Selepas ijab kabul, ini adalah amalan sunat yang perlu pasangan pengantin baru perlu lakukan.

Share

Berikut merupakan amalan-amalan sunat selepas selesainya ijab kabul.

1. Meletakkan tangan ke atas ubun-ubun kepala isteri lalu berdoa:

“Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya.” (Riwayat Abu Daud no.1260

2. Melakukan solat sunat 2 rakaat.

Kebiasaanya dilakukan oleh pengantin lelaki sahaja, walaupun begitu tiada larangan untuk kedua-dua pengantin laki-laki dan perempuan untuk lakukan solat sunat 2 rakaat secara berjemaah.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya:

“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala.”

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

• Rakaat pertama:

Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun. (tiada kewajipan membaca surah tertentu)

• Rakaat kedua:

Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas. (tiada kewajipan membaca surah tertentu)

• Membaca doa berikut selepas salam:

Bacalah apa-apa doa yang baik dalam bahasa arab mahupun melayu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Doakan semoga Allah berkati perkahwinan ini dan memberi kebaikan kepada kedua-dua pengantin.

3. Sujud syukur.

4. Selain itu, Prof. Wahbah al-Zuhaili juga menggariskan beberapa perkara sunnah dilakukan ketika majlis nikah : (Al-Fiqh al-Islami, jil 7, hlmn 122) iaitu:

Khutbah akad.
Para hadirin membaca doa untuk pengantin.
Bernikah pada hari Jumaat.
Mengkhabarkan atau mengumumkan berita mengenai majlis perkahwinan.
Mengadakan kenduri perkahwinan (walimah)
Rujukan: www.muhdarifaiman.com

IKLAN