Bila berlaku perpisahan, hatta perceraian, ada pihak mengatakan kerana kita telah memilih orang yang salah.
Betul, tapi taklah tepat 100 peratus.
Ada saja orang sangka dia dah pilih seseorang yang baik, I mean betul-betul baik, dari segi penampilan, karekter, perangai, jaga solat dan segala, tapi berakhir juga dengan perpisahan.
Ada pula orang memilih pasangan yang biasa-biasa, listlah apa saja yang buruk, ada padanya, tapi end up bahagia berkekalan sampai akhir hayat. Berubah ke arah lebih baik sama-sama.
Jadi, kita sebenarnya tak tahu pun kita telah bertemu orang yang betul atau salah.
IKLAN
Kita bukan peramal masa depan pun. Kita tak tahu pengakhiran cerita macam mana. Akhir cerita hidup sendiri pun kita tak tahu. Kubur kita kat mana pun kita tak tahu.
Takdir adalah rahsia Allah.
***
Kenapa kita dipertemukan dengan orang sebegini? Yang melukakan hati kita. Yang buat kita sedih.
IKLAN
Orang yang “SALAH” tu…
1. Allah hantar dia untuk uji kita. Uji iman kita tinggi mana. Uji sejauh mana tawakkal kita pada-Nya. Bersandar pada Allah atau tidak.
2. Dah bazir masa? Siapa kata bazir? Sepanjang perjalanan adalah pengalaman yang mematangkan kita. Mendewasakan pemikiran kita. Supaya kita berhati-hati di masa depan, jadikan pengajaran dan peringatan. Jadi panduan. “Oh, orang begini-begini aku dah kena dah, tak nak ulang lagi.” Allah dah pilih masa yang tepat dan perancangan Allah tidak sia-sia. Hikmah gais.
3. Percaya saja, Allah dah set orang yang betul pada waktu yang betul.
IKLAN
4. Mengajar kita perlunya pada ikhtiar dalam perjalanan takdir. Kita dah cuba cari yang baik untuk dijadikan pasangan, jadi pemimpin keluarga, tapi kecundang juga. Maka, wujudlah ikhtiar lagi, iaitu ikhtiar untuk reda dan tidak berputus harap pada Allah. Positif pintu kebahagiaan itu bukan di satu pintu. Banyak lagi pintu lain yang Allah bakal buka untuk orang yang sabar.
Demikianlah kita dalam mengimani Qada’ dan Qadar.
Tenanglah wahai hati-hati yang resah..
Segala pengorbanan yang tidak dihargai, susah payah yang ditempuhi, hati yang dilukai berkali-kali, untuk segala harapan yang tinggal harapan…Allah tahu sedalam mana sedihmu.
Kahwin muda bukan sebab gatal, tapi banyak kelebihan yang ramai anak muda hari ini terlepas pandang. Semoga selepas ini semakin ramai anak muda yang berani untuk melangkah ke dunia perkahwinan. Selamat berumah tangga kalian.
#1 Tuntutan agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?
KELEBIHAN NIKAH
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.
#2 Mengelak daripada zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun.
Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight, bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.
#3 Menjadi lebih bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja @ belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.
#4 Menimbulkan ketenangan jiwa
Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata.
Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina.
#5 Fikiran menjadi lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Apatah lagi bila berkahwin muda. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau berfacebook dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.
#6 Dapat Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.
#7 Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan
#8 Hubungan intim yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.
#9 Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kebutuhan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka.
Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.
#10 Jangan tunggu lama-lama
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah. Kahwin muda pun ok apa!
Pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana akhirnya selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri di kediaman pengantin perempuan di Seri Kembangan semalam.
Dengan sekali lafaz, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Binti MOhd Amin, 29 menerima hantaran senaskah Al Quran dan mas kahwin RM300 serta masing-masing menyerahkan dua dulan hantaran.
Al Quran itu adalah hadiah yang diberikan oleh Ardell semasa majlis merisik dan dipulangkan semula sebagai hantaran selepas dibaca dan difahami tafsirnya.
Pil perancang keluarga adalah bahan untuk menjarakkan kehamilan dan telah berkembang sejak mula diperkenalkan 50 tahun lalu. Kaedah perancang keluarga yang dikenali sebagai oral kontraseptif ini begitu popular, berkesan dan selamat digunakan oleh ramai wanita. Pil perancang keluarga terbahagi kepada dua jenis utama. Pertama, pil berkombinasi estrogen dan progesteron seperti Marvelon, Yasmin, Rigevidon, Qlaira, Nordette, Loette, Mercilon, Minulet, Meliane dan Yaz.
Kedua, pil berhormon tunggal (progesteron sahaja) seperti Noriday dan Cerazette. Pil perancang keluarga hormon tunggal tidak akan mengurangkan penghasilan susu badan dan menjadikannya lebih sesuai kepada wanita yang memilih untuk terus memberi susu badan. Terdapat juga wanita yang mengamalkan pil perancang keluarga tanpa mengira dirinya berada dalam kitaran haid.
Sekiranya perkara ini berlaku, mereka harus menggunakan kaedah perancang keluarga lain (suami memakai kondom) untuk julat masa sebulan. Mereka juga hendaklah memastikan tidak berlaku kehamilan selepas pengambilan pil yang pertama. Pil perancang keluarga hanya berkesan jika pengambilannya dibuat secara teratur tanpa mengira mungkin berlakunya pendarahan semasa menelan pil mahupun mengalami loya atau muntah-muntah. Jika berlaku hubungilah doktor atau jururawat yang mempreskripsikan pil tersebut. Pengambilan pil juga harus diteruskan walaupun hubungan seks tidak kerap dilakukan.
Pil ini turut memerlukan penyerapan yang berkesan dalam sistem pencernaan. Sekiranya wanita mengambil antibiotik, penyerapan ubat mungkin terganggu apabila dirinya sentiasa mengalami muntah.
Pil perancang keluarga bukan sahaja berfungsi untuk merancang kehamilan malah memberikan perlindungan terhadap kesihatan wanita secara menyeluruh. Penggunaan pil perancang keluarga dapat membantu mengurangkan kematian ibu semasa hamil dan bersalin selain mampu mengelakkan kehamilan tidak dirancang dan kehamilan berisiko tinggi. Ini sekali gus mengurangkan kes pengguguran tidak selamat.
Pengambilan pil ini dapat meningkatkan kualiti hidup serta menjamin kesihatan menjadi lebih baik.
Ada sesetengah isteri nak hadiah mahal daripada suami dek kerana melihat pemberian pasangan orang lain di medsos. Bukan kerana dengki tetapi nak merasa dapat kejutan dan dihargai.