Jom kami kongsikan antara perkara yang anda kena ambil tahu sebelum berkahwin!


TINGGAL MANA SELEPAS BERKAHWIN
Nampak macam remeh. Tapi, penting untuk ada kesefahaman antara suami isteri. Contohnya, dekat mana nak menetap selepas berkahwin, nak beli rumah sendiri, rumah sewa atau menumpang duduk rumah mertua? Bila nak rancang keluarga? Anak pula nak berapa orang?

Haa..bila dah ada plan, senanglah nak rancang kewangan. Takdelah nanti serabut sangat bila isteri mengandung, sekurang-kurangnya anda dah ada simpanan.

BERAPA BANYAK KOMITMEN?
Bukanlah nak jadi materialistik tapi, banyak pasangan yang ambil remeh perkara ni. Kena ambil tahu berapa gaji dan komitmen bulanan pasangan. Ini supaya bila ada masalah, takdelah kelam-kabut nak fikirkan jalan penyelesaian!

Seelok-eloknya, anda duduk berbincang dengan pasangan dan declare berapa banyak komitmen bulanan, hutang dan pinjaman yang anda ada. Nanti senang nak buat pembahagian komitmen bulanan dan bila salah seorang ada masalah, bolehlah berbincang sama-sama untuk selesaikan masalah.

IKLAN

SIAPA YANG AKAN TERIMA PAMPASAN BILA ANDA TIADA?
Ramai yang mengelak bila nak membincangkan isu ini sebab ianya soal yang agak sensitif. Tapi, kenalah sediakan payung sebelum hujan. Yelah, kita tak tahu apa yang mungkin terjadi pada masa depan.

Sebagai suami, anda kena rancang awal-awal kewangan dan penama untuk mewarisi EPF, SOCSO, insurans, simpanan dan harta benda anda. Barulah nasib anak isteri anda terbela jika anda tiada nanti.

PASSWORD HANDPHONE PUN KENA KONGSI TAU!
Bila dah jadi suami isteri, dah tak boleh nak berahsia tau. Rahsiamu, rahsiaku jua. Yelah, berkahwin ni bukan je berkongsi hidup, tapi berkongsi segala-galanya juga. Harta benda, duit, masalah dan juga password-password penting macam password handphone, media sosial dan nombor pin bank pun kena kongsi tau!

“Eh, tapi tu kan privacy?”

IKLAN

Memanglah semua tu hak peribadi. Tapi sekiranya terjadi kecemasan, sekurang-kurangnya dah ada back up. Contohnya, kalau ada kecemasan atau kematian, bolehlah bantu untuk deactivate akaun sosial media si mati nanti.

DAH SEDIA NAK KONGSI AKAUN PELABURAN/KOMITMEN BERSAMA?
Di awal perkahwinan, seelok-eloknya anda bina tabung pelaburan atas nama anda suami isteri untuk kemudahan bersama. Yelah, lepas berkahwin, kebanyakan pasangan memilih untuk duduk sendiri.

Mana yang masih tak mampu nak beli rumah akan pilih untuk menyewa dan menyimpan duit terlebih dahulu. Nak menyewa pun, deposit rumah bukan murah. Jadi, bila dah ada simpanan bersama ni, ringanlah sikit beban anda nanti.

IKLAN

Andai kata isteri anda mengandung, anda pun dah takdelah sesak sangat nak cari duit sebab dah ada akaun simpanan pelaburan ni. Kan senang bila dah bersedia dari awal!

PATUT KE KONGSI BAYAR UTILITI & BIL? MACAM MANA NAK BAHAGI DUA?
Masa masih bujang dan menyewa, pening jugaklah kepala nak bayar sewa rumah dan utiliti. Tapi, lepas kahwin, anda dah boleh kongsi semua perbelanjaan, termasuklah sewa rumah, bil dan utiliti.

Seelok-eloknya bincang awal-awal dan tetapkan jumlah yang anda berdua perlu bayar serta jika perlu, bahagi dua perbelanjaan anda. Takdelah terbeban sangat kan.

 

KREDIT : SIRAPLIMAU