Sebut sahaja mandi susu, pasti semua sudah tahu. Mandi susu dikenali sebagai salah satu perawatan puteri raja berabad-abad yang lalu. Sekarang, sudah banyak spa yang menyediakan perawatan mandi susu.
Tahukah anda bahawa susu bukan sahaja baik untuk kesihatan. Malah, susu juga sangat bagus dalam merawat kulit badan. Sebab itu banyak spa yang menawarkan mandi susu buat bakal mempelai yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Banyak manfaatnya untuk anda. Kami kongsikan beberapa kelebihan mandi susu untuk anda. Jangan lupa lakukan rawatan di spa sebelum anda kahwin okay!
1. Menghaluskan Kulit
Mandi susu membuatkan kulit anda lebih lembut dan halus. Lemak dan protein yang terdapat di dalam susu mampu menyerap ke dalam kulit. Asid laktik yang terkandung di dalam susu juga membantu dalam membuang sel kulit mati. Asid laktik berfungsi untuk melembapkan kulit serta mencegah kulit kering.
2. Mencerahkan Kulit Kusam
Selain menghaluskan kulit, mandi susu juga dapat mencerahkan kulit anda yang kusam secara alami. Namun, tidaklah mandi susu ini dapat memberi kesan yang terlalu cepat. Anda perlulah melakukannya beberapa kali untuk mendapatkan kulit yang cerah. Sel kulit mati yang dibuang akan mendorong pertumbuhan sel kulit baru yang lebih sihat.
3. Tubuh Lebih Rileks
Berendam dalam air yang mengandungi susu dengan sedikit essential oil dapat membantu tubuh agar lebih rileks. Anda boleh menambah essential oil lavender, chamomile atau peppermint untuk aroma yang lebih rileks. Janagn lupa pasang juga muzik yang anda suka agar mandian anda terasa lebih menyenangkan.
4. Melancarkan Aliran Darah
Susu dipercayai mampu melancarkan saluran darah dalam tubuh kita dan yang rosak kembali baik. Air susu yang hangat akan buat anda lebih tenang ketika sedang mandi. Rasa sengal-sengal akan hilang, aliran darah kembali lancar.
5. Meredakan Masalah Kegatalan Kulit
Ada banyak masalah kulit yang mampu memberi efek gatal pada kulit. Rasa gatal itu kadangkala mengganggu dan buat anda rasa stress. Jadi, redakan masalah kulit ini dengan mandi susu. Mandi susu dapat memberi efek yang menenangkan kulit.
6. Mengatasi Insomnia
Fakta lain tentang mandi susu adalah jika anda mandi susu sebelum tidur, ia mampu mengatasi masalah insomnia. Jika anda mandi susu dengan air suami, suhu air tersebut akan melebarkan pembuluh darah sehingga darah mengalir lebih lancar. Badan akan rasa lebih ringan, rileks dan akhirnya buat badan terasa penat. Maka, anda akan dapat tidur yang lebih berkualiti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI