Rezeki selepas empat tahun kahwin, pelakon Fendy Bakry bersanding dengan isterinya, Ayu Afnizar dalam majlis resepsi tertutup di Medan, Indonesia.
Menurut Fendy atau Mohd. Affandi Nor Bakri, 35, mereka diraikan serentak dengan dua lagi adik-beradik isteri bagi memenuhi permintaan sanak saudara yang tidak dapat hadir ke majlis pernikahan di Kuala Lumpur pada 2020.
Selepas Empat Tahun Kahwin, Fendy Bakry Bersanding
“Disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19, resepsi kami yang sepatutnya berlangsung di sebelah keluarga mentua terpaksa dibatalkan.
“Ayah mentua saya ambil peluang balik ke kampung halamannya di Medan untuk mengadakan majlis persandingan serentak dengan dua beradik isteri, sekali gus memenuhi permintaan saudara-mara.
Mereka yang tinggal di Indonesia tidak dapat menghadiri majlis pernikahan kami sebelum ini, jadi resepsi untuk keluarga di sana juga merupakan sesi perkenalan dengan kaum kerabat sebelah isteri,” katanya.
Ads
Buat Majlis Secara Rewang
Menurut Fendy, segala persiapan kenduri disempurnakan seluruh ahli keluarga mentua yang dilaksanakan secara gotong-royong atau rewang.
“Memang majlis ini umpama perhimpunan besar semua saudara dekat dan jauh termasuk yang datang dari Jakarta, Padang dan Thailand.
Ads
“Walaupun hanya dapat balik selama tiga hari, saya bersyukur berpeluang jumpa dan mengenali semua keluarga mentua yang hadir dalam majlis itu.
“Peluang sebegini menyeronokkan tambahan pula dapat duduk di pelamin semula selepas empat tahun bernikah, memori yang sangat manis,” ujarnya.
Pada acara itu, Fendy dan Ayu menggayakan sepasang persalinan pengantin Jawa yang juga mengikut adat masyarakat setempat.
Ads
Pelakon drama Mr Grey itu, dia dan isteri terpaksa pulang ke Malaysia lebih awal berikutan komitmen kerja.
“Saya baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri 12 episod yang berjudul Terjerat dan bakal ditayangkan di platform IQIYI dalam masa terdekat,” ujarnya.
Fendy dan Ayu disatukan dalam majlis pernikahan tertutup di Shah Alam, Selangor pada 30 Ogos 2020 selepas empat tahun berkenalan.
Meriahnya malam berinai Dynas Mokhtar. Jika sesiapa yang inginkan malam berinai yang cukup Glamor ala Bollywood ini bolehlah jadikan rujukan ye malam berinai Puan Dynas Mokhtar.
Baju rona merah hati ini menaikkan seri bakal pengantin, busana malam berinai yang di reka khas daripada Putra Cosry ini cukup kena dengan susuk tubuh Dynas yang tinggi lampai dan kulit yang putih mulus ini. Bertambah seri dengan ukiran inai di tangan. Manakala make up pula direalisasikan oleh Asyadilla yang menghasilkan serta menjadikan Dynas tampil begitu anggun pada malam majlis berinainya.
Pesona Pengantin tak nak cakap banyak, jom kita lihat himpunan gambar kemeriahan malam berinai Dynas Mokhtar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada tanggal 27 Februari lepas, selebriti popular Indonesia, Syahrini dan Reino Barack meraikan ulang tahun ketiga perkahwinan mereka. Diam tak diam, sudah tiga tahun mereka bergelar suami isteri. Mereka meraikan ulang tahun perkahwinan tahun ini, di kota Singapura sambil menikmati makan malam penuh romantik. Momen indah tersebut dikongsikan Syahrini di laman Instagramnya.
Dalam keseronokan pasangan ini meraikan ulang tahun perkahwinan mereka, masih terbayang kemewahan dan gilang-gemilang persandingan figura ini di mana resepsi Syahrini diadakan penuh eksklusif. Lebih mencuri tumpuan tentulah busana yang digayakan di hari istimewa tersebut hasil sentuhan pereka fesyen bertaraf antarabangsa! Hasil sentuhan pereka ternama Indonesia, Sebastian Gunawan ini pernah menghasilkan busana selebriti Hollywood, Halle Berry.
