
Perkahwinan bukanlah semanis rekaan cerita dalam drama dan nak bina rumah tangga pun tak semudah nikah dan bahagia. Di dalam sesebuah perkahwinan, kita sentiasa akan lihat siapa pengemudi bahtera itu sendiri. Berjayakan perkahwinan itu ata sebaliknya. Firdaus Shakirin kongsi, jadi lelaki memang tidak akan lari dari tanggungjawab.
Selagi namanya lelaki, selagi itulah takkan boleh lari drpd kena bertanggungjawab…
Ketika menjadi anak, tanggungjawab terhadap ibubapa…ketika menjadi suami, tanggungjawab terhadap isteri…ketika menjadi ayah, tanggungjawab terhadap anak2…
Klu tak bleh bertanggungjawab ke atas mereka yg menjadi kewajipan kita, yg berada dibawah tanggungan kita, maka apa yg kita perlu jadi?
Jgn hidup sekadar utk hidup kerana monyet di hutan juga hidup…
Fitrah kejadian lelaki itu adalah utk menjadi ketua, menjadi pemimpin dan pembimbing kerana Allah s.w.t menciptakan kaum adam dgn kelebihan yg tidak ada pada kaum hawa…
Ibubapa, isteri dan anak2 ini amanah Allah s.w.t…
Bagi mereka yg beriman, mereka akan sedar akan apa yg Allah s.w.t amanahkan kpdnya…dia akan melaksanakan tanggungjawab yg diamanahkan itu dgn sebaiknya kerana dia takut dgn balasan dari Allah s.w.t jika dia gagal menyempurnakan amanah yg diberikan…
Tidak akan sempurna iman kita selagi mana kita tidak menyempurnakan hak2 ke atas mereka yg menjadi tanggungjawab kita…
Bersalaman Dengan Ipar Duai Nak Nampak Ramah, Tapi Tak Tahu Hukum Jaga Aurat

Perkahwinan adalah satu rahmat Allah SWT kepada umat manusia untuk mengembangkan hubungan kekeluargaan. Oleh itu, kita wajib bersyukur dengan nikmat berkenaan kerana bukan semua orang dapat merasainya.
Bagaimanapun, bukan semua ahli keluarga pasangan halal untuk kita bersalaman atau membuka aurat sesuka hati seperti yang digariskan dalam al-Quran.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan.” (Surah al-Nur, ayat 31)
Hubungan menantu dengan bapa dan ibu mentua adalah haram selamanya di mana mereka haram dikahwini walaupun selepas pasangan bercerai. Oleh itu, bersalaman atau tidak berhijab di hadapan mereka adalah dibenarkan.
Sementara adik ipar, ibu atau bapa saudara, anak saudara pasangan adalah kalangan yang haram bertempoh iaitu diharamkan berkahwin selama mana pasangan itu masih suami isteri.
Justeru, untuk memudahkan setiap pasangan mengetahui hukum bersalaman dengan ahli keluarga mentua, kaedah paling mudah ialah mengenal pasti terlebih dahulu status mereka sama ada haram selamanya atau haram bertempoh.
Jika mereka daripada golongan yang haram selamanya maka bersalaman dengan mereka pada hari raya dan sebagainya adalah dibenarkan. Jika tidak, maka bersalaman dengan mereka adalah diharamkan dan aurat wajib dipelihara.
Jodoh, Moga Kau & Aku Segera Dipertemukan

Hidup kita adalah sebuah perjalanan untuk mencari cinta-Nya demi syurga yang dambakan. Setiap perjalanan terselit ujian-ujian yang menduga dan terbitnya sebagai kifarah dosa-dosa kita.Jadikan pengalaman lepas untuk pengajaran berguna untuk masa kini.
Orang kata untuk mendapatkan jodoh kita perlu berusaha. Berusaha yang bagaimana?
Berusaha untuk menjemput jodoh itu dengan cara.
1. Jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia
Jaga hubungan itu melalui solat, cukupkan solat 5 waktu. Mulakan dengan pekara kecil tetapi berterusan contohnya melakukan sesuatu dengan bismillah dan berzikir kepadaNya. Bangun solat Subuh dan jaga juga hubungan dengan mak ayah kita mahupun dengan adik beradik dan sahabat.
2. Belajar untuk setia
Kadang kita ini tak sabar, terlalu terburu-buru, terlalu mengucap sayang. Sehingga satu persatu kita berjanji sumpah setia. Kita mudah meluah rasa sayang dan tukar pasangan. Belajarlah jadi seseorang yang terbaik untuk di miliki. Belajarlah untuk setia pada yang satu, setia pada cinta Allah. InshaAllah di permudahkan.
3. Persiapkan dari segi kewangan dan kebendaan
Mulai dari sekarang kumpullah sedikit demi sedikit duit tabungan tak kira lelaki mahupun perempuan. Zaman sekarang untuk berkahwin kosnya tinggi walaupun majlis yang sederhana. Jika jodohnya sudah tiba maka saat itu semua telah di siapi maka binalah masjidmu.
4. Kekuatan kita adalah doa
Kita akui kekuatan kita adalah doa, tapi kenapa tak berdoa ?
Hanya berserah semata tanpa ceritakan padaNya. Jangan sombong dan sangsi. Allah Maha mendengar. Mungkin dari 1000 doa kita , doa yang ke 1001 di makbulkan Allah. Doalah yang baik-baik.
5. Selalu buat solat taubat dan solat hajat
Allah mahu lihat sejauh mana keseriusan kita dalam mencari cintanya. Buatlah solat taubat untuk kita dekatkan diri dan serah hati padanya. Sesudah itu lakukan solat hajat dan nyatakan hajat kita padanNya.
6. Istisyarah adalah seperti kita meminta pendapat dan pandangan dari orang lain
Selain kita melakukan istikharah, istisyarah dapatkan pandangan orang dan mintalah pertolongan pada ustaz mahupun kawan-kawan untuk mencarikan. Taaruflah mana tahu ada jodoh.
Hai jodoh, semoga kamu dan aku segera dipertemukan. Dipersatukan dalam cinta-Nya dengan jalan yang indah sesuai dengan sekenario-Nya. Sekarang, cukuplah kau ada hanya dalam doaku. Tak harus tahu sepertimana dirimu sekarang, jika kau belum siap untuk menggenapkan diri yang aku miliki. Cukuplah kita hanya terhubung dalam doa, berusaha saling setia dengan tidak mengumbar cinta kepada dia yang belum halal.
Kadang ada sesuatu dalam hati yang dinamakan rindu. Dia terus menanyakan dirimu seperti apa, dan bila kita bertemu ?.Ia adalah salah satu alasanku untuk terus muhasabah diri untukmu. Tidak hanya itu, rindu aku titipkan kepada penciptanya dengan penuh keimanan.
Perkahwinan Jarak Jauh Bukan Alasan Tak Boleh Bahagia, Ini Rahsianya!

Tak semua pasangan yang berkahwin dapat tinggal sebumbung kerana ada yang tinggal berjauhan atas komitmen kerja atau belajar. Walaupun ramai yang kata perkahwinan jarak jauh sukar, tapi ia bukan alasan untuk anda berdua kekal romantis dan bahagia.
Paling penting kedua-duanya perlulah saling menghargai perasaan dan mempercayai antara satu sama lain. Baru anda berdua akan merasai kenikmatan berumah tangga.
Jika anda tergolong dalam pasangan yang terpaksa berpisah dengan insan tersayang, ayuh terapkan dalam diri enam petua ini agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan romantis seperti pasangan lain.
1. Tetapkan matlamat dalam hubungan
Sebelum anda dan pasangan tinggal berjauhan, menentukan dahulu arah hubungan, sebab-sebab kenapa tinggal berjauhan dan bilakah tarikh untuk anda berdua akan tinggal bersama. Ia penting agar anda dan pasangan ada matlamat untuk berusaha tinggal bersama seperti pasangan yang lain.
2. Perlu ekstra percaya terhadap pasangan
Hubungan dalam rumah tangga menuntut kita untuk saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan saat berjauhan kepercayaan akan teruji. Oleh itu belajarlah untuk meningkatkan kepercayaan dalam diri masing-masing. Singkirkan segala perasaan curiga terhadap pasangan kerana sikap tersebut jika dibiarkan boleh menjadi duri selain membuatkan anda memikirkan perkara yang buruk.
3. Sentiasalah berkomunikasi
Walaupun anda berdua terpisah disebabkan oleh komitmen kerja atau pelajaran, jangan sesekali mengabaikan komunikasi. Sentiasalah berhubung antara satu sama lain. Ceritakan kepada pasangan tentang aktiviti harian, masalah yang dihadapi ataupun luahkan rasa rindu anda kepadanya. Apatah lagi zaman yang serba moden ini lebih memudahkan kerana terdapat banyak cara untuk seseorang itu berhubung dengan orang tersayang.
4. Kirim hadiah kejutan
Apabila tiba tarikh-tarikh penting seperti tarikh lahir pasangan, tarikh mula bertemu, ulang tahun dan sebagainya, hantarkan hadiah untuknya. Jangan disebabkan anda berdua tinggal berjauhan, anda mengabaikan tarikh-tarikh penting ini. Sebenarnya kejutan sebegini boleh membuatkan pasangan rasa dihargai dan teruja apatah lagi menerima kiriman istimewa daripada insan tersayang. Cara ini akan menghangatkan lagi kasih sayang anda.
5. Ambil masa untuk mengunjungi pasangan
Jika pasangan masih dalam negara, latihlah diri anda dan pasangan untuk saling mengunjungi antara satu sama lain. Buatlah giliran agar anda berdua boleh berjumpa, mungkin seminggu sekali atau dua minggu sekali. Dengan cara ini hubungan romantis dan bahagia anda berdua bertambah semarak dan tidak akan pudar. Saat bertemu itu lakukan aktiviti bersama sepuas-puasnya seperti menonton wayang, masak makanan kegemaran suami dan sebagainya. Dengan cara ini akan membuatkan hubungan anda dan pasangan bertambah bahagia.
6. Hantarkan mesej romantis
Tentu pasangan rasa teruja apabila menerima pesanan cinta daripada anda. Anda boleh menghantar pesanan ringkas dengan mesej cinta atau kata-kata romantis di telefon bimbitnya. Kata-kata ini akan membuatkan pasangan terbuai dengan cinta anda, lantas timbul rasa tidak sabar untuk bertemu dengan anda nanti.