Hubungan

Sebenarnya Perempuan Lagi Bijak Sembunyikan Kecurangan Daripada Lelaki

Share

Apabila berbincang tentang kecurangan, sudah pasti ianya berkaitan dengan lelaki. Namun begitu, wanita juga tidak terkecuali dan mampu berlaku curang dibelakang pasangan. Dan dikatakan mereka lebih pintar menyembunyikan kecurangan mereka.

Satu kajian mendapati bahawa lebih mudah untuk mengesan kecurangan lelaki berbanding kecurangan pasangan wanita. Kecurangan dapat dikesan melalui tanda pada badannya, kesan gincu pada pakaiannya atau raut wajahnya.

Sebuah kajian terbaru oleh University of Western Australia mengesahkan bahawa kecurangan lelaki lebih mudah dikesan dari raut wajah berbanding wanita. Kajian itu dimuatkan dalam sebuah jurnal berimpak tinggi Royal Society Open Science baru-baru ini

Dengan menggunakan 1500 responden untuk meneliti 200 gambar dan video wanita dan lelaki, kajian itu mendapati lelaki yang curang mudah dikenalpasti berdasarkan gerakan dan perubahan wajah pada rahang, dagu dan kening ketika berbicara.

Bagaimanapun, wanita yang curang tidak dapat dibezakan dengan mereka yang setia kerana tidak terdapat perubahan wajah ketika mereka membuat penipuan.

Penyelidikan itu bertujuan untuk melihat bagaimana manusia membangunkan kebolehan mereka mengesan penipuan sebagai satu kelebihan evolusi berbanding haiwan.

Menurut kajian itu lagi, manusia yang boleh mengesan penipuan boleh berkembang lebih maju disebabkan kos reproduktif yang tinggi boleh dimanfaatkan.

IKLAN