
Solekan yang cantik pastinya menjadi dambaan setiap wanita di majlis paling bahagia. Namun, untuk mendapatan hasil solekan yang sempurna dan menawan, beberapa perkara perlu dilakukan sebelum anda disolek oleh jurusolek pilihan anda.
Selain itu, kaedah sebelum bersolek penting bagi memastikan wajah anda terhindar dari kotoran yang boleh menyebabkan jerawat, jeragat, bintik hitam dan pelbagai lagi yang tidak diingini. Malahan juga, solekan anda kekal cantik di wajah sepanjang hari.
Jom kita lihat perkara yang perlu dilakukan sebelum bersolek!
1. Pertama sekali, cuci wajah menggunakan pencuci yang sesuai dengan jenis kulit.
2. Gunakan skrub wajah untuk proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati dibuang sepenuhnya sebelum memulakan sesi solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada bahagian wajah dan leher. Bilas dengan air suam.
3. Sapukan serum wajah terlebih dahulu sebelum anda menggunakan pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.
4. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapannya. Pelembap kulit boleh memberikan ia lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa untuk gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF. Impak titip pelembap pada wajah sebenarnya lebih berkesan dari kaedah urutan agar serapan pelembap lebih cepat dan pantas.
5. Terakhir sekali sebelum anda memulakan solekan, sapukan primer pada wajah. Sebolehnya, cari primer yang mengandungi silikon sebagai bahan utama mereka. Ini akan membuatkan kulit lebih halus dan lembut untuk proses solekan.
Nah, dah siap lima perkara ini barulah senang jurusolek nak mulakan kerja. Bonusnya, solekan anda akan tampak lebih semulajadi dan flawless!
Semuanya Di Sephora, Produk Kulit Ini Jadikan Anda Pengantin Paling Tercantik

Semuanya Di Sephora, Produk Kulit Ini Jadikan Anda Pengantin Paling Tercantik
Bila diri sudah mula disunting, pastinya kita mahu tampil cantik, berseri dan terbaik untuk hari bahagia. Apatah ini adalah hanya sekali dalam kamus kehidupan anda.Untuk tampil sempurna, anda tidak perlu gusar lagi, Sephora Malaysia ada menyediakan rangkaian produk terbaik untuk memastikan diri anda mampu menjadi seorang pengantin paling tercantik jika tahu memelihara kulit dari sekarang. Jom check produk apa yang boleh anda gunakan sebelum menjelang hari bahagia nanti.
DR DENIIS GROSS

Alpha Beta Serum Perfecteur Anti Pores Dilates.
Memberi lembapan serta mengekalkan keanjalan pada kulit wajah anda. Ianya juga mampu untuk mencerahkan dan mengurangkan penampilan garis halus agar wajah anda sentiasa tampak awet muda. Terbaik untuk anda yang mempunyai kulit kombinasi cenderung kering, serum ini jawapannya. Hasil penggunaan serum ini akan membuatkan wajah anda kekal hidrasi berpanjangan.
Dr.Jart+
Biome Essence Serum Tonique

Essence ini akan mengecas kesegaran pada kulit supaya kulit serta merta kelihatan ‘hidup’ dan cerah. Bukan itu sahaja, ianya juga dapat memberi kelembapan untuk supaya kulit kekal cerah, glowingdan berseri dari dalam. Inilah produk yang akan memberikan anda kesan kulit glass-skin seperti wanita Korea yang mempunyai kulit cerah dan licin!
ALPHAH HYALURONIC 8

Produk ini membantu mencipta lapisan pelindungan kelembapan bagi mengelakkan kulit menjadi kering. Lapisan ini juga mengekalkan lembapan dan membekalkan hidrasi untuk jangka masa yang panjang. Ianya membantu menyekatakan tekstur kulit agar menjadi halus dan licin. Di samping memberi perlindungan pada cahaya matahari dan membuatkan kulit kekal muda. Tidak ada lagi masalah kulit ‘kemarau’!
PIXI RETINOL JASMINE CREAM

