
Wahai suami, ketahuilah bahawa kunci hati seorang wanita itu ada pada telinganya. Maka, berusahalah untuk sentiasa berkata-kata yang menyenangkan hatinya.
Jagalah perasaan isterimu, berkatalah dengan baik, berkatalah dengan penuh kasih sayang, janganlah berkasar dan janganlah membentak mereka. Hati seorang wanita itu sangatlah lembut.
Ingat, sekeras mana pun seorang wanita itu, hatinya pasti akan terguris dengan kata-kata kasar seorang suami. Dia tentu akan rasa sangat sakit di dalam hati. Jadi, layanlah isterimu dengan baik.
Jangan kasarinya dengan perkataan kasarmu kerana luka dihati akan lebih terkesan daripada luka di tubuh. Luka di tubuh akan hilang jika diletak ubat tetapi luka dihati, lama masanya untuk sembuh.
Sedarlah wahai suami, bila kamu mampu menjaga hatinya, maka ertinya kamu berjaya menjalankan tanggungjawabmu sebagai seorang pemimpin. Sebaliknya jika kamu berkasar padanya, secara tidak langsung kamu sebenarnya telah menjatuhkan harga dirimu sendiri.
Ingatlah wahai suami, harga dirimu sebagai seorang lelaki tidak terletak pada rupa atau harta, tetapi ia terletak pada seberapa besar tanggungjawabmu dalam memuliakan isterimu. Sehebat mana pun kami di mata orang lain tetapi kami tidak bisa menjaga isteri dengan baik, semua yang kamu miliki itu hanya sia-sia di mata Allah.

Maka, sentiasalah berkata yang baik kepada isterimu. Gunakanlah bahasa yang melambangkan kasih sayang walaupun dia melakukan kesalahan. Tegurlah dengan bahasa yang baik dan sopan.
Jika isterimu bahagia, kamu juga akan dilayan dengan baik oleh isteri sehingga rumahmu akan terasa seperti berada di syurga.
Tip Pemilihan ‘Make Up Artist’ Yang Tepat Agar Tampak Cantik Di Hari Bahagia

Tempahan Awal
Hanya Anda Seorang
Test Makeup/Pre-Wedding Makeup
Bawa Berbincang
Cerewet Bertempat
Rumahtangga Kita, Cara Kita. Asalkan Tak Salah Di Sisi Agama

Menjadi suami tidak semestinya perlu dilayan seperti raja, menjadi isteri tidak semestinya perlu dilayan bak puteri raja. Tapi keduanya perlu dilayan baik setiap masa, kerana itulah rumahtangga, perlu ada toleransi dan kerjasama. Manusia sentiasa suka dibelai, dilayan baik dan dihormati. Jadi itu semua bermula dari diri kita sendiri barulah pasangan kita menghargai setiap apa yang kita lakukan. Ikuti perkongsian dari Intan Dzulkefli tentang erti bahagia dalam institusi rumahtangga yang wajar dicintohi setiap dari kita.
Jika suami kita jenis balik rumah, apabila buka pintu lihat meja masih kosong tanpa lauk pauk, rumah seperti tongkang pecah, isteri muka seperti hantu mak limah, anak-anak masih masam tak mandi – tetapi dia masih senyum gembira lihat isteri dan anak-anak, alhamdulillah.
Namun, kita kena ingat, bukan semua isteri direzekikan suami yang bertimbang rasa sebegitu. Ada yang boleh naik angin jika buka pintu rumah dan lihat situasi begitu. Banyak faktor penyebab. Mungkin juga sebab sudah terbiasa dididik dari kecil, ibunya serba serbi sempurna.
Kita boleh kata,
‘suami saya okay je kalau pergi kerja tanpa saya siapkan sarapan. Malahan dia yang selalu siapkan atau beli sarapan.’ Namun, ada suami orang lain, kepantangannya jika dia melangkah keluar tanpa ada sarapan di atas meja atau secawan kopi untuk diminum.
Adakah kita boleh kata, “minta cerailah! Suami kau tu bukan manusia, tetapi lembu.”
Tentunya tidak kan? Kasut kita tak sama. Toleransi kita tak sama. Latar belakang setiap orang tidak sama. Prinsip, penerimaan dan kepantangan tidak sama.
Terimalah hakikat itu.
Saya pernah lihat, seorang suami, hanya untuk membasuh tangan pun menunggu isteri. Walhal bekas air itu bukannya jauh dari tangannya. Itu pun masih mahu disuruh si isteri menghulurkan padanya.
Istighfar juga saya melihat kelakuannya.
Ya, si isteri perlu menyiapkan segala-galanya. Namun, si isteri jujur berkata sendiri dengan anak-anak lelakinya.
“Jangan buat macam ni dengan isteri kalian. Buatlah semuanya bersama-sama. Mak ni kes lain. Anggap je mak ni kes special.”
Maksudnya dia memang redha dan gembira melayan suaminya begitu. Namun tidak pula dia mahu budaya sedemikian dinormalisasikan dalam kalangan anak menantunya. Mungkin sebab dia sedar, ketahanan mental, emosi dan fizikal setiap wanita bukannya sama yang mana mungkin dapat menjejaskan sebuah keikhlasan.
Ada pasangan suami isteri yang saya jumpa memang semua hal dalam rumahtangga suami yang buat. Penat balik kerja dari kebun, dialah juga yang masak, angkat baju di ampaian, melipat baju, kemas rumah. Isterinya bekerja sebagai guru. Tetapi (insyaAllah) rumahtangganya bahagia sahaja. Si suami okay dengan isterinya dan meredhai isterinya, dia memang tak suka lihat isterinya bersusah payah, katanya.
Bagi isteri, keredhaan suami. Itu point paling penting. Suami ikhlas dan redha. Mereka okay dengan cara rumahtangga mereka. Walhal orang luar selalu mengutuk isterinya sebagai pemalas dan sebagainya. Tetapi apa yang pasangan ini buat? Mereka buat tak endah komen orang lain. Rumahtangga kami, cara kami. Asalkan tak salah di sisi agama, kita proceed.
Ada pasangan pula seperti yang saya ceritakan di atas tadi. Serba serbi semua isteri yang buat. Kuku pun isteri yang potongkan. Sudahlah alatan rumah semuanya tradisional, hinggakan mahu menggulai pun perlu kait sendiri buah kelapa sampailah mesin, memerah santan semuanya secara manual. Tetapi tidak pula isteri ini merungut. Memang semuanya dilakukan dengan rela dan ikhlas, walau mungkin ada wanita yang komen, ‘dah macam hamba abdi!’
Ada pula yang sejak sah ikatan nikah, semua hal berkongsi bersama. Baik kerja rumahtangga mahupun hingga menguruskan anak-anak, semuanya dilakukan bersama-sama. Sangat kontra kan?
Jadi, rumahtangga yang mana yang paling bagus antara semua ini?
Jawapannya? Rumahtangga yang saling meredhai dan diredhai, saling membahagiakan kedua pihak suami isteri. Sebab rumahtangga ini didasari atas dua jiwa.
Jika cara sedemikian dipersetujui, diredhai bagi keduanya, siapalah kita sebagai orang luar mahu komen itu ini. Kita ada cara masing-masing.
Jika rumahtangga kita begini, itu rumahtangga kita, bukannya rumahtangga mereka. Cukuplah kita faham itu serta belajar hormat cara dan prinsip orang lain.
Dulu, saya juga sejenis yang cepat juga melenting andai terbaca bab-bab merajakan orang lelaki ni. Namun, sekarang sudah slow sikit. Mungkin atas faktor melihat dari sudut pandang berbeza.
Pokok pangkalnya, adakah…
Suami redha?
Isteri redha?
Suami okay?
Isteri happy?
Jika semuanya okay, then ‘go on’ dengan cara kita walau orang lain kritik begitu begini. Hal ini kerana, keikhlasan dan rasa bahagia yang lahir di dalam hati bukanlah boleh dibuat-buat. Jalani hidup kita dengan cara kita sendiri, asalkan masih berpaksikan matlamat mengejar redha Ilahi. Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui apa di dalam hati – setiap dari kita.
Sumber : Intan Dzulkefli
Isteri Nak Bersalin, Jangan ‘Berperang’ Sendirian, Jom Bawa Sekali Suami Teman Anda

10 TIP BUAT SUAMI KETIKA MENEMANI ISTERI BERSALIN
Berikut adalah 10 tip yang saya kongsikan kepada suami – yang saya dapat dari bapa yang sudah melalui pengalaman ini. Dipendekkan cerita, pengalaman dari bapa ke bapa yang lain.
1. PASTIKAN ANDA TAHU APA YANG ISTERI MAHUKAN
Berbincang dengan isteri anda terlebih dahulu mengenai apa yang dia mahu atau tidak mahu semasa dalam proses kelahiran. Anda adalah orang yang bertanggungjawab memaklumkan perkara ini kepada doktor atau bidan terlatih. Sebelum sakit bersalin itu datang, biasanya isteri masih lagi dapat berfikir dengan baiknya, jangan ditanya isteri masa dia tengah sakit – silap hari bulan boleh kena penumbuk!
2. BAWA BARANG KEPERLUAN ANDA SENDIRI
Semua akan menumpukan perhatian kepada isteri anda, tetapi anda juga jangan abaikan kebajikan anda sendiri. jika mahu bermalam di hospital, atau menemani isteri dalam kamar bersalin, bawa segala keperluan anda bersama. contohnya – bawa la baju sehelai dua, selipar jepun dan keperluan-keperluan lain.
Jangan lupa bawa sedikit snek dan minuman kerana anda mungkin terpaksa berada agak lama di hospital, ini yang paling penting!
3. TAHU APA YANG HARUS DIJANGKAKAN
Bila sakit bersalin sudah bermula, tidak sempat hendak google atau membaca buku panduan berkenan kelahiran.
Lebih adfhal jika anda dapat meluangkan masa menghadiri kelas-kelas antenatal bersama isteri anda dengan fikiran yang terbuka. Dengan cara ini, anda akan memperolehi maklumat mengenai proses kelahiran dan bersalin, serta dapat membuat sedikit sebanyak perancangan bagaimana hendak menghadapi hari tersebut. Tidaklah terpinga-pinga melopong bila doktor menerangkan keadaan isteri dalam dewan bersalin.
4. FLEKSIBEL
Proses kelahiran ini bukan berlaku dalam masa yang singkat. Ianya mengambil masa yang cukup lama. Anda kena bersabar dan fleksible untuk menempuh apa yang berlaku. Bukannya menggesa doktor untuk mempercepatkan proses kelahiran sebab tidak sanggup menunggu, katanya penat menunggu.
Buat pembacaan sedikit mengenai proses bersalin sebelum marah staf dewan bersalin tidak tentu pasal. Staf dewan bersalin juga manusia seperti anda, punya hati dan perasaan. Perlu masa untuk makan, ke tandas dan sebagainya.
Kami tidak kuasa sakti boleh mengeluarkan bayi segera, dan tahu bila bayi akan dilahirkan. Wallahualam.
5. CARI SESUATU UNTUK MENGALIHKAN PERHATIAN
Melahirkan anak biasanya adalah satu tugas yang sukar dan prosesnya panjang. Pada satu ketika semasa kelahiran yang panjang, anda dan isteri akan mengenalpasti sesuatu yang dia boleh fokuskan perhatiannya semasa datangnya kontraksi.
Tugas anda ialah untuk membantu isteri anda mengalihkan perhatian isteri untuk berperang dengan kesakitan ini atau dia sudah mula surrender.
contohnya – urut tapak kaki isteri, urut belakang isteri. Kaedah-kaedah lain yang anda mungkin pelajari di kelas-kelas antenatal memfokus kepada mengajar bakal-bakal ibu bagaimana menghadapi sakit bersalin menggunakan teknik-teknik bertenang dan teknik pernafasan.
6. LAKUKAN SEGALA-GALANYA SENDIRI
Walaupun ramai orang yang lebih berpengalaman di sekeliling anda yang boleh membantu, anda adalah tonggak utama yang paling penting bagi isteri anda. Buat apa sahaja dan dapatkan apa yang diperlukannya.
Tidak kiralah jika anda terpaksa berlari ke kafetaria untuk membeli gula-gula ataupun mengambilkannya segelas air, ataupun berbincang dengan doktor bagi pihaknya. Biasanya isteri dekat-dekat bersalin ini manjanya terlebih. layankan saja!
7. TAHU BATAS-BATAS ANDA
Bilik bersalin adalah tempat yang sangat sibuk dan banyak pesakit-pesakit lain sedang bertarung nyawa untuk bersalin. Pastikan anda tahu apa yang anda boleh lakukan dan apa yang perlu diserahkan kepada mereka yang lebih tahu dan bertauliah.
Jangan pula terkejut kalau orang sebelah-sebelah terpekik terlolong menahan kesakitan. Itu perkara biasa dalam dewan bersalin.
Pastikan anda jenis yang tidak mabuk darah – ada kes suami yang pengsan dalam dewan bersalin sebab lihat darah yang banyak. satu hal lagi, nak rawat isteri, kena rawat suami sekali!
8. BERSEDIA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN PADA SAAT-SAAT GENTING
Hanya anda dan isteri yang tahu apa yang anda berdua mahukan, tetapi isteri anda mungkin tidak dapat membuat keputusan yang penting pada ketika itu. Bersedialah untuk melangkah ke hadapan dan membuat keputusan apabila situasi memerlukan anda berbuat demikian.
Lazimnya doktor akan menerangkan keadaan dan pilihan rawatan yang ada dalam kecemasan. Sila bekerjasama dengan doktor, berbincang dengan isteri dan berikan keputusan mengikut nasihat doktor.
Bukannya, telefon kaum kerabat di rumah, untuk meminta nasihat pada saat-saat genting. Keluarga di rumah tidak tahu menahu mengenai ape yang sedang berlaku, maka tidak perlu hiraukan mereka. Doktor hanya berbincang dengan anda dan isteri sahaja.
9. BERSEDIA UNTUK MENUNGGU
Tidak seperti yang anda lihat dalam filem ataupun televisyen, kebanyakan wanita terpaksa menempuh sakit bersalin selama berjam-jam sebelum mereka pergi ke hospital.
Banyak pasangan yang merasakan lebih selesa berada di rumah sahaja pada peringkat awal kelahiran. Tambahan pula, banyak pusat-pusat bersalin yang lebih suka jika anda menunggu sehingga kontraksi anda lebih kerap dan jarak di antaranya lebih dekat sebelum anda mendaftar masuk.
10. BERADA DISISINYA
Rakan kelahiran merupakan perkara yang penting bagi seorang wanita yang dalam proses bersalin. Walaupun pada hari ini si bapa biasanya akan hadir, banyak hospital yang menerima sesiapa sahaja yang dipilih oleh si ibu sebagai rakan kelahiran. Ramai wanita yang meminta ibu mereka untuk membantu, jika suaminya tidak dapat menemani ketika hendak bersalin.
Bagi setiap rakan kelahiran, ini merupakan salah satu peristiwa di mana kehadiran anda adalah amat bermakna untuk wanita ini. Jangan lepas tangan nak serahkan kepada pihak hospital mentah-mentah.
Ingat, wanita yang sedang sakit bersalin, perlukan peneman di sisi. Jangan abaikan mereka. Kongsi saat indah ini bersama, supaya anda lebih menghargai isteri anda.
Kepada wanita nak bersalin itu, jangan ‘berperang’ sendirian, jom bawa sekali suami teman anda.
SUMBER :
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan wanita & Kehamilan