
Majlis persandingan merupakan acara kemuncak dalam sesebuah majlis perkahwinan. Maka tidak hairanlah dekorasi sesebuah pelamin itu amat penting bagi memastikan majlis persandingan penuh dengan kemeriahan serta eksklusif.
Sungguh mendamaikan tatkala memandang dekorasi pelamin dengan rona-rona putih menepati tema Modern English yang mewah dengan elemen romantis.
Nuansa rona putih melatari segenap ruang pelamin berkonsepkan Modern English. Rona putih melambangkan kesucian dan keindahan. Selain rona putih, rona krim mahupun kuning cair juga sesuai untuk pelamin berkonsepkan Modern English.
Rona-rona lembut begini apabila diterapkan di pentas pelamin akan melontarkan imej moden yang serba ringkas tetapi tampak mewah.
Garapan ronap-rona bayu serta dan peletakan elemen-elemen hiasan di pentas pelaminan menyerlahkan keanggunan resepsi perkahwinan.
1.Injeksi lilin putih di penjuru singgahsana mencetuskan mood romantis pada dekorasi singgahsana.
2.Bantal empat segi rona putih dengan perincian renda menjadikan kerusi mempelai tampak berseri.
3. Penggunaan lampu kerangka lantera menyerlahkan nuansa mewah dan moden.
4.Hiasan tiang dengan suntikan mewah serta juraian bunga mawar putih menerjahkan magis yang tersendiri.
5.Serakan kelopak-kelopak bunga mawar di atas singgahsana adalah satu idea ringkas yang punya impak tersendiri.
6.Gabungan bunga mawar dan tulip rona putih yang diletakkan di dalam baling kaca pastinya menjentik deria pandang para tetamu.
7.Selain fabrik putih sebagai backdrop pelamin, fabrik rona kuning cair juga sesuai untuk tema Modern English.
8. Simbahan cahaya lampu chandelier kristal menghidupkan suasana redup dan tenang.
Sumber gambar: Intan Bridal House
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 ‘Welcome Sign’ Kreatif Yang Boleh Di Jadikan Inspirasi

Welcome sign sering kali di letakkan di hadapan pintu masuk sesebuah majlis perkahwinan untuk tetamu supaya mereka mengetahui majlis tersebut dan sebagai pembuka kata-kata aluan.
Jika anda mahukan sesuatu yang kreatif buat ‘Welcome Sign’ di majlis perkahwinan anda, boleh di inspirasikan dari sini.
#1: Papan dan Bayangan Mempelai

Jika anda merasakan meletakkan foto anda dan pasangan terlampau menonjol, anda boleh saja meletakkan papan tanda untuk majlis anda dengan butiran yang sesuai dan dihiaskan dengan silhouette anda dan pasangan di atas kepingan papan lapis yang sudah dikemaskan.
#2: Stensil di Atas Fabrik Burlap

Selain mengecat nama anda dan pasangan, anda juga boleh membuat stensil di atas fabrik burlap dan membuat bingkai gambar. Hiasan bungaan juga boleh diletakkan untuk menyerikan lagi ‘welcome sign’ anda.
#3: Wreath

Anda juga boleh meletakkan ‘wreath’ di sekitar papan tanda anda untuk menghiasny. Memandangkan saiz yang sesuai adalah kecil, kata-kata yang boleh dilukis di atas papan tanda agak terhad. Namun, jika anda boleh mengubahsuainya, ini tidak akan menjadi masalah.
#4: Kaca yang dibingkaikan

Aura elegan memenuhi ruang dengan stail ini. Bukan sahaja lain daripada yang lain, Namun, stail ini juga memberi ‘ummpph’ kepada majlis anda.
#5: Papan Hitam Kafe

Anda tidak perlu menghias ‘welcome sign’ anda dengan juraian bunga yang berjela dan dengan hiasan yang berat dan serabut. Font yang minimalis, dan hiasan bunga buatan yang besar sudah cukup untuk memberi impak besar kepada ‘welcome sign’ anda.
#6: Juraian bunga ceria

Jika anda sukakan stail yang sedikit ekstravagan, tidak ada salahnya jika anda mahu juraian bungaan menghias plat anda. Padanan warna putih dan bunga warna kontra yang ceria membuatkan plat anda kelihatan ceria.
#7: Simple

Mungkin anda boleh ilhamkan daripada salah satu dekorasi di atas.
Sumber : ikahwin.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gambar Kahwin Bukan Untuk Ditayang Walaupun Di Rumah Sendiri

“MALAIKAT (PEMBAWA RAHMAT) TIDAK MASUK KE DALAM RUMAH YANG DI DALAMNYA ADA ANJING ATAU GAMBAR.” YANG DIMAKSUDKAN ADALAH GAMBAR YANG MENYERUPAI MAKHLUK BERNYAWA.”
(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI, KITAB EKSPEDISI PEPERANGAN BERSAMA NABI (5/59), NO. 338)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perancang Perkahwinan MatBvnga Punyai Sentuhan Tersendiri

Tanpa bunga yang menghiasi segenap ruang dewan , maka hilang seri atau aura majlis perkahwinan. Bunga dalam sebuah majlis perkahwinan bagaikan saling melengkapi , tanpanya suasana kelihatan suram. Begitu juga dekorasi yang melengkapi sebuah tema perkahwinan yang dipilih oleh pengantin.
Namun segala-galanya tidak dapat direalisasikan tanpa sentuhan magis mereka yang pakar dalam bidang dekorasi dan gubahan bunga pada sebuah majlis perkahwinan. Berkenalan dengan Ari Abdullah @matbvnga jejaka yang berasal dari Kedah ini pengalamannya dalam bidang perkahwinan sudah sebati dengan jiwa anak muda ini.
“ Karier saya bermula sejak dari umur 18 tahun di mana saya bekerja sebagai pembantu butik interior, ditugaskan untuk memasang pelamin dan menggubah bunga untuk planner pada masa itu. Setelah beberapa tahun, saya mula untuk mencuba nasib dengan membuka perniagaan sebagai perancang perkahwinan dan “floral artist”. Saya cuba untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan dan memberikan apa yang terbaik buat pelanggan,”jelas Ari.
Pernah berkhidmat dan masih berkhidmat sebagai penggubah bunga untuk beberapa nama yang agak besar dan dikenali ramai seperti Kayangan Gallery, Glamweddings by Rizalman dan beberapa nama lagi. Akui Ari banyak ilmu yang dimanfaatkan sepanjang berkhidmat dengan yang telah lama dalam industri ini. Ucapan terima kasih dihulurkan buat Rizalman dan Puan Noor dari Kayangan Gallery yang tidak pernah kedekut untuk memberi ilmu dan tunjuk ajar padanya selama ini.
Kreativiti Ari & Team
Konsep pelamin yang ditampilkan ini ialah “Hollywood Glam” di mana permainan rona gelap dan terang seperti hitam, kuning, midnight blue, keemasan dan kelabu yang diolah sempurna seperti yang terhasil.
Idea selalu datang tanpa diduga. Setiap idea ada motif dan hala tuju untuk apa idea itu dikeluarkan contohnya bila menemui pengantin dan pengantin meluahkan apa yang mereka minat seperti batu permata, hobi mereka atau budaya yang digemari… dari situ banyak idea yang dapat kita ambil dan lahirlah sesuatu idea yang baru dan segar.
“Bagi majlis perkahwinan ini, idea asas dari saya, pengantin berikan “hint” seperti candelier dan perincian yang diinginkan seperti mood cahaya, lilin dan kadang-kadang jenis bunga yang digemari. Agak kelakar rujukan pelamin tersebut dari kipas tangan dan french window,” cerita Ari.

Bagi menyerikan suasana dekorasi majlis ini, bunga-bunga menyempurnakan hiasan dalaman dewan. Antara jenis-jenis bunga yang digunakan ialah golden shower dari Taiwan, bunga mawar dari India dan China, hydrangea dan Tulip dari Holland, Mokara Orkid dari Thailand dan beberapa bunga tempatan. Daun Eucalyptus Nicholi juga dibawakan dari Holland. Kebanyakan bunga yang diimport menjadi pilihan Ari. Cerita Ari tidak banyak kesukaran yang dilalui cuma perlu berjaga-jaga dan bekerja dengan agak pantas, disebabkan keseluruhan dekorasi menggunakan seratus peratus bunga segar.
“ Elemen surprise yang cuba saya berikan datang dari pengacara majlis untuk malam tersebut iaitu Hardy Arbi. Dia antara pengacara yang saya cadangkan pada pengantin dan kebetulan ibu pengantin berminat dengannya. Abg Hardy melamar saya untuk memberi jalan pada Ruffedge untuk “crash the wedding” pada malam tersebut untuk dijadikan video klip lagu single terbaru mereka yang bertajuk “Seperti Mereka”… adalah satu kejutan buat pengantin, keluarga pengantin dan semua tetamu pada malam tersebut di mana saya mengambil risiko untuk bersepakat menjayakan kejutan itu dan sebagai hadiah untuk pengantin dan semua. Kepuasan bagi saya adalah bila pengantin dan keluarga tampak bahagia pada keseluruhan majlis malam itu,” ceritanya.
Mengakui dirinya amat meminati penggubah bunga luar negara iaitu Jeff Leatham dan berhasrat untuk menjadi seperti beliau. Tidak dilupakan juga kepada “Team Matbvnga” dan keluarganya yang merupakan tulang belakang sepanjang kariernya sebagai MATBVNGA sehingga sekarang.
Ari mahu menjadikan bidang ini hingga ke satu tahap di mana setiap perancang perkahwinan boleh memberikan hasil dekorasi di luar jangkaan. Moga terus sukses Ari dan juga team.
Instagram: @matbvnga
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI