Kelebihan Lelaki Kahwin Dengan Wanita Lebih Tua, Ekstra Bahagia Dan Beruntung

Share

Ramai lelaki yang takut untuk berkahwin dengan wanita lebih tua. Alasannya takut kehidupannya akan dikawal sepenuhnya oleh isteri. Malah jika ada lelaki muda yang memutuskan untuk berkahwin dengan wanita lebih tua, ia akan dilihat seperti ada ‘udang di sebalik batu’.

Walaupun ramai lelaki di luar sana yang lebih memilih wanita muda atau sebaya sebagai pasangan hidup, namun jangan sangka semua kelebihan hanya berpihak pada wanita muda sahaja. Perkahwinan dengan wanita tua juga tidak kurang hebatnya.

Selain lebih bahagia, ini ada 11 kelebihan lain yang lelaki patut rasa beruntung mengahwini wanita lebih tua.

1. LEBIH MENIKMATI HUBUNGAN INTIM

Memandang wanita lebih tua mempunyai banyak pengalaman maka tidak hairanlah jika mereka lebih terbuka dalam hal-hal layanan mesra dan hubungan intim, selain lebih menikmatinya daripada wanita muda. Berdasarkan beberapa kajian, puncak tenaga seksual wanita dicapai pada usia pertengahan 30-an hingga 40-an. Hasrat mengadakan hubungan intim akan menjadi lebih besar jika wanita itu sudah memiliki karier yang bagus berserta kewangan yang mantap. Wanita lebih tua juga dikatakan pasangan ‘dalam kelambu’ yang tepat bagi lelaki muda yang mempunyai keinginan ‘bersama pasangan’ yang cukup tinggi.

2. LEBIH MENGHARGAI CINTA

Pertambahan usia selalunya mengingatkan kita betapa dekatnya kita dengan saat akhir dalam hidup, lantas ini membuatkan wanita berusia lebih menghargai kehidupan dan setiap perkara yang dilaluinya. Wanita lebih tua juga akan lebih menghargai cinta yang diberikan pasangannya apa lagi jika pasangannya lebih muda daripadanya. Pasti cinta itu akan dibalas dengan sepenuh jiwa.

3. LEBIH MATANG

Sudah menjadi fitrah lelaki lebih suka pada wanita yang berfikiran matang dalam semua perkara, bijak dan memiliki jiwa keibuan. Tidak dinafikan, wanita yang lebih berusia mempunyai sifat yang lebih matang dan dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan bijak serta berkesan. Mereka akan lebih bersabar dalam menghadapi masalah yang menimpa serta tenang dalam menghadapinya.

4. TAHAP KEYAKINAN YANG TINGGI

Mereka mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dalam diri. Percayalah, wanita lebih tua telah bertemu dengan ramai orang yang pelbagai ragam. Mereka pastinya tahu bagaimana untuk menghadapi situasi dengan tenang, apatah lagi dengan pasangan hidup. Malah wanita lebih tua juga boleh membantu anda untuk menyesuaikan diri dengan orang baharu serta persekitarannya. Mereka juga akan membantu pasangannya untuk terus maju ke arah yang lebih baik.

5. ADA WAWASAN & HALA TUJU YANG JELAS

Wanita lebih tua akan membantu anda dengan pendapat dan idea yang bernas bermula dari saat pernikahan dan plan A to Z dalam hal memelihara keluarga tercinta. Perjalanan hidup keluarga anda akan lebih terancang dan teratur dari semua segi dan aspek. Semua impian anda bersamanya akan menjadi lebih mudah untuk anda berdua nikmati. Wanita lebih tua akan membantu anda memperjuangkan impian-impian anda bersama dengan sepenuh jiwa dan raga.

6. LEBIH BERSIKAP TERBUKA

Mereka mempunyai pandangan yang lebih luas dan terbuka. Mereka akan memastikan keluarga yang dibina berada dalam landasan yang betul dan sempurna. Sikap suka merajuk, meminta-minta dan berfikiran sempit bukanlah sikap yang ada dalam diri mereka. Komunikasi antara anda dan pasangan juga menjadi lebih mudah dan telus.

7. BERSIKAP TENANG & PENUH PERTIMBANGAN

Wanita lebih tua banyak memberi bantuan dan pertolongan dengan mempertimbangkan dari semua aspek. Perbincangan menjadi lebih mudah dengan pertolongan dan idea-idea yang cukup bernas. Mereka tenang dalam mengendalikan sesuatu masalah tanpa menyusahkan sesiapa. Kadangkala, pendapat dan idea yang dilontarkan tidak pernah terlintas di kotak fikiran orang lain.

8. LEBIH BERTANGGUNGJAWAB

Wanita lebih tua akan lebih dewasa dalam berfikir dan memilih untuk memikul tanggungjawab dalam banyak perkara, terutamanya hal yang menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Baginya, menghargai suami adalah perkara yang sangat penting dan itu ada di dalam dirinya. Kepercayaan, kejujuran dan rasa hormat akan  dipegang erat olehnya demi kebahagiaan keluarga tercinta.

9. TIDAK BERGANTUNG PADA PASANGAN

Ia bukan bererti wanita lebih tua tidak memerlukan anda sebagai seorang suami tetapi mereka sentiasa memikirkan masa depan yang lebih baik. Mereka memikirkan beberapa kemungkinan buruk yang mungkin berlaku dalam hidup. Sebagai contoh, mereka membina bisnes kecil-kecilan secara online untuk membantu ekonomi rumah tangga. Secara tidak langsung wanita lebih tua dapat membantu dari segi kewangan buat pengurusan keluarganya. Mereka cuba ikhtiar untuk memperbaiki keluarga dari semua aspek termasuk aspek kewangan.

 

IKLAN