
Semua mengetahui kyat Malaysia sudah boleh mengadakan majlis perkahwinan mulai 1 Julai lalu. Selain majlis perkahwinan, majlis sambutan ulang tahun, majlis agama seperti kenduri dan tahlil juga dibenarkan kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri. Namun disebabkan kelonggaran ini semakin ramai yang alpa dan mengabaikan SOP yang telah ditetapkan. Di sini kami ingin sekali lagi mengingatkan kepada rakyat Malaysia agar terus konsisten menjaga jarak juga mengikut garis panduan SOP yang telah ditetapkan.
Sekiranya anda merancang untuk menganjurkan kenduri atau majlis tolong jangan ulangi kesilapan ini
Baru baru ini, pejabat kesihatan terpaksa menjejak semua tetamu kenduri kahwin secara manual kerana kegagalan tetamu untuk mengimbas MySejahtera. Seorang tetamu telah dikesan positif covid dan semua kontak rapat pada majlis tersebut perlu dijejaki.
Majlis perkahwinan “wedding of the year” baru baru ini juga telah menunjukkan bagaimana tetamu tetamu bergambar sakan dengan jarak dekat & kegagalan tetamu yang sudah bersolek cantik memakai pelitup muka.
Kita masih dalam tempoh pandemik, kelonggaran telah diberikan oleh MKN untuk mengadakan majlis sosial tetapi sila patuhi sop yang telah ditetapkan
Kredit :Public Health Malaysia
Amal Surah Yusuf Ayat 4, Jadi Pemanis Dan Naikkan Seri Wajah

Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf. Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat) Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.
.
Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan… Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna’ ‘Alaa ‘Ainii”
Maksudnya surah Thaahaa ayat 39.:
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu”
.
Caranya:
Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Perlu diketahui:
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi. Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Kentalnya Pasangan Yang Harungi Perkahwinan PJJ

Pernikahan sememangnya perkara yang indah. Setiap pasangan suami isteri mengharapkan keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah.
Menjadi peneman dan penenang serta penyejuk mata setiap pasangan. Sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah al-Rum, ayat 21:
وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَكُم مَّوَدَّةٗ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya (sakinah), dan dijadikan-Nya di antaramu mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
Setiap insan sememangnya mengimpikan pernikahan yang bahagia. Serba serbi indah, disulam kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Walaubagaimanapun, kerana tuntutan kerja dan mungkin pelbagai asbab lain, terjadinya pernikahan jarak jauh.
Namun, berjauhan dengan pasangan yang dicintai bukanlah perkara mudah yang boleh dilalui oleh semua pasangan suami isteri.
Keadaan ini sudah tentu memerlukan ketekalan hati dan kepercayaan serta Mujahadah yang kuat, supaya dapat memelihara ikatan pernikahan yang suci tanpa sebarang anasir-anasir yang boleh merosakkan kepercayaan pasangan.
Melayari pernikahan jarak jauh ini juga merupakan ujian yang harus diterima oleh setiap pasangan yang melaluinya dengan redha serta terus berusaha untuk mendekatkan jarak dengan pasangannya.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali-I’mran, ayat 200:
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ
Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa, setiap ujian yang menimpa seseorang hambaNya, mengikut kemampuan diri seseorang individu dan Allah SWT tidak akan menimpakan ujian yang melebihi kemampuan hambaNya.
Supaya kasih sayang dan kecintaan sentiasa subur dalam diri setiap pasangan suami isteri. Antaranya pasangan suami isteri harus:
1. Berfikiran Positif
Pasangan yang berjauhan harus sentiasa bersikap positif dan percaya terhadap pasangan masing-masing. Kepercayaan ini merupakan kunci utama kebahagian dalam rumah tangga.
Suami isteri ini yang berperanan sebagai pemudik pelayaran sudah tentu tahu kemana arah pernikahan yang dibina. Ibnu Qayyim menyatakan bahawa berfikir merupakan satu proses memahami sesuatu perkara yang baik atau sebaliknya supaya dapat kita mengambil manfaat daripada keduanya.
Kita juga seharusnya mengarahkan pemikiran kita berlandaskan kepada keimanan (positif) dan bukan kepada kesesatan (negatif). Kerana berfikir positif merupakan kunci menuju kebahagiaan (Al-Hajjaji, 1988).
Dalam konteks rumah tangga, suami isteri yang berjauhan haruslah sentiasa berfikiran positif terhadap pasangan masing-masing. Hal ini akan melahirkan rasa tenang dan membuahkan rasa kecintaan yang tidak berbelah bahagi. S
Selari dengan pandangan Imam al-Ghazali yang menyatakan bahawa, berfikir secara positif dapat mengubah asal kecenderungan yang negatif (Mohammad, 2014).
Ini jelas menunjukkan bahawa, berfikiran positif sangat penting dalam kehidupan ‘PJJ”.

2. Elakkan Cemburu Buta
Benar, cemburu itu tanda sayang, tetapi cemburu yang bagaimana seharusnya dipersembahkan terhadap pasangan masing-masing.
Hakikatnya, cemburu merupakan fitrah setiap manusia, namun fitrah itu harus dijaga supaya tidak mencadi fitnah kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Dalam rumah tangga, cemburu harus berpada-pada agar keharmoniannya terjaga dan terpelihara. Elakkan daripada menimbulkan perkara-perkara yang dapat membangkitkan perasaan cemburu pasangan.
3. Sentiasa Berkomunikasi
Dunia tanpa sempadan dengan pelbagai kemudahan teknologi yang telah diperkenalkan dapat menjadi penghubung pasangan suami isteri yang berjauhan.
Calling, video call, whatsApps dan sebagainya dapat mendekatkan lagi pasangan suami isteri. Jadikan jarak yang jauh itu sebagai peluang untuk pasangan lebih mencintai dan merindui.
4. Luahkan Perasaan Cinta dan Rindu
Bagi pasangan yang berjauhan, ekspresi perasaan cinta merupakan antara keperluan utama yang dapat menyuburkan perasaan kasih dan sayang dalam diri pasangan anda.
Seharusnya, anda lebih mengenali pasangan anda dan anda lebih tahu, penggunaan ayat-ayat cinta yang bagaimana boleh membuatkan pasangan anda jatuh cinta berkali-kali kepada anda.
5. Kesetiaan dan kejujuran
Kesetiaan merupakan resepi utama kebahagiaan dalam rumah tangga. Setiap pasangan yang melalui pernikahan jarak jauh atau sebaliknya, mengharapkan pasangan yang setia.
Selain itu, kejujuran juga penting dan setiap pasangan harus sentiasa bersikap jujur dengan pasangan masing-masing. Kejujuran juga dapat menggelak berlakunya pergaduhan akibat daripada sikap ketidak jujuran anda.
Kesimpulannya, perkahwinan merupakan Sunnah yang sangat dituntut dalam Islam. Justeru itu, berusahalah untuk menjadi yang terbaik kepada pasangan anda.
Perkahwinan juga merupakan madrasah cinta yang seharusnya membuatkan suami isteri untuk saling memperbaiki diri.
Suami isteri seharusnya berusaha melakukan perkara-perkara yang terbaik kepada pasangan dan keluarga. Semoga terus bercinta hingga ke syurga.
Artikel ini ditulis oleh Noradilah binti Abdul Wahab (pena biru).
Sumber : IluvIslam
Seeloknya Tidak Wajar Mengambil Pembantu Rumah Selepas Berkahwin

Islam sebagai agama yang syumul bukan sahaja bertujuan mencegah kemungkaran, tetapi juga mencegah jalan-jalan yang boleh secara bertahap-tahap membawa kepada kemungkaran. Oleh itulah Allah tidak sekadar melarang zina tetapi melarang apa jua yang dapat mendekati zina.
Firman Allah: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). [al-Isra’ 17:32]
Hendaklah diketahui bahawa rumah ialah tempat suami dan isteri berehat-rehat dan bersenang-senang selepas letih bekerja, baik pada waktu malam atau pada hari cuti. Dalam suasana seperti ini, suami dan isteri kerap dalam keadaan tidak menutup aurat. Suami khasnya, mungkin hanya selesa dengan memakai kain sarung atau seluar pendek.
Tentu saja dibolehkan bagi suami untuk tidak menutup aurat sepenuhnya jika di dalam rumah, dengan syarat tidak hadir perempuan yang bukan mahram.
Jika hadir seorang pembantu rumah perempuan, maka dia adalah mahram bagi suami sehingga suami wajib menjaga aurat dan membataskan pergaulan.
Namun, agak kerap suami tidak mengetahui pembantu rumah adalah mahramnya atau memandang hal ini sebagai remeh sehingga tidak menjaga aurat dan pergaulan.
Tidak ketinggalan, isteri juga bersikap seperti suami sehingga membiarkan suami dalam keadaan bebas dengan pembantu rumah.
Bahkan kadangkala isteri terpaksa keluar rumah kerana sesuatu urusan lalu meninggalkan suami berduaan dengan pembantu rumah. Ini sekali lagi adalah satu kesalahan. Dalam sebuah riwayat, disebutkan: Berhati-hatilah, jangan sampai kalian berkhalwat dengan wanita, demi diriku yang berada di tangan-Nya, tidaklah berduaan seorang lelaki dan wanita melainkan masuk syaitan di antara keduanya.
Bahawa sesungguhnya adalah lebih baik seorang lelaki untuk bergeseran dengan khinzir yang berlumuran dengan tanah atau lumpur daripada dia menggeserkan bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya. [Riwayat al-Thabarani, al-Targhib wat Tarhib, no: 2855]
Atas sebab-sebab inilah, memiliki pembantu rumah bukanlah sesuatu yang selari dengan Islam.
Selain itu, pembantu rumah juga berkemungkinan menyebabkan suami, isteri dan anak-anak menjadi pemalas. Masing-masing tidak tahu menguruskan hal-ehwal rumah sehingga apabila pembantu rumah berhenti atau menghilangkan diri, kesemua ahli keluarga dalam keadaan yang berserabut sehingga tidak dapat ke pejabat atau ke sekolah.