Hubungan

“Selalu Ingatkan Dalam Diri, Pasangan Kita Lebih Baik Dari Orang Lain”

Share

Nama pelakon Aeril Zafrel antara yang menjadi sebutan netizen sebagai suami setia dan romantis dalam kalangan selebriti tanah air sejak kisah kontroversi seorang Da’i berkahwin dua.

Malah kehadiran cahaya mata ketiga, Ayya Soffya pada 1 Disember lalu menjadi penyeri lagi kehidupan rumah tangga dia dan isterinya Wawa Zainal.

Baru-baru ini, Aeril atau nama sebenar Suhairil Sunari memuat naik sekeping gambarnya di laman Instagram serta membuka sebarang soalan untuk ditanyakan oleh peminat dan pengikut.

“Ada nak tanya apa-apa?”

Pelbagai jenis soalan membanjiri posting berkenaan, selain ramai yang bergurau senda dan mengusik pelakon berusia 31 tahun itu.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa individu yang bertanya mengenai tips kesetiaan Aeril terhadap isterinya setelah enam tahun berkahwin.

Apa tips setia dalam rumah tangga?

“Selalu ingatkan dalam diri, pasangan kita lebih baik dari orang lain,” kata pelakon drama Cari Aku Di Syurga itu. Jawapan tersebut turut dipersetujui warganet yang rata-rata mengakui dia merupakan contoh suami terbaik dan Wawa bertuah memiliki pasangan hidup seperti Aeril.

Rata-rata netizen memberikan positif kepadanya. Pasangan tersebut berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

 

 

 

 

 

Kredit: Aeril Zafrel, sri mahligai

IKLAN