Mampu melembapkan kulit dengan kesan antioksidan juga dapat memudarkan masalah jeragat anda dengan menggunakan teknik chemical exfoliant. Ianya juga membantu menstabilkan kadar pH pencuci ini supaya seimbang dan tidak mengeringkan wajah anda.
BIOSSANCE
Squalane Huile De Rose A Base De Vitamine C

Fungsinya yang sangat cepat diserap oleh kulit ia membantu menjadikan kulit wajah lebih anjal dan cerah serta kelihatan lebih muda juga berseri. Sumber semulajadinya menjadi intipati produk yang mampu merawat masalah yang timbul pada kulit.
Diadun daripada bahan natural dan organik, cecair minyak ini cukup harum dan selesa pada kulit serta mampu melindungi kulit anda daripada mengering dan dehidrasi serta melambatkan proses penuaan. Kulit wajah anda akan kekal anjal dan tampil awet muda.
Sand & Sky Super Bounce Mask

Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kombinasi dengan fungsi anti-penuaan dan menjadikan anda tampil awet muda. Kandungan antioksidan dari buah Kakadu yang menjanjikan serapan vitamin C buat kulit mampu memperbaiki tanda-tanda penuaan serta menghalangnya daripada berlaku agar kulit wajah anda kekal berseri dan bermaya.
Selain turut memberi kelembapan, ia juga mencegah kedutan dan membuatkan kulit wajah bernafas dengan sempurna. Jadi, penggunaan mud mask ini mampu menjadikan kulit anda berseri dan bertenaga.
Tuam Muka Dengan Ais Beri Manfaat Untuk Kecantikan Wajah Bakal Pengantin

Pastinya ada pelbagai petua yang kita dengar terutama dalam penjagaan wajah menjelang hari bahagia. Bila nak kahwin, tentunya kita mahu miliki wajah yang cantik dan berseri di atas pelamin. Maklumlah, kita kan bakal menjadi tumpuan ramai.
Sebenarnya, tak perlu berhabis wang ringgit. Amal sahaja petua menuam muka dengan ais batu dan ternyata ais ini banyak memberi manfaat untuk kecantikan wajah. Jom kita tengok kelebihan mengamalkan petua ini. Yang penting, murah dan mudah!
1. Rawat Bengkak Bawah Mata
Masalah bengkak di bawah mata pasti buat anda runsing terutamanya jika hari bahagia anda bakal tiba. Gunakan ketulan ais yang diperbuat daripada jus timun dan air mawar untuk mengatasi masalah ini. Hanya balut dua biji air batu dengan kain dan tekapkan pada mata yang terpejam. Kemudian, urut dengan gerakan membulat secara perlahan selama 2 minit.
2. Pengganti Alat Solek
Jangan bimbang jika anda tak ada masa nak mengenakan alat solek. Balut ais dan oleskan pada wajah. Hasilnya menjadikan kulit wajah akan berseri secara semula jadi tanpa penggunaan sebarang alat solek.
3. Kecilkan Liang Pori
Bagi anda yang miliki pori-pori wajah yang besar, cuba sapukan ais batu pada wajah selama 2 hingga 3 minit. Jika anda lakukan secara konsisten, pori-pori wajah yang besar itu akan mula mengecil hanya dalam masa beberapa hari.
4. Sapuan Bedak Asas Lebih Sempurna
Ternyata ais batu merupakan penyegar kulit wajah yang murah dan menjimatkan. Sebelum memakai alat solek, sapukan dahulu ais batu pada wajah. Hasilnya menjadikan sapuan bedak asas anda lebih sempurna dan sekata.
Memang banyak kan kelebihan ais terutama untuk kulit wajah kita? Rugilah jika anda tak amalkan penggunaan ais pada wajah menjelang akad nikah. Tak nampak berserilah. Seorang pengguna Facebook bernama Zara Razali juga turut berkongsi pengalamannya menggunakan ais untuk dituam pada wajah atas saranan mak andam sebelum beliau bertunang.
Teringat dulu-dulu zaman makeup nak bertunang dan kawin.. time tu kitaorang panggil mak andam je… sekarang je dah tukar MUA ye.. tak kisah la mak andam ke MUA ke, yang penting memang kerje diaorang makeup orang bagi lawoo…
Throwback la ni kiranya kan.. lagi seminggu nak bertunang, mak andam pesan sesiap…
“Hari-hari tuam muka tu pakai ais…sampai bengkak-bengkak kebas pun takpe…bagus tu…”
Hakak pun pelik.. katanya bagus untuk kecilkan pori wajah, kulit berminyak akan berkurang.. so bila pori dan minyak berkurang, maka makeup pun nanti akan tampak lebih cantik, tahan lama dan tak mudah crack…
So hakak ni memang lurus pembaris orangnya.. maka ikot je cakap mak andam tu.. lagi seminggu nak tunang, memang rajin tuam muka dengan ais.. sampai kuyup baju dengan ais yang dah cair … bengkak merah-merah kebas muka macam sotong kepanasan… hihihi… gigih sebab kekonon nak cantik time tunang..
Lepas 2-3 hari amalkan tuam ais, ofismate pun ada tegur, kulit muka hakak memang nampak lain je.. pori mengecil, gebu semacam..
Dia siap cakap “berjaya la ko ye dengan petua mak andam tu”..Hakak hihihi kan je la…
So MUA-MUA semua, yang rasa tak pernah dengar petua ni… maka korang bolehlah share petua ni kat bakal-bakal pengantin yang bakal korang makeup kan nanti.. Memang berhasil sangat2 tau.. agak-agak lagi sejam nak makeup.. tuam lagi dengan ais..
Sumber: Zara Razali
Kulit Pisang Buat Kulit Jadi Bersih Dan Cerah

Ramai wanita cenderung membuat rawatan wajah di spa atau berjumpa pakar kecantikan bagi mendapatkan kulit wajah idaman selain dapat mengatasi masalah lain.
Rata-ratanya yakin dan percaya rawatan di pusat kecantikan lebih berkesan dan mampu memberikan hasil seperti yang diidamkan walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang agak tinggi.
Dalam keterujaan menjalani pelbagai jenis rawatan khususnya untuk wajah, wanita seharusnya perlu bijak dalam memilih jenis rawatan dan produk digunakan kerana setiap individu mempunyai perbezaan jenis kulit dan masalah.
Hakikatnya, kecantikan diidamkan itu bukan hanya mampu diserlahkan selepas mendapatkan rawatan di spa kerana tanpa sedar, sesiapa saja boleh melakukan rawatan kecantikan sendiri dengan menggunakan bahan semula jadi di rumah.
Pisang umpamanya mempunyai banyak manfaat untuk melancarkan proses pencernaan makanan dan pada masa sama membantu mendapatkan kecantikan secara semula jadi.
Seperti yang diketahui umum, selain sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut, pisang mempunyai banyak khasiat dan kebaikan tersendiri terutama untuk kecantikan.
Kaya dengan vitamin B, C, B6, magnesium, zat besi dan kalsium, pisang terbukti dapat membantu dalam proses merawat wajah secara semula jadi.