Tidak keterlaluan bila meletakkan perkahwinan Syahrini tak ubah seperti majlis perkahwinan diraja! . Mana tidaknya, melihat busana persandingan, aksesori sehinggalah dekorasi ballroom, Syahrini sangat memahami apa yang diinginkan untuk hari bersejarahnya agar tampak serba mewah, eksklusif dan unik. Sesuai dengan kehendak dan impian majlis perkahwinan yang diidam-idamkan Syahrini selama ini.
Syahrini memilih rekaan Sebastian ketika majlis pernikahannya yang diadakan di Jepun. Memetik laporan media Indonesia, Sebastian Gunawan atau lebih mesra disapa Seba terkejut ketika dihubungi adik Syahrini iaitu Rani pada awal Februari 2019 apabila diminta membuat gaun perkahwinan Syahrini dalam masa yang singkat iaitu empat hari sahaja.
Meskipun mempunyai jadual padat dan terpaksa ke luar negara seminggu sebelum majlis pernikahan Syahrini, pereka fesyen profesional ini mampu merealisasikan gaun impian selebriti kesayangan Indonesia berkenaan dengan cukup mewah, anggun semestinya menjadi sebut-sebutan di kalangan peminat seantero Indonesia.
Tampil lebih eksklusif daripada rekaan persalinan yang pernah dihasilkan untuk Syahrini, gaun mewah kembang yang dipakainya merupakan gaun dari koleksi Sebastian Gunawan Sposa yang dicipta khusus untuk gaun perkahwinan. Penampilan Syahrini pada resepsi Dinner Silaturahmi berkenaan lebih terserlah bak puteri kayangan dengan pemakaian mahkota dari pereka aksesori terkemuka, Rinaldy A. Yunardi yang dicipta khas semata-mata untuk majlis resepsi Syahrini di Jakarta!
Gabungan dekorasi yang serba mewah pula merupakan sentuhan perunding perkahwinan, Lotus Design yang menghias segenap ballroom dengan kelopak bunga teratai pelbagai saiz berwarna putih salju. Ruang siling dewan dengan juraian kristal, bunga-bungaan berwarna putih dan lampu candelier. Ternyata, idea kreatif itu berjaya menyerlahkan suasana mewah dan tampak sempurna tatkala mempelai berarak masuk menuju ke singgahsana indah.
Walaupun sudah tiga tahun berlalu, nampaknya kemewahan majlis resepsi dan perkahwinan Syahrini dan Reino Barack masih segar di ingatan. Memasuki tiga tahun perkahwinan, pasangan ini masih tetap mesra dan jelas kebahagiaan terpancar di wajah keduanya!
Kena reda dan bersedia bila dah kahwin sebab setiap orang akan lalui ujian yang berbeza dan pelbagai sudut. Begitulah pandangan penyanyi, Nabila Razali tentang kisah rumah tangga.
Tak suka ‘selak kain orang’, Nabila lebih selesa menyimpan kemas hal rumah tangga daripada berkongsi dalam media sosial.
Bila Dah Kahwin
Menerusi satu portal hiburan, Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd. Razali, 31, saling menerima kekurangan diri yang tidak perlu dijaja kepada umum.
“Sebagai manusia, saya juga lakukan kesilapan tapi berusaha menjaga hal rumah tangga yang lebih baik disimpan sendiri dengan suami apatah lagi kami baru berkahwin.
“Saya masih lagi belajar alam rumah tangga. Apa yang perlu saya ambil ambil tahu dalam perkahwinan adalah sakinah, mawaddah dan rahmah,” katanya.
Tak Mahu Ulas Kisah Rumah Tangga Orang Lain
Ditanya kemelut rumah tangga membabitkan selebriti lain, penyanyi lagu Peluang Kedua itu enggan mengulas hal ‘dalam kain’ orang lain.
Katanya, tiada keperluan untuk menyentuh perkara yang dia sendiri tidak tahu lebih-lebih lagi membabitkan dugaan dalam perkahwinan.
Suami sentiasa ingatkan saya, ujian dalam rumah tangga orang lain juga ujian untuk kita menahan diri daripada berkata-kata tentang orang lain.
“Apabila isu rumah tangga artis selalu keluar di ‘feed’ laman sosial, kita kena kawal mulut, mata dan telinga.
“Lain orang lain dugaannya. Isu sebegini boleh berlaku kepada sesiapa pun, bukan sahaja selebriti. Sebab itu kita perlu berjaga-jaga,” katanya lagi.
Sekadar rekod, Nabila bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 39, pada 18 November tahun lalu. Dilihat cukup bahagia di samping suami tersayang, kita doa yang baik-baik untuk pasangan sejoli ini.