
Penatnya kadang tak diendah, sayangnya kadang itu tak di balas namun isteri ini masih setia pada suaminya. Lelaki ini kongsi, luahkan pada tuhan kerana hanya Tuhan akan membolak balikkan perasaan suami itu.
Seorang isteri,
Dia melakukan apa saja tugas terhadap suami dan rumahtangganya sendiri, adalah dengan kasih sayang.
Kasih itu pemberiannya.
Sayang itu perhatiannya.
Maka, kalau kasih sayang itu sudah tidak ada, semuanya akan menjadi beban. Bagi orang perempuan, beban lain mereka mampu untuk hadap dan pikul, tapi beban perasaan ni, paling berat dan tak mampu mereka tahan.
Sebab itu, seorang isteri dia boleh berkata dalam keadaan dibawah. Sedangkan, bila ditenangkan, dia sendiri menangis dab bertanya semula.
“Kenapa saya berkata begini ustaz?”
Sebab tu puan, banyak kali saya sebut. Kesalahan suami ni di doakan pada Tuhan. Sebab apa? Sebab kalau kita doa pada Tuhan, kita terbeban.
Kalau kita tak doa, kita akan hanyut dan hilang terus kena telan.
Lagi teruk, segala puruk dan teruknya perasaan dipandu syaitan dan mulalah kita akan meroyan.
Allah mengajar para isteri doakan kesalahan suami pada Tuhan, kerana Allah saja akan didik suami. Allah saja akan ajarkan suami yang ego dan meninggi diri ini. Allah Maha berkuasa membolak-balikkan hati suami yang kering dan gersang ini.
Puan, sekalipun kita terpaksa menjadi seorang isteri, tapi biarlah terpaksa itu kerana Tuhan. InsyaAllah, ia akan bertahan.
Buat kerana Tuhan, sekalipun suami tak endah dan ambil perhatian, Tuhan terus memperhatikan dan berikan kekuatan.
Malah, puan akan mendapat syurga Allah iaitu tenang.
Tenang itulah bahagia puan.
Bila puan bahagia, anak-anak juga akan merasakannya.
Moga puan terus kuat dan memahami, hidup ini bukan lagi tentang suami, tapi tentang Allah dan bagaimana kasih sayang Allah ada dalam saat di uji dan disakiti.
Nukilan Abu Hurairah Asifa via facebook rahsia perkahwinan
Ujian & Cabaran Yang Selalu Orang Bertunang Hadap

Bertunang dan berkahwin ni nampak indah tapi realitinya hanya yang melalui je tahu. Siapa yang rancang nak bertunang tu, korang tengok ujian dan cabaran yang selalu orang bertunang hadap.
Situasi 1: diuji dengan duit (harta)
godaan: gunalah duit siket untuk melabur. lepas dua tiga bulan dapat duit lebih, boleh guna tampung majlis. kahwin banyak pakai duit. kurang siket jer sekarang. nanti dapatlah ganti lebih
*pastikan duit kahwin sedia yang disimpan tidak diusik bagi perkara sampingan. jika ada duit lebih boleh guna. tapi kalau duit tu memang cukup cukup untuk keperluan kahwin. ada baiknya utamakan yang penting, bincang dengan pasangan untuk buat keputusan. ada satu kes, menyesal sendiri sebab guna duit hantaran untuk join business, at last, duit tak dapat. wedding kena tangguh
Situasi 2: diuji dengan sikap
godaan: tiba tiba tunang menjadi terlalu sensitif,baran,kurang sabar
*actually, bila niat nak kahwin. sememangnya meletakkan kita dalam satu tahap yang stress. sebab banyak benda nak kena fikir, settle. ditambah dengan rasa commitment (feeling feeling husband, wife), maka jadi care terlebih lebih. benda simple jadi complicated.syaitan duk tambah dos nak kasi batal benda baik. makin meletuplah! sabar..masa ni masing masing kena main peranan. takkan settle benda dalam keadaan marah. ajak solat hajat, mengaji. amik wudhuk. bila dua dua dah tenang. bincang tanpa melibatkan emosi. yang penting. ingat niat asal! nikah kerana Allah. tengok masalah. bincang penyelasaian. jangn fokus pada punca sahaja. rendahkan ego dan belajar menerima dan mendengar. insyaallah akan jd lebih baik dr sebelum gaduh.
Situasi 3: diuji dengan ragu ragu
godaan I: kau nak kahwin dengan dia? tapi kenapa?. tak rasa ke muda lagi? banyak lagi cita cita nak capai? bersedia ke nak jadi wife ni? dan etc
*yang ni semua orang alami. nikah sebab nak redha Allah. kalau nak mengejar dunia, sampai bila kita akan berhenti mengejar? mungkin kita mati ketika berlari mengejarnya. stop fikir negatif! tak ada orang bersedia. yang penting cuba bersedia. cari ilmu (baca buku, ceramah dan sebgainya). soal boleh ke tak jadi wife or menantu. itulah pengalaman. baiki dr kesilapan. contoh, masak tak sedap, lepas ni baiki masakan. kita takkan terus jd perfect. tapi kita boleh berusaha kan? ubah mindset!
godaan II: betul ke aku nak kahwin dengan dia ni. kalau nak kata (kaya or handsome or baik or….) si A tu macam lebih lagi baik dari tunang aku ni
*istigfar. kembali dengan niat asal. nikah kerana apa? jodoh ni kan walaupun kita nampak jelas jelas kekurangan, kelemahan dia, kita tak boleh rasa benci. walaupun muka dia mungkin penuh jerawat dan sebagainya. kita rasa tenang tengok. bila gaduh, tetap rasa nak bersama. doa pada Allah supaya semakin kuat cinta pada dia, kuat lagi cinta pada Allah
Situasi 4: kehadiran ex, scandal
godaan: saya sayang awak lagi. kalau saya masuk meminang awak? saya tunggu awak. saya snggup tunggu awak sampai awak cerai and etc
*kenapa dia jadi ex? sebab dia adalah EXperienced! lepas dan mulakan! hargai yang lebih menghargai. kalau dulu bukan percinta yang baik. sudah masanya membuktikan kita boleh jadi percinta yang terbaik! Lepaskan..mulakan kisah baru yang boleh menjadi cerita paling indah untuk anak cucu. insyaallah.
p/s: just share niat baik, nak jadi halal. kerja si bertanduk pun bermula dari detik niat kita bermula. bak kata mr.bmw a.k.a Muhamad Jamil (suami beliau) :
“syaitan memang kerja menggangu. nak kahwin kan. so kita kena handle syaitan” hahaha handle syaitan yer.. apa apa pun, setiap kali ujian. cari Allah! ujian tu tanda kita perlu lebih kuat dengan tuhan. semoga perkongsian ni bermaafat. semoga Allah redha. selamat malam!
Perkongsian daripada Puan Chyron Ikhwani Abd Wahab
Jadilah Isteri Kesayangan Suami. Biarkan Memori Itu Kekal Dalam Memori Kesayangan Kita…

Menawan hati dan menjadi kesayangan suami tidak bermakna isteri hanya bermanja-manja sahaja. Ramai mengandaikan, apabila menyuap suami atau isteri di khalayak ramai, itu tandanya romantik. Apabila nampak pasangan orang tua yang berpegangan tangan, itu tandanya romantik. Apabila nampak isteri betulkan kolar baju suami, itu dianggap romantik.
Benar, dari kaca mata orang ramai yang melihat situasi sebegitu, akal tidak dapat lari dari mengatakan mereka itu pasangan yang romantik. Namun, itu cuma secebis sahaja daripada kehidupan berumah tangga. Contohnya lihatlah bagaimana intimnya hubungan Rasulullah SAW dengan Aisyah r.a.
Oleh itu jom tiru cara ini agar anda menjadi isteri kesayangan suami.
- Berhias namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar mekap ringkas dan manis dipandang.
2. Jadi yang menyenangkan dan jangan tidak tahu untuk bergurau. Ramai suami suka mengusik isteri, jadi janganlah isteri cepat merajuk. Sambut jenakanya dengan tawa.
3. Pandai mendahulukan suami dan menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumah tangga. Yakini suami sebagai pemimpin keluarga.
4. Bersikap sederhana dan jangan minta suami di luar kemampuannya.
5. Memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badannya jika suami kepenatan.
6. Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran serta komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumah tangga.
7. Hormati hak peribadinya, jangan terlalu busybody seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya. Yakini kesetiaan suami terhadap anda.
8. Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan tinggi. Suami anda juga ada kelebihannya tersendiri.
9. Pandai menjaga diri apabila anda keluar rumah dan menjaga maruah suami.
10. Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya dengan sepenuh hati.
Ingatlah, institusi kekeluargaan itu bukan hanya datangnya dari usaha sebelah pihak. Baik suami atau isteri, masing-masing kena mainkan peranan penting dalam untuk menjadikan kelaurga bahagia ke akhir hayat.
Isteri Kena Ambil Tahu Jenis Darah Suami, Supaya Tidak Tersilap Beri Makan

Setiap pasangan yang bakal berkahwin, anda diminta mengambil tahu jenis darah pasangan anda, barulah anda tahu apa yang sesuai dan tidak sesuai untuk si dia makan dan elak. Kesihatan keduanya perlu dijaga, itu barulah cinta.
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’
Dr. Peter J.D’Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
CIRI KHAS INDIVIDU JENIS DARAH A
Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
Cukup beristirehat
MENU DIET YANG DIANJURKAN:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
CIRI KHAS GOLONGAN DARAH B:
Dianjurkan untuk diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
Untuk mengatasi stress, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, kelapa, santan, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
MENU DIET YANG DIANJURKAN:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
CIRI KHAS INDIVIDU JENIS DARAH AB:
Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi
Diet Untuk Golongan Darah ‘O’
Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D’Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
Mudah mengadaptasi berbagai makanan
Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D ‘Adamo ataupun tidak.