Selain untuk kecantikan, pisang mempunyai 1,001 khasiat untuk kesihatan iaitu sebagai sumber tenaga, menurunkan berat badan, mengurangkan rasa senggugut, menangani masalah sembelit, mengatasi rasa gatal akibat gigitan nyamuk dan meningkat emosi gembira.
Belanja untuk membeli buah tropika ini juga tidak mahal dan pada kos yang rendah dan mudah didapati, pisang boleh dijadikan sebagai bahan terbaik untuk kekal cantik dengan kaedah selamat. Antara kaedah rawatan kecantikan menggunakan pisang yang boleh dilakukan sendiri di rumah ialah:
1. Atasi kulit berminyak
Pisang mampu membersih kekotoran yang membantu menyingkirkan sebum berlebihan pada permukaan kulit. Ia turut mengandungi kalsium, vitamin E dan C yang melembapkan kulit supaya bersih berseri.
Jika anda mengalami masalah kulit berminyak, gunakan topeng muka pisang dengan jus lemon dan madu. Lumatkan pisang masak dan campurkan dengan satu sudu madu dan setengah sudu teh jus lemon untuk membuat topeng muka. Kemudian bersihkan dengan kain basah atau air sejuk.

2. Menanggalkan sel kulit mati
Pisang mampu menanggalkan sel mati pada permukaan kulit secara perlahan-lahan. Caranya, campurkan pisang, minyak kelapa dan oat. Oat mempunyai tekstur kasar yang mampu menanggalkan sel kulit mati berlebihan pada permukaan kulit. Selain itu, kandungan isi pisang yang mempunyai 75 peratus air mampu mengatasi dehidrasi di samping menyihatkan kulit.
3. Rawat mata bengkak
Memakan pisang juga mampu membantu mengurangkan bengkak mata kerana ia kaya dengan kalsium. Bahagian dalam kulit pisang mampu menyejukkan dan mengurangkan kemerahan serta bengkak mata. Letakkan kulit pisang ke atas kelopak mata dan rehat selama 10 hingga 15 minit. Kemudian basuh dengan air sejuk.
4. Melicinkan tumit kaki kasar
Sekiranya tumit anda kasar, manjakan kaki anda dengan lulur pisang khas. Ia bertujuan melembutkan dan melicinkan bahagian berkenaan. Selepas merendam kaki di dalam air limau suam, urut menggunakan dua atau tiga pisang yang dilecek ke kaki anda. Kemudian, bilas dengan air suam.
5. Pupur muka untuk jerawat
Pisang masak dikatakan mampu merawat jerawat pada wajah dengan menyapukan pupur pisang pada muka. Caranya kisar pisang hingga halus dan lumurkan pada muka. Biarkan beberapa minit sebelum dibersihkan. Kaedah ini dipercayai berkesan dan memberikan hasil yang baik. Perlu diingat, rawatan ini harus dilakukan selama beberapa hari sehingga jerawat kering
6. Kuatkan akar rambut
Pisang mengandungi vitamin dan mineral berkhasiat yang mampu melembapkan kulit kepala, selain melembutkan rambut kasar. Pisang mempunyai emolien yang baik untuk menjaga kesihatan rambut. Sama seperti vitamin dan mineral, emolien juga menguatkan akar rambut.
7. Memudarkan parut
Sama ada parut jerawat, tanda penuaan atau tompok gelap pada wajah, ia boleh dipudarkan menggunakan pisang lenyek. Caranya juga mudah, hanya sapukan pisang yang dilenyekkan pada wajah sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

8. Manfaatkan kulit pisang
Kulit pisang juga boleh dijadikan bahan penting dalam menjaga kecantikan. Ia boleh digunakan untuk menghilangkan tanda kekuningan pada gigi, meredakan lebam dan mencerahkan kulit.
Untuk memutihkan gigi, gosokkan kulit pisang selama seminit pada gigi anda setiap hari. Cuba sekurang-kurangnya seminggu untuk melihat hasilnya.
Kulit pisang juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesan lebam. Selain menggosok kulit pisang pada bahagian yang lebam, anda juga boleh melekatkannya di situ dan biarkan semalaman. Boleh juga sapukan bahagian lebam itu dengan pisang lenyek.
Gunakan kulit pisang untuk mencerahkan wajah. Menggosokkan seluruh wajah dengan kulit pisang membantu mengekalkan keserian wajah. Cuba lakukan selama sebulan untuk kesan yang lebih baik.