
Bersabar merupakan salah satu benda yang tak semua orang boleh melakukan. Contohnya seperti kemarahan. Kalau tengah marah sudah semestinya anda akan hilang rasa sabar dalam diri. Tapi, ada juga yang masih boleh mengawal sifat ini.
Tidak ada yang tahu Allah tengah merencanakan apa dibalik kesedihan yang dia tetapkan kepadamu, lantas jangan dulu gegabah dan menyesali kesedihan yang tidak kunjung mereda.
Allah tidak pernah main-main ketika menyuruhmu bersabar
Allah juga tidak pernah main-main ketika menyuruhmu bersabar, sebab anda perlu ikhlaskan hatimu dengan kesabaran yang cukup, pasti disebalik semua perkara ada hikmahnya.
Janji Allah juga pasti, maka pastikan anda tidak selalu murung dengan kejadian menyedihkan yang kini masih Allah tulis menjadi takdirmu.
Allah turunkan ujian kerana dia tahu anda kuat
Ya, setiap ujian daripada Allah yang datang itu adalah salah satu sebab yang anda perlu tahu yang anda sebenarnya berhak mendapatkan kebahagiaan dalam hidup. Tapi, biarlah ia melalui kesabaran.
Walauapa pun yang sedang menimpa anda, itu berlaku dengan sebab dan pasti, anda akan menjumpa kan kebahagiaan anda satu hari nanti.
Ujian yang anda hadapi akan selalu sebanding dengan bahagia yang telah Allah tetapkan
Bersabarlah Dulu Menghadapi Ujian-Nya, sebab pasti ada kebaikkan yang tidak pernah anda sangka sebelum ini.
Lantas bersabarlah dulu menghadapí ujían-Nya, sabarlah dulu meneríma keadaan yang masíh Allah cípta buruk, karena setelahnya nnatí pastí akan ada kebaíkan yang tídak akan pernah kamu sangka sebelumnya.
Sebab Allah selalu maha sempurna dalam membolak-balíkkan keadaan, Allah pula maha hebat dalam merencanakan kebaíkan setelah keadaan buruk, lantas percaya saja sama Allah sepenuhnya dengan terus bersabar.
Kalau Isteri Tidak Seperti Dulu, Carilah Kekurangan Dalam Keluarga Hasil Pimpinanmu

Ada beberapa kes penceraian yg berpunca dari hal yg sangat kecil, yg adakala kita ketawa mendengarnya, macam tak percaya sbb terlalu kecil. Sebenarnya bukan hal remeh itu puncanya, tapi kerana HATI DAH PENAT. Maka hati akan mudah marah pada perkara yg sekecil² lapik meja, silap warna, masak kurang masin dan sebagainya. Lagi sedih bila perceraian tak mendatangkan perasaan sedih tapi seolah rasa terlepas dari sesuatu yg berat utk ditanggung.
Egonya seorang suami bila berkata mahu menceraikan isterinya kerana tak mahu menanggung dosa si isteri yg tak mendengar kata, dah berubah dan makin degil. Sedangkan anak berderet memeluk ibu, bukan memeluk bapa. Tiada setitis air mata yg keluar dari mata si isteri menandakan hatinya dah keras dan kini pasrah.
Wahai suami… ?
Bila isteri dah tak macam dulu, dah tak pandai senyum, dah tak boleh cakap baik², dah tak pedulikan penampilan dirinya, dah selalu jadi singa dan dah tak secantik wanita lain diluar sana, jangan terus cari silap dia, tapi carilah kekurangan dlm keluarga hasil pimpinanmu…
? Berapa kali kau peluk isterimu dlm seminggu?
?Berapa kali kau tanya khabarnya minggu ni?
?Berapa kali kau mengimamkan solat fardhunya?
?Berapa banyak nafkah yg kau beri peribadi utknya, bukan utk keluargamu? Samada dia bekerja atau tidak?
? Berapa kali kau bantunya buat kerja rumah?
?Berapa kali kau berterima kasih kepadanya disepanjang perkahwinanmu kerna menjadi penemanmu?
?Siapa yg jagakan anak² mu?
?Kemanakah pandanganmu dikala dia berbicara denganmu?
?Berapa kali kau bangun malam, bertahajjud sambil menangis, mendoakan kesejahteraan dlm keluargamu?
?Apa beza dirinya sebelum dan selepas berkahwin dan punyai anak bersamamu?
?Sudahkah kau lakukan segala yg Allah suruh?
Bila isteri buat perangai, bukan kerana dia nak melawanmu tapi dia nakkan perhatianmu. Bukan dia tak tahu, Rasulullah saw bersabda, “Andai seorang manusia boleh sujud kpd manusia lain, nescaya akan aku perintahkan seorang isteri sujud kpd suaminya.”
Seorang isteri, dosanya ditanggung oleh suami selagi suami tak menegur kesilapannya. Tapi setelah ditegur masih si isteri itu tak mengikut kata, tugasmu tak tamat begitu saja, tegurlah ia berlandaskan islam.
Pertama : tegurlah dgn lisan.
Kedua : pukullah dgn selembut² kain di bhgn yg tak sensitif
Ketiga : asingkan tempat tidur
Andai kesemuanya tak berjaya, janganlah kata tugasmu dah selesai selagi kau belum mendoakan kebaikan untuknya tanpa henti. Selagi dia tidak nusyuz dlm hukum Islam.
Wanita itu dicipta dari tulang rusuk yg bengkok. Perbetulkanlah ia dgn cara yg baik, jgn sampai patah sbb jika patah, ia takkan sama seperti yg asal.
Wanita itu dicipta dari tulang rusuk di sisimu, kerana itu yg rapat dgn hatimu utk kau cintai dan sayangi. Bukan di kepala utk kau junjung dan bukan juga di kakimu utk dipijak.
Suami yg baik ialah yg sentiasa berusaha membawa keluarganya membina istana di Syurga.
Tiada isteri sengaja nak menderhaka,
Tiada isteri suka² nak masuk neraka,
Islam itu dah cukup sempurna,
Rasulullah panduan berguna,
Ayuh kita tempah syurga bersama². ?
Nukilan Farizal Radzali
Hilang Seri Rumah Tangga Bila Suami Isteri Suka Buat Hal Masing-Masing, Makan Asing-Asing

Bagaimana rumah tangga nak berseri jika suami isteri lebih rela pegang telefon bimbit daripada pegang tangan pasangan masing-masing? Malah, ada di antara suami isteri yang hanya berborak sepatah dua dan selebihnya melakukan hal sendiri. Inilah antara punca rumah tangga menjadi semakin hambar.
Sedih kan bila semua ada di depan mata tetapi kalian seakan-akan orang asing yang tidak mengenali antara satu sama lain. Perlu anda ingat bahawa komunikasi adalah penting dalam sesebuah perhubungan. Jika tiada komunikasi, anda sendiri tidak tahu apa yang ada di dalam hati pasangan.
Ya, memang setiap individu perlukan privasi tapi takkanlah sampai makan pun asing-asing? Walhal di meja makanlah antara masa yang sesuai untuk bersembang dengan pasangan selain daripada di dalam bilik tidur. Cuba hayati perkongsian Firdaus Shakirin tentang isu ini. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.
Rumah tangga yang hilang seri…
Zaman sekarang adalah zaman di mana suami dan isteri lebih banyak buat hal sendiri berbanding berkomunikasi sesama sendiri, memahami isi hati, bergurau senda, bantu membantu, tolong menolong, bercerita dan sebagainya…
Dalam rumah ada suami, ada isteri, ada anak-anak…tp suasananya sunyi macam tiada siapa-siapa di dalamnya…
Masing-masing meletakkan diri pada zon selesa masing-masing…isteri di dapur, suami di ruang tamu, anak-anak dalam bilik…isteri dengan kerja-kerja dapur, suami menonton TV, anak-anak main HP…
Ini contoh keluarga zaman moden…
Buat hal masing-masing, makan asing-asing…tiada siapa yang nak memulakan komunikasi antara keluarga, apa jua masalah, sendiri simpan, sendiri selesaikan…
Nampak isteri lalu, nampak suami lalu, nampak anak-anak lalu depan mata, tapi tak ditegur, tak dihiraukan, tak dipanggil untuk bersembang…
Bayangkan, seharian isteri tunggu suami di rumah, suami balik keje ja, sempat bercakap beberapa patah sahaja…seharian suami di tempat keje, sampai ja rumah, sempat bercakap beberapa patah jugak…seharian anak-anak ke sekolah, tuisyen dan sebagainya, bila datangnya malam, berkumpul dengan ibubapa, tapi hanya bercakap beberapa patah dengan mereka…
How sad is life nowadays bila masing-masing lebih memilih utk buat hal masing-masing…
Sumber: Firdaus Shakirin
Lelaki Bernama Ayah, Sentiasa Tersenyum Walaupun Dia Sendiri Tidak Berkemampuan

8 PERKARA SEORANG AYAH TAK PERNAH BERITAHU KITA
Berikut adalah beberapa perkara yang tak pernah ayah beritahu kita, walaupun mereka dalam keadaan susah sekalipun.
1. AYAH TAK CUKUP DUIT
Setiap bulan, mereka akan memikirkan keperluan rumah, keperluan dapur, anak-anak, isteri, dan akhir sekali barulah keperluan mereka. Kita mungkin tak tahu, dalam poket ayah cuma ada RM10 sewaktu kita telefon minta wang semasa di universiti.
Bila awal bulan, memang seronok dapat gaji. Tapi bila ditolak-tolak kesemuanya, semua harapan untuk membeli apa saja kemahuan mereka terpaksa ditunda lagi. Hinggalah mereka melupakan terus hasrat tersebut sampai ke hari ini.
2. AYAH MAHU DEKAT DENGAN KITA
Ayah mungkin nampak kekok apabila berbual dengan kita. Tapi sebenarnya mereka mahu hadir dalam hati kita. Kalau boleh, mereka mahu menghentikan masa supaya mereka dapat sentiasa ada dengan anak-anak dan melihat semua seperti apa yang dilihat oleh mata ibu – langkah pertama kita, perkataan pertama kita, dan berkongsi detik gembira dengan kita.
3. AYAH DAH CUBA SEHABIS BAIK UNTUK KELUARGA
Kita mungkin tak perasan, ayah buat ‘overtime’ sebab mahu cukupkan belanja rumah atau beli barang yang kita asyik sebutkan. Walaupun mereka sibuk bekerja, percayalah dalam hati mereka kerja tersebut adalah diniatkan untuk mencukupkan keperluan keluarga, termasuklah kita.
Tapi sebagai manusia, ayah juga pernah tersalah langkah. Mungkin ia menyebabkan kita berden dam, terutamanya kalau ada janji mereka yang tidak ditepati. Entah kenapa, kita rasa ayah tak boleh buat silap. Sedangkan, mereka dah cuba sedaya-upaya, tapi segala ketentuan bukanlah di tangan mereka. Kalau kita sedih, apatah lagi mereka.
4. AYAH PENAT
Ayah penat. Kadang-kadang ayah sibuk ambil dan hantar anak ke sekolah sampai lupa makan tengahari. Ayah jamah saja apa yang sempat. Masalah ayah, kita tak jarang tanya. Sebab kalau tanya pun, mesti ayah kata tak ada. Lama-lama, kita pun lupa nak tanya lagi.
Bagaimana ayah dapat lakukan rutin ini setiap hari, itu rahsia dia. Dengan kudrat itulah ayah membesarkan kita hingga hari ini. Ya, hari ini. Walaupun kita dah kahwin dan berkeluarga, ayah masih tanya sama ada kita cukup makan pakai.
5. AYAH MAHU KITA JADI LEBIH BAIK BERBANDING DIRINYA
Bila dah dewasa dan bekerja, baru kita tahu tekanan itu datang dari mana. Tapi seingat kita, ayah selalu nampak tenang dan ayah tak pernah mengeluh. Ayah hebat.
Tapi, dia tak mahu kita jadi seperti mereka. Dia mahu kita jadi lebih baik berbanding dirinya.
6. AYAH MAHU KITA BOLEH HIDUP TANPANYA SUATU HARI NANTI
Apa yang ayah larang selama ini ada sebabnya yang tersendiri. Apa yang ayah suruh buat pun samalah juga. Pokok pangkalnya, dia mahu kita boleh berdikari. Mereka tahu kita perlu hidup tanpa mereka satu hari nanti.
Jadi, diharapkan ilmu dan didikan yang diberikan kepada kita dapat menjadikan kita berfikir. Mungkin kita tak faham pada waktu itu, tapi kita akan faham nanti. Apa yang kita nak kata, katalah. Ayah tak risau tanggapan kita walaupun ada masanya dia berkecil hati.
Sebenarnya, bukan dia tak peduli perasaan kita. Tapi ayah berpandangan jauh dan cuba menunaikan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.
7. AYAH TAK MENYESAL KOR BANKAN SEMUANYA UNTUK KITA
Apabila ayah semakin tua, ayah lega tengok anak-anak berjaya. Tapi sebenarnya, yang kurang menyerlah pun, ayah sayang juga. Tak ada lebih, tak ada kurang. Kita saja yang menuduh ayah yang bukan-bukan.
Apa pun, ayah tak jemu mendoakan kita setiap hari untuk menampung kekurangan mereka terhadap kita. Ayah tak pernah menyesal berkor ban untuk kita walaupun ada masanya kita tidak menjadi seperti apa yang mereka harapkan.
8. AYAH SAYANGKAN KITA
Tiada kata yang dapat menerangkan bagaimana ayah menyayangi kita. Mereka tak pandai menyusun ayat, mereka tak pandai meyakinkan kita melalui kata-kata. Hanya Tuhan yang mampu menilai semua pengor banan ayah terhadap kita.
ITULAH PENGOR BANAN AYAH!
Kadang-kadang kita memang tak nampak semua perkara ini hinggalah kita dewasa.
Begitu banyak beban dan pengor banan ayah tidak mungkin terucap dengan kata-kata kerana cintanya terhadap kita. Jadi, hargailah ayah kita walau apa pun sejarah kita dengan mereka.
Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada sahabat-sahabat kita yang lain…