Sabar adalah sifat orang mulia dan dalam al-Quran banyak kali disebut antara sifat orang yang akan masuk syurga adalah yang bersabar. Justeru, andai kita sentiasa bersabar, akan layak masuk syurga.
Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin memetik firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan bersabarlah terhadap apa yang diucapkan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.” (Surah al-Muzzammil, ayat 10)
Bertolak daripada sifat-Nya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Allah SWT memerintahkan sekalian hamba-Nya supaya kasih mengasihi antara satu sama lain. Seseorang hamba hanya akan memperoleh kasih sayang Allah SWT apabila dia mengasihi makhluk-Nya.
Kasih sayang sesama insan akan membuahkan sikap bertolak ansur, hormat menghormati dan sedia berkorban demi kebahagiaan orang tersayang. Kedamaian dan kasih sayang adalah teras utama dalam hubungan suami isteri.
Perkahwinan yang tidak didasarkan kepada perasaan kasih terhadap satu sama lain, tidak disulami dengan kemesraan adalah satu perkahwinan yang tidak bahagia dan tidak bermakna.
Lantaran, Allah SWT menjadikan perasaan kasih mesra antara suami isteri sebagai satu sunah yang ada padanya tanda kekuasaan dan keagungan.
Ads
Ini seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri daripada diri kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.” (Surah ar-Rum, ayat 21)
Layan isteri dengan baik
Justeru, Rasulullah SAW sering menasihati suami sebagai ketua keluarga supaya melayani isteri dengan sebaik-baiknya. Suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah SAW mengadu mengenai layanan buruk diterima daripada suami mereka.
Tidak dapat dinafikan, manusia masing-masing ada kelemahan dan kekurangan sama ada isteri mahupun suami. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan bersabar dan tidak memperbesarkan kelemahan itu.
Ads
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu.” (Surah an-Nisa, ayat 19)
Bersabar dengan perangai buruk pasangan
Diriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: “Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun.”
Ads
Bersama kita renungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar. Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.
Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya, “Jika beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku? Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.
Lelaki itu berkata, “Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Jika begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?
Kredit: Tangkap Pictures
Umar berkata kepadanya, “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku. Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.
Lelaki itu menjawab, “Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku. Umar pun berkata kepadanya: Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Teruja melihat perkongsian baju pengantin oleh penyanyi, Noh Salleh yang bakal melangsungkan pernikahan pada 23 September ini dengan wanita pilihannya, Fatin Athirah Mustapa.
Walaupun Noh tidak berkongsi sebarang perincian mengenai busana pengantin rona putih, namun jelas terselit perasaan bahagia apabila dia bakal melangkah semula ke gerbang perkahwinan.
Tertulis Nama Di Penyangkut Busana
Namun vokalis kumpulan Hujan itu tampak terbuka berkongsi persalinan istimewa yang tertera namanya dan Athira Mustapa pada penyangkut kedua-dua busana tersebut.
Lebih menarik, jelas tertulis tarikh 23 September pada penyangkut baju itu sebagai bukti tarikh hari bahagia mereka seperti didedahkan media sebelum ini.
Menurut sumber, busana perkahwinan Noh dan Athirah yang juga peguam itu merupakan rekaan daripada butik berjenama Fidae.
Susulan itu, perkongsian terbabit meraih respons netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah selain mendoakan pasangan tersebut berbahagia sehingga ke akhirnya.
Sekadar info, Noh telah melangsungkan pertunangan dengan wanita berusia 30 tahun itu pada 7 Mei lalu.
Sebelum ini, penyanyi merangkap komposer itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Mizz Nina atau Shazrina Azman, 40, pada 2 Julai 2011, namun bercerai awal Ogos tahun lalu.
Pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat, Musa yang diperkenalkan kepada umum sekitar April tahun lalu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Konflik rumah tangga yang melibatkan pelakon Hafidz Roshdi bersama isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri berakhir selepas Hafidz telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.
Shuhada Dilepaskan Hafidz Roshdi Talak Satu, Syukur Dengan Ujian Allah
“Terima Kasih Untuk Segalanya..”
Shuhada menerusi hantaran di Instagram, menitipkan rasa syukur setelah segala ujian yang dihadapi telah dipermudahkan.
“Ya Allah terima kasih untuk segalanya. Alhamdulillah, thank you Allah untuk nikmat dan ujian Mu.
Shu doakan kepada yang tengah struggle hadapi ujian indah Allah, dipermudahkan segalanya, Sabar! sabar itu indah percayalah.” kapsyen Shuhada di Instagram
Dipetik dari laporan Berita Harian, Hafidz berkongsi rasa lega apabila urusan penceraiannya dapat diselesaikan dengan cara baik serta berpuas hati dengan keputusan yang diberikan oleh pihak hakim Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
“Alhamdulillah, saya lega perkara ini dapat diselesaikan cara baik dan tiada pergaduhan. Saya juga menghormati keputusan hakim dan berpuas hati dengan keputusan hari ini.” kata Hafidz kepada Berita Harian
Sekadar info, Nurul Shuhada Mat Shukri mendirikan rumah tangga dengan Hafidz Roshdi pada 30 April 2016. Mereka turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, dan Umar.
Kita doakan yang terbaik sahajalah untuk mereka. Apa komen anda?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Apa Habaq Orang Perlis!”..Nampaknya negeri paling hujung di Semenanjung Malaysia kini telah menerima kehadiran kafe Starbucks yang berkonsepkan pandu lalu yang terletak di Kangar, Perlis. Sejak dibuka secara tidak rasmi pada 24 Disember 2021 yang lalu, tular di media sosial deretan kenderaan beratur di laluan ‘drive thru’ untuk menikmati secawan kopi enak dari Starbucks! Khabarnya kenderaan beratur sejauh beberapa kilometer dari kafe Starbucks! Sungguh menakjubkan!
Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana Jamalullail, Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shareen Akashah Khalil, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Dato’ Sydney Quays dan Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Salehuddin selepas upacara menandatangani plak perasmian Starbucks Perlis.
Lebih istimewa, tanggal 2 Mac 2022 yang lalu, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shareen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis berkenan merasmikan pembukaan Starbucks pertama Perlis.
Pasangan diraja merasmikan pembukaan rasmi Starbucks Perlis.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Group CEO Berjaya Food Berhad, Dato’ Sydney Quays serta Tunku Laksamana Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Salehuddin, Raja Muda sekeluarga yang sememangnya dekat di hati rakyat ini turut membawa bersama dua orang puteri baginda iaitu Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana Jamalullail. Keluarga diraja itu mencemar duli beramah mesra dengan kakitangan Starbucks Perlis yang terdiri dari anak tempatan yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap seni pembuatan kopi.
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shareen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis menyaksikan secara dekat demo dan cerita di sebalik kopi bersama Ayesha Dahlan, Coffee Specialist of Starbucks Malaysia.Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana Jamalullail, Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shareen Akashah Khalil, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Salehuddin dan Dato’ Sydney Quays, bersama sebahagian kakitangan starbucks Perlis
Pada majlis pelancaran, keluarga diraja berkenan menyaksikan demonstarsi sejarah kopi yang dipersembahkan oleh Ayesha dan Siti di mana keluarga diraja menunjukkan minat yang mendalam terhadap sejarah kopi dan penghasilannya.
Winter beverages sememangnya sesuai tatkala cuaca panas ketika ini.Salted Caramel Frappuccino
Kesimpulannya, pasangan pengantin yang baharu sahaja menjengah ke alam perkahwinan bolehlah membawa pasangan anda ke sini untuk menikmati keenakan kopi dan hidangan-hidangan lain yang disediakan di Starbucks.Sambil itu boleh mencuba pelbagai menu terbaharu Starbucks antaranya termasuklah Starbucks Poached Pear Pure Matcha Latte dan Starbucks Poached Pear Oolong.
Bagi penggemar butterscotch pula, jangan lepaskan peluang menikmati Smoked Butterscotch Latte. Eratkan kasih sayang dengan secawan kopi kerana hidup bagaikan tidak lengkap tanpa secawan kopi!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!