Lama atau tidak perkenalan di antara pasangan lelaki dan wanita belum tentu menjamin hubungan itu menuju ke gerbang perkahwinan. Ada yang kata, kenal sekejap dah boleh juga bahagia dan ada juga berpendapat, lebih baik kenal lebih lama supaya tahu perangai pasangan. Tak kisahlah apa pun, yang penting kena jaga batas hubungan di antara lelaki dan wanita.
Manisnya kisah cinta selepas nikah di antara Wan Mohd Suzairie Wan Mohd Suhaimi (Jerry) dan isteri tersayang, Nurul Najwa Alias (Wawa). Siapa sangka chat berbalas chat di akaun Instagram menjadikan perkenalan itu membawa ke jenjang pelamin.
“Hanya dua bulan masa yang diambil untuk kami berkenalan. Kalua diikutkan, seminggu selepas kami kenal, Jerry (suami) terus meluahkan isi hatinya dan melamar saya untuk dijadikan isteri. Mula-mula memang terkejut dan serba salah kerana saya baharu putus tunang. Jerry pula baru sebulan putus tunang. Senasib pula!
Saya terima Jerry kerana saya percaya dengan keikhlasan dan kesungguhan Jerry menerima saya seadanya. Saya percaya jodoh Allah. Walaupun perkenalan kami tak lama tapi kami percaya bercinta selepas kahwin itu lebih indah.
Bercinta selepas nikah best. Kita umpama hidup dalam kejutan setiap masa kerana banyak perkara yang membuatkan kami teruja untuk tahu mengenai hidup masing-masing. Kita pun boleh tahu sikap sifat sebenar pasangan kita. Mula-mula kenal Jerry, saya ingat dia pendiam tapi rupa-rupanya dia kelakar dan suka bergurau.” kata Wawa.
Momen perkahwinan Wawa dan Jerry sangat indah. Serba serbinya cukup sempurna. Daun elephant taro atau dikenali sebagai keladi gajah sebagai latar memberi efek kesegaran dalam suasana yang begitu sweet. Hujan renyai-renyai bagai meraikan kedua mempelai ini.
“Pelamin disediakan sendiri pihak kami dengan bantuan dan idea dari sahabat-sahabat (Huru Hara Community) dan idea utama dari sahabat sealiran suami, Jihan Megha Ismail. Memandangkan Jerry seorang jurufoto dan videographer perkahwinan, jadi dia tahu apa yang unik dan menarik untuk pelamin kami.
Solekan pula dari kenalan saya dan juga suami, Firdaus Kamil (FK Studio). Photographer rasmi pula dari Hilmi Razali. Manakala videographer oleh Photoplay Studio ( Firdaus Roslan). Idea asal adalah dari sahabat suami Jihan Meghaa Ismail tapi pilihan props, pakaian pengantin dan konsep dari suami dan saya sendiri.
Alhamdulillah kami happy dengan keputusan singkat yang kami ambil. Ternyata keputusan kami tepat. Lebih menggembirakan tak lama lagi kami bakal bergelar ibu dan ayah. Semoga dipermudahkan segalanya untuk kami.” kata Wawa lagi.
Tip melalui percintaan selepas nikah:
Jangan berahsia dalam perhubungan
Luahkan perasaan kita pada pasangan
Berusaha untuk saling memahami
Saling memaafkan diantara satu sama lain
Terima pasangan seadanya (sama ada baik atau buruk)
View this post on Instagram
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI