Pemakaian serum sememangnya sangat bagus untuk kulit muka anda dan ia perlu dipakai selepas membersihkan muka dengan toner, dan diakhiri dengan moisturiser. Serum yang baik akan menghasilkan kesan yang bagus untuk kulit anda.

Serum muka yang murah tidak semestinya tidak bagus, apa yang lebih penting adalah bahan kandungannya. Malah, beberapa serum yang menjadi kegilaan ramai seperti di bawah datang dengan harga yang berpatutan dan mudah untuk didapati di farmasi-farmasi berdekatan. Jom lihat!

1) The ordinary niacinamide 10% + zinc 1%

Serum Yang Mampu Atasi Masalah Kulit Wajah Anda, Wajib Ada Satu!

Serum ini mampu untuk mengecilkan atau mengetatkan liang pori yang terbuka luas. Dengan mengandungi Niacinamide atau lebih dikenali sebagai Vitamin B3, ianya mengurangkan kesan cela pada kulit wajah dalam masa hanya beberapa minggu sahaja. Bahan yang terkandung dalam serum ini berkonsentrasi tinggi dan mencerahkan kulit anda jika memakainya secara konsisten.

Tidak mengandungi bahan kimia merbahaya, serum ini dijamin tidak akan menyebabkan kulit wajah menjadi iritasi atau merengsa. Yang penting, gunakannya setiap hari.

2) Some by mi AHA BHA PHA 30 days miracle serum

Serum Yang Mampu Atasi Masalah Kulit Wajah Anda, Wajib Ada Satu!

Serum ini mengandungi 14.5% ekstrak Centella Asiatica dan Tea Tree yang bertindak untuk melindungi kulit remaja daripada radikal bebas. Bagi sesetengah remaja yang mengalami masalah kulit seperti jerawat atau jeragat serta bintik hitam. Serum ini juga mampu mencerahkan dan menghapus sel-sel kulit mati yang membuatkan kulit wajah menjadi kusam serta tidak bermaya.

Mendapat kelulusan daripada KFDA, serum ini berkesan untuk melawan penuaan dan mengekalkan lembapan pada kulit wajah sepanjang hari. Buat remaja yang sering melakukan aktiviti luar, serum ini terbaik untuk anda.

3) Nano white dark spot corrective serum

Ads

Serum ini mengandungi Vitamin C, Tea Tree Oil dan alga laut yang dapat memperbaiki masalah parut jerawat, pigmentasi dan mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat akan datang. Ia juga dapat menghalang penghasilan minyak berlebihan terutamanya pada anda yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Dengan Nanotechnlogy, Omega White-C dan ekstrak natural, serum ini berkesan untuk mencerahkan dan menyerap masuk ke dalam lapisan kulit untuk menghapuskan bintik hitam serta tona kulit menjadi sekata. Kulit anda akan menjadi lebih cerah dan bermaya.

4) Cosmoderm luminous pearl brightening night 

Serum Yang Mampu Atasi Masalah Kulit Wajah Anda, Wajib Ada Satu!

Serum muka ini menggunakan bahan yang selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit serta sesuai digunakan bagi ibu hamil. Ia mengandungi sel stem epal, kolagen, lidah buaya dan biji minyak rosehip. Bahan-bahan ini diperkaya dengan anti-oksidan untuk membantu dalam memperbaharui sel kulit dan mencerahkan kulit dengan selamat. Kulit yang tampak lebih cerah, muda dan licin dengan pemakaian yang konsisten.

5) Naruko tea tree shine control & blemish clear serum

Serum Yang Mampu Atasi Masalah Kulit Wajah Anda, Wajib Ada Satu!

Ads

Serum ini mempunyai kegunaan 4 dalam 1 iaitu mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat, penghasilan minyak berlebihan dan kulit kusam serta menghalang liang pori dari tersumbat. Diformulasi dari ekstrak biji benih Hyacinth, saw palmetto dan mengandungi 1% asid Salicylic, ianya dapat mengurangkan masalah kulit yang anda hadapi.

Serum ini dapat memperbaiki kulit bermasalah serta menutup cela dan parut di kulit wajah akibat kesan jerawat. Bertindak sebagai pelembap, kulit wajah anda kekal terhidrat sepanjang hari. Tidak perlu memakai produk yang berbeza untuk pelembap muka.

6)  THE BODY SHOP Vitamin E Overnight Serum-in-oil 

Serum Yang Mampu Atasi Masalah Kulit Wajah Anda, Wajib Ada Satu!

Serum bertekstur ringan dan jenis minyak yang tidak melekit pada kulit wajah dapat membaikpulih kulit serta melindunginya daripada kerosakan. Terbaik digunakan pada waktu malam kerana bahan aktifnya dapat ‘bergerak’ dengan sempurna untuk mengembalikan kulit wajah kepada normal semasa anda sedang tidur.

Dengan mengandungi minyak Wheatgerm berkonsenstrasi tinggi, serum ini mampu menyerap dengan lebih cepat ke dalam lapisan kulit anda. Anda akan kelihatan lebih segar dan bermaya selepas bangun dari tidur.

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : productnation

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI