
Kuku kadang-kadang mudah berubah warna menjadi kehitaman atau kekuningan menyebabkan ia kelihatan tidak menarik. Lebih-lebih lagi bila nak dekat hari istimewa anda.
Takkan nak biar nampak kotor dan tak kilat? Sebagai bakal pengantin kena lah jaga seri tu. Jangan ambil tak endah perkara sebegini. Kadang kala kita tak perasan ada orang memerhatikan kita. Jom ikut petua tradisional ni. Senang je!
Cuba tuangkan cuka di atas kuku tadi dan gosok dengan kain lembut. Kemudian bilas dengan air suam. Pasti warnanya akan kembali berseri.
Selain itu boleh juga mengunakan hirisan buah lemon dengan di gosokkan pada jari dan kuku anda, biarkan 5-10 minit dan dibilas. Boleh amalkan selalu.
Boleh juga mencuba dengan menggunakan bawang putih yang dibelah dua. Gosok pada kuku kaki hingga warnanya kembali berseri dan berkilat. Kemudian bersihkan.
Sumber : Petua ibu
Kulit Licin Dan Bersih Guna 3 Bahan, Bakal Pengantin Digalakkan Cuba!

Sesekali tengok orang kulitnya licin, putih dan mulus saja. Tak ada sebiji jerawat dan pori muka lebih halus. Agaknya macam mana golongan ini menjaga kecantikan wajahnya?
Haaa.. baik kali ini wanita yang bakal jadi pengantin atau sudah lama berumah tangga boleh cuba tip daripada @teamon yang pernah dikongsi menerusi video tiktoknya tentang cara nak kulit cantik bersih.
Paling best, hanya memerlukan 3 bahan saja, sudah boleh buat kulit anda cantik menawan.
Kulit Licin Dan Bersih Guna 3 Bahan, Bakal Pengantin Digalakkan Cuba!
Inilah cara nak kulit licin dan bersih, perlu sediakan aloe vera, madu dan serbuk kayu manis saja.
Caranya:
1. Ambil isi aloe vera (kalau tak ada yang original boleh juga guna yang siap diproses seperti gel)
2. Kemudian, masukkan satu sudu madu dan satu sudu serbuk kayu manis.
3. Kacau sebati dan boleh saja tepek pada kulit wajah.
4. Boleh jadikan masker dan pakai selang sehari dan elakkan pakai setiap hari.
5. Hasilnya kulit brekilat, pori lebih halus dan wajah lebih cerah.
Ini bukan paksaan ya tetapi satu pilihan jika anada tak suka pakai set penjagan wajah. Jadi, boleh teruskan guna cara ini jika anda selesa untuk cantik guna petua tradisional.
Sumber: teamon (@tiktok)
Ketahui Punca Sebenar Kenapa Kulit Kepala Berbau

Rata-rata menyangka kulit kepala berbau disebabkan oleh rambut bermasalah seperti rambut kotor dan kelemumur. Walau bagaimanapun, rambut berbau merupakan masalah kebanyakan wanita yang disebabkan oleh kulit kepala berminyak.
Gangguan bau dari kulit kepala ini dikenali juga sebagai Smelly Hair Syndrome (SHS). Kulit kepala bukan sahaja terdapat kelenjar minyak yang akan mengeluarkan sebum, malah terdapat juga kelenjar peluh. Gabungan hasil cernaan dua kelenjar ini menyebabkan kulit kepala berbau dan tidak selesa.
1. Cucilah rambut setiap hari untuk menjaga kulit kepala bersih dan segar. Cucian rambut yang kerap perlu untuk wanita yang mempunyai kulit kepala berminyak dan berbau. Cucian kerap dapat menghilangkan minyak pada kulit kepala dan membasmi bau peluh.
2.Minum lebih banyak air putih untuk proses perpeluhan. Proses perpeluhan penting supaya tubuh badan mendapat air yang cukup dan tidak mudah berpeluh.
3. Hindari minuman berkafein, kerana kafein meningkatkan suhu tubuh anda.
4. Makanan pedas akan menyebabkan penghasilan peluh dan minyak berlebihan pada kulit kepala. Menghindari makanan pedas amat disarankan untuk menghindari kulit kepala berbau.
5. Hindari tekanan dan stres. Rasa cemas dan keresahan akan mengaktifkan proses perpeluhan dalam pada masa yang sama membuatkan kulit kepala anda turut berpeluh.
Nak Makeup Sendiri Untuk Hari Bahagia? Kenal Dulu Jenis Berus Solekan Ni Ok!

Sekarang ni mudah sangat kita nak belajar ilmu solekan. Ada yang buat kelas berbayar, ada yang buat tutorial secara percuma dan ada juga yang berkongsi ilmu solekan di media sosial. Tak semua orang yang pandai makeup je boleh hadam ilmu ni. Yang beginner pun boleh jadi hebat kalau selalu mencuba.
Tapi, sebelum anda ambil keputusan untuk makeup wajah sendiri di hari bahagia anda, pastikan anda kenal dulu perkara asas iaitu jenis berus solekan. Takut nanti, berus kening jadi berus bibir, berus pipi jadi berus mata!
Perasan tak setiap berus solekan tidak di datangkan dengan manual penggunaan. Sebagai pengguna, kita perlu tahu setiap fungsi berus tersebut. Ada yang digunakan untuk mata, pipi, bibir dan keseluruhan wajah. Jom baca ni.
- Berus berbentuk kipas
Berus ini digunakan untuk meratakan bedak highlighter sekitar tulang pipi atau meratakan setting powder di bawah mata sebelum mengenakan solekan tebal pada bahagian mata. Apabila serbuk pewarna jatuh, hanya gunakan berus ini untuk membersihkannya.
- Berus bedak
Berus bedak ini digunakan untuk meratakan bedak debu yang digunakan. Semakin gebu berus, semakin bagus untuk meratakan bedak di wajah. Ia juga sangat sesuai untuk meletakkan bronzer bagi aplikasi yang lebih teliti. Sedikit kilauan atau shimmer pada bahagian bahu pastinya membuatkan kulit anda tampak cantik berkilau. (Untuk wanita yang gemar menggayakan baju off shoulder atau baju bertali halus).
- Berus pemerah pipi (debu)
Bentuk bulunya lebih kurang sama dengan berus bedak tetapi material yang digunakan membezakan kegunaannya. Penggunaan berus pemerah pipi jenis debu sesuai jika ia diperbuat daripada fiber semula jadi. Ia memberi perincian warna dan blending yang kemas terutamaya sekitar tulang pipi.
- Berus kontur
Lapisan kontur yang wajib ada supaya wajah tampak runcing. Paling penting berus kontur ini memberi dimensi pada wajah. Jangan terkejut apabila wajah bulat pun boleh nampak cengkung dengan teknik solekan yang betul.
- Berus penyamar noda
Sebelum selesai sapuan pelbagai bedak pada wajah, samarkan dahulu noda yang ada. berus berbentuk panjang dan leper ini memudahkan anda menghilangkan cela dengan penggunaan concealer. Baik untuk sapuan bawah mata atau cela jerawat dan sebagainya, berus ini memainkan peranan penting.
- Berus blending pembayang mata
Manjakan kelopak mata dengan menggunakan berus yang gebu dan lembut. Cuba hilangkan garisan kasar lirikan pembayang mata dan cuba tone down warnanya dengan menggunakan berus pembayang mata.
- Berus penggaris mata
Berus yang digunakan untuk membuat garisan di sekeliling mata. Anda juga boleh menggunakan berus ini pada bibir.
- Berus pembayang mata bersudut
Berus ini digunakan untuk pembayang mata. Ia digunakan untuk membentuk smokey eyes. Dengan menggunakan warna pembayang mata,berus ini juga berfungsi untuk menggariskan bahagian bawah garis mata.
- Berus kening condong
Ada yang menggunakan pensel penggaris kening untuk memudahkan lukisan kening tetapi ada juga yang memilih untuk menggunakan berus kening agar dapat mengawal ketebalan garisan mata. Kedua-dua teknik ini memberi hasil yang berbeza.
- Berus bibir
Tentunya ia adalah berus yang berfungsi untuk olesan gincu pada bibir. Bulu pendek dan padat membolehkan berus ini mencecah bahagian tepi bibir.