Ramai yang beranggapan bahawa memeluk isteri sudah tidak lagi relevan. Lebih-lebih lagi yang sudah lama berumahtangga. Apa salahnya, sambil-sambil melihat isteri lalu lalang di rumah itu, cuba-cubalah untuk tarik dan peluk seketika.

Kerana ketahuilah sentuhan dan belaian ialah satu keperluan emosi yang bukan sahaja diperlukan oleh seorang isteri tetapi juga pada seorang suami. Pelukan juga ialah lambang kebersamaan dalam menghadapi rintangan kehidupan.

Sekali Sekala Adakan Waktu Dengan Pasangan Untuk Bermanja

“If I’m marrying you, I’m marrying your problems too”.

Jadi bilakah waktu sesuai untuk beri pelukan kepada isteri?

1. Sebelum pergi ke kerja

Tak perlu lama pun, kalau dapat 10 saat pun sudah mencukupi. Ia akan sangat membantu memberi kekuatan dan keyakinan buat kedua-dua pasangan bagi menghadapi hari baru yang penuh dengan cabaran.

2. Sewaktu menonton televisyen

Kalau rumah pakai astro, sekali sekala langganlah astrofirst. Buat special sedikit untuk anda dan pasangan menonton bersama. Beri pelukan kepada pasangan sepanjang waktu menonton. Kalau tak biasa mungkin akan kekok tetapi lama-kelamaan boleh je sebenarnya.

3. Ketika isteri sedang di dapur

Datangi dan rangkullah isteri dari belakang dan peluklah dirinya dengan mesra. Baik ketika sedang memasak dan juga membasuh pinggan. Isteri kalau letih pun akan dapat rasa hilang keletihan, dan lebih baik lagi anda pula yang menyambung kerja dan beri isteri peluang untuk rehat.

4. Waktu isteri merajuk

Pelukan mungkin akan ditolak. Tetapi jangan risau, dan jangan putus asa. Kerana sebenarnya waktu isteri sedang merajuk inilah dia sangat perlukan pelukan cuma memang sudah sifat isteri untuk menguji kesungguhan pasangan.

Sekali Sekala Adakan Waktu Dengan Pasangan Untuk Bermanja

5. Waktu tidur

Inilah peluang terbaik untuk hormon cinta dan bahagia dikeluarkan. Kalau tak biasa memang akan kekok, jadi memang kena ajar diri dan pasangan untuk sesuaikan.

Biar isteri tidur di atas lengan dan peluklah pasangan. Kerana percayalah isteri memang suka tidur berbantalkan suami sebenarnya.

Jika kata-kata cinta bagus untuk sentuhan minda, sebaliknya memberi pelukan pula bagus untuk sentuhan emosi.

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit : the solusi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI