Ada isteri ‘cuci kaki’ selepas kahwin. Semuanya disediakan suami. Namun ada juga para suami yang beruntung kerana isteri sudahpun mempunyai ‘hartanya’ sendiri. Sudah menjadi kewajipan untuk suami menyediakan kediaman buat isteri dan keluarga. Bila rumah pun isteri dah beli, seolah-olah suami langkah kanan. 

 

Perkongsian Ustazah Sharifah Zahidah sedikit sebanyak membuka minda para isteri tentang nafkah. Niat untuk meringankan beban suami dah baik tetapi sebenarnya isteri ‘melemahkan’ peranan suami sebagai seorang suami! 

 

Sebelum Kahwin Bakal Isteri Dah Ada Rumah Sendiri. Ustazah Pesan, Bakal Suami Tetap Kena BAYAR SEWA!
Kredit foto: Facebook Sharifah Zahidah

 

Sebelum Kahwin Bakal Isteri Dah Ada Rumah Sendiri. Ustazah Pesan, Bakal Suami Tetap Kena BAYAR SEWA!

 

Daripada persoalan yang diajukan kepada Ustazah Zahidah, ini jawapan dan penjelasannya,

 

Mengapa perlu sewakan rumah sendiri kepada bakal suami?  

 

 

Pertama, Untuk menutup pintu-pintu pertikaian yang pasti akan berbangkit bila cuaca rumahtangga diuji mendung. Antaranya,

– Soal kegagalan suami menafkahi tempat tinggal buat isteri.  

IKLAN

– Isteri akan terdorong untuk merasakan pengorbanan dia selama ini sia-sia dan mula mengungkit bantuannya yang menyediakan rumah buat suami.  

– Suami akan merasa selesa kerana perbelanjaan paling utama dan mahal (rumah) adalah terletak di bahu isteri. Sedangkan belanja dapur dan utiliti adalah lebih kecil berbanding perbelanjaan tempat tinggal.  

– Ketaatan isteri akan sukar dimiliki di saat isteri yang terlebih memberi dalam soal nafkah. Jangan dicabar soal ini.  

Mula-mula ikhlas, tapi kalau isteri terlebih berhempas pulas sebab dari awal menanggung beban ini, buat segala macam dropship dan jadi ejen cookies, tupperware bagai demi melunaskan bayaran – dan suami merasa bahagiannya telah ‘setel’ – maka di sini akan retak bergoyahnya sebuah rumahtangga.  

 

“Pesan saya sekali lagi, jangan dicabar soal ini. Isteri yang terlebih memberi dalam rumahtangga akan sukar memberi ketaatan pada suami yang tetap ceria selamba berada di takuk lama, dibantu dan disuap segalanya. Ini bakal menjadi permulaan kepada kisah-kisah ngerinya dalam rumahtangga. Tutup ruang ini serapatnya. Buat perjanjian bertulis dan persefahaman yang benar-benar jelas dalam hal ini. Isteri mesti membantu, tapi biar kena caranya.”

IKLAN

 

Kedua, mengapa perlu sewakan rumah kepada suami jika anda miliki rumah sendiri seperti dalam kisah ini;  

  1. Untuk menjemput berkah dalam rumahtangga

– Ya. Di saat seorang suami – dalam gaji kecilnya masih tetap saja berusaha menafkahi isteri yang lebih tinggi gajinya, ini adalah satu bentuk KEMULIAAN yang besar buat suami kerana menjunjung perintah ALLAH melebihi logik akal atau nafsu yang terdorong untuk memberontak.

Wibawa atau haibah seorang lelaki sebegini di mata seorang isteri – adalah tinggi dan jauh dihormati – berbeza dengan wibawa seorang suami yang langsung tidak mencuba bahkan terus meminta bantuan dari isteri semata-mata.  

– Allah berjanji, bahawa “rahmatNYA adalah begitu dekat dengan orang yang berbuat baik” (dalam konteks ini; si suami melaksanakan kewajipan dengan baik).  

Maka, tindakan isteri memberi ruang suami menafkahi tempat tinggalnya membantu suami menjadi golongan MUHSININ yang akan mendekatkan seluruh keluarga kepada rahmat ALLAH inshaALLAH. Ianya tidak kejam, ianya adalah membantu suami berperanan mengikut acuan yang ALLAH ciptakan.

NYATAKAN secara jelas berapa jumlah yang sepatutnya ditanggung suami dalam bentuk sewaan. Dan bahagian lain yang ditanggung isteri itu, biarlah menjadi rahsia isteri sendiri dalam baktinya terhadap suami pula. Tapi secara hukumnya, suami TELAH TERSELAMAT. Isteri juga telah melakukan sesuatu perbuatan mulia dengan jalan yang juga selamat.  

IKLAN

– Di saat rahmat ALLAH memasuki rumahtangga kita, ALLAH akan aturkan perjalanan rumahtangga kita dalam sakinah dan mawaddah. Isteri akan mudah mentaati suami, melayaninya dan menjadi isteri penyejuk mata, bukan jadian singa atau naga.  

– Lama kelamaan, gaji suami yang lebih kecil – akan menjadi lebih besar dari sang isteri. Atau, jika tak besar pada angka di kertas, akan menjadi berkah dan cukup buat seisi keluarga. Soal rahmat ALLAH, bukan hal yang boleh dibicarakan dari sudut akal dan logik semata. Asas kepada menjemput rahmat ALLAH dalam rumahtangga, adalah taat perintahnya. Suami, taati kewajipan menafkahi. Isteri, taati suami yang telah berusaha menafkahi.  

Jangan menanggung suami di rumah sendiri. Tetapi buatlah cara ini. Suami tidak terbeban. Isteri juga tidak boleh menuntut nafkah tertunggak atau membangkitkan bantuan ini sebagai pertikaian di kemudian hari.  

Kerana ruang-ruang pertikaian dan keculasan tanggungjawab telah tertutup rapat dan masing-masing suami isteri memainkan peranan. 

Isteri, telah memudahkan urusan suami. Membantunya dengan memberi sewa yang murah sesuai dengan kemampuan suami.  

Suami, telah menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang. Tetap menafkahi walau isteri bergaji lebih tinggi.  

Tentang berapa sewaan yang sepatutnya diletakkan, terpulang pada kita hendak menentukan setelah berbincang dengan pasangan. Hanya kita tahu berapa gaji suami, berapa perbelanjaan diperlukan dan sebagainya. Berbincanglah.

Yang penting, jangan sesekali ambil beban nafkah dari bahu suami secara mutlak. TETAPI RINGANKANLAH DENGAN JALAN YANG BIJAK DAN MENUTUP KEMUNKINAN-KEMUNGKINAN buruk di masa akan datang. Win win situation supaya suami tetap menjadi suami, kita sang isteri tetap menjadi seorang isteri. Lakukan secara REAL BISNES. Bukan perjanjian asal boleh.  

Semoga ALLAH memudahkan segala urusan kita.  

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI