tu sampai jam 4 petang baru sampai di rumah.

Dah rutin kerja dia begitu kita nak pertikai pun tak boleh. Tapi apa saya boleh buat ialah saya tak tambah lagi derita dia. Saya tak bagi dia masak, juadah sahur dan berbuka makan sahaja apa yang ada kat rumah.

Sebagai Seorang Suami, Fahami & Selamilah Emosi Isteri Anda. Mereka Juga Perlukan Rehat!

Saya tak tanya dia “syg nak masak apa hari ni?”

Tapi saya tanya “syg nak makan apa hari ni, abg belikan”

Itu yang termampu, itulah yang saya buat. Kalau saya mampu masak, saya tak bagi dia masak.

Wanita! Dia penat. Dia stress. Dia marah. Dia tak akan cakap. Itu fitrah wanita. Isteri tak akan buka cerita masalah kalau suami tak tunjuk sifat prihatin dulu.

Jadi sebagai suami, sendiri kena pandai ramal emosi isteri sendiri. Jadi pembela, baca bahasa tubuh isteri, selami emosi isteri. Baru isteri rasa nasib dia terbela.

Isteri kuat demi keluarga dan jadi lebih kuat bila suami beri sokongan. Ini pasti!

Isteri dah tolong suami kerja itu ihsan. Bantu tambah pendapatan keluarga itu ihsan. Isteri tak merungut kena kerja siang malam itu ihsan. Isteri buat kerja rumah walaupun penat itu ihsan.

Sebagai Seorang Suami, Fahami & Selamilah Emosi Isteri Anda. Mereka Juga Perlukan Rehat!

Kita sebenarnya bukan kahwin dengan wanita biasa-biasa, tapi kita kahwin dengan wanita yang banyak jasa. Maka wajib hargai isteri.

Lebih tinggi ihsan isteri pada kita, lebih tinggi kualiti layanan yang kita kena bagi.

Sebab itu saya setiap tahun raya akan pergi beraya di rumah mertua dahulu. Bukan sebab dekat tapi sebab itu cara saya balas ihsan dia sepanjang tahun. Apa yang buat dia gembira saya akan dahulukan.

Wallahu A’lam.

Sumber: Noor Umrah

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI