Sentiasa beringat, isteri juga perlukan masanya sendiri untuk melakukan perkara-perkara yang dia minat dan suka. Bukan hanya suami sahaja yang perlukan ‘Me Time’. Izinkanlah isteri mendapatkan ‘Me Time‘nya sendiri dengan rakan-rakan, adik beradik, saudara mara asalkan tidak melanggar batasan.
Semoga perkongsian dari Tuan Akhtar Syamir ini memberi manfaat kepada anda semua.
ME TIME
“Sayang, boleh tak hari ini sayang nak keluar dengan Kak Risz dan Ana? Anak-anak sayang bawa sekali, Ana pun bawa Aiman.”
Belum sempat dia sambung, saya dah cakap “Boleh sayangku, jaga diri baik-baik, jaga anak-anak.”
Kenapa saya terus benarkan tanpa banyak soal? Pergi mana pun tak tahu, balik pukul berapa pun tak tahu. Tapi main bagi je. Kerana saya nampak ini sebagai peluang. Peluang untuk memberi isteri saya dapat sedikit sebanyak ‘Me Time’ yang boleh. Saya sedang bekerja, jika tidak saya sendiri akan jagakan anak-anak untuk dia. Lagipun saya kenal dengan ipar-ipar Isteri saya itu.
APA SEBENARNYA ‘ME TIME‘ INI YE?
‘Me Time‘ ialah situasi di mana pasangan kita mendapat masa terluangnya SENDIRI dan dia bebas melakukan apa yang dia mahukan. Terpulang jika dia nak bawa anak atau tidak. Pilihan terletak di tangan isteri, tetapi mengikut kesesuaian keadaan juga. Kalau suami sedang bekerja, macam mana nak tolong jagakan anak, ye tak?
Sehebat mana pun kita biasa dengar pasal QUEEN CONTROL, sebenarnya kes di mana isteri tidak mempunyai kuasa untuk bersuara atau menentukan apa-apa dalam hidup adalah amat banyak. Cuma kita saja yang tidak tahu sebab isteri yang diperlakukan sebegini jarang berkongsi kerana tidak mahu mengaibkan suami dan dirinya sendiri.
Senario seperti suri rumah atau isteri yang bekerja tidak boleh melakukan aktiviti lain selain mengemas rumah, memasak serta menguruskan suami dan anak sahaja. Sebaliknya suami bebas mempunyai masanya sendiri seperti berjumpa kawan, memancing, berkonvoi kenderaan, bersukan sendiri di gym dan hobi-hobi yang lain sambil meninggalkan isteri di rumah yang setia menanti cinta hatinya pulang dari ‘Me Time‘ mereka.
Soalan seperti, “Abang boleh, kenapa sayang tak boleh? Sayang pun nak keluar dengan kawan/ipar/adik-beradik juga.” bakal disangkal dengan ayat berikut, “Awak tu isteri orang, anak pun dah berderet, duduk rumah jaga anak je. Itu tanggungjawab awak. Nak keluar buat apa?”
Amatlah kasihan apabila perkara sebegini terjadi di mana pasangan menutup rapat mata dan telinga tentang betapa pentingnya ‘Me Time‘ buat isteri. Kenapa ianya penting? Kerana kita sebagai suami belum tentu mampu buat apa yang isteri kita buat SETIAP HARI.
Jangan bohong jika ada suami berbangga berkata mereka boleh menggantikan SEMUA tugas isteri. Sehari mungkin, dua hari dah mengeluh, seminggu dah tension, sebulan dah naik gila. Memang tersangat penat.
Kita kadang-kadang nampak senang kerana mereka hebat dan cekap dalam membuat kerja-kerja itu. Ambil contoh basuh berak anak saja. Bukan semua lelaki mampu. Itu tak masuk bab bagi makan anak. Kalau anak tak nak makan, terus kita biarkan saja. Sedangkan kalau isteri yang bagi, mesti dipaksanya habis sepinggan.
Salah satu komponen dalam ‘Me Time’ ialah rehat. Isteri kita perlukan rehat. Penat weh jadi suri rumah sepenuh masa. Penat juga menjadi suri rumah dan bekerja. Bagilah mereka rehat juga. Mungkin ada yang kata, “Saya tak perlukan ‘Me Time‘, saya nak spend masa dengan anak dan suami je.”. Bagus juga begini, tapi itu pilihan anda. Keluarga kita, kita corakkan BERSAMA. Bukan dari suami sahaja.
Komponen lain dalam ‘Me Time’ ialah bersosial. Bila dengar perkataan ini, saya jamin ramai suami yang dah mula marah. Bersosial tidak salah. Jika perkara buruk terjadi dari bersosial, orang itu sendiri yang perlu dipersalahkan. Bukan konsep bersosial itu. Bersosial dalam kawalan adalah amat baik di mana isteri meluangkan masa bersama adik beradik, kawan dan ipar yang kita kenal. Mereka tersangat perlukan perkara ini.
Bayangkan hari-hari menghadap muka kita dan anak-anak saja. Sedangkan kita pergi kerja dapat juga jumpa kawan-kawan. Janganlah pandang negatif perkara ini kerana ia amat memberi manfaat kepada isteri kita.
Akhir sekali ialah minat dan hobi. Kita sebagai suami ada minat dan hobi kita. Ada yang minat bermotor, kereta, memancing, gym, tengok bola, futsal, boling dan lain-lain. Kalau kita boleh, kenapa kita anggap isteri kita tak perlu semua tu? Isteri pun manusia juga, kan?
Saya bukan nak ajar macam mana nak menguruskan rumah tangga. Cuma saya nak bukakan mata yang selama ini tertutup. Harap jangan salah faham dan buang ego dalam diri itu jauh-jauh. Kita bukan sentiasanya betul, termasuklah saya sendiri.
Berilah ‘Me Time’ kepada isteri anda, mereka layak dan perlukannya. Mesti mereka seronok kalau dapat keluar bersama rakan perempuan dan buat aktiviti perempuan yang kita sendiri sebagai lelaki mungkin tidak faham. Tahan ke nak menunggu berjam-jam mereka window shopping? Belum tentu kan?
Hasilnya, anda akan hidup dalam keluarga yang harmoni, toleransi dan isteri yang happy. Saya selalu tekankan, Isteri yang happy = Keluarga yang happy. Dan konsep “Kebebasan yang Terkawal” perlu diterapkan. Ianya umpama bermain layang-layang, bebas tetapi masih setia dengan pemegang benang.
Saya doakan semoga keluarga kita semua sentiasa bahagia sampai bila-bila. Dan jika apa yang saya sampaikan ini bermanfaat, silakan SHARE supaya dapat juga memberi manfaat kepada orang lain.
Mengenali pasangan Shaiful Khamis dan Adzleen membuatkan kita semua ‘buka mata’ bagaimana seorang lelaki normal dan seorang wanita bergelar OKU boleh meniti titik bahagia dalam perkahwinan. Jodoh dengan pasangan OKU yang istimewa.
Perkahwinan atas dasar suka sama suka ini mula berputik apabila masing-masing bekerja dalam bidang F&B dan diperkenalkan oleh seorang teman. Asyik bertentang mata dan membalas senyuman, tentulah ada langkah seterusnya kan? Tetapi cara mereka sedikit berbeza kerana Chef Leen yang dilahirkan normal ditakdirkan bergelar insan bisu dan kurang pendengaran dek kerana demam panas ketika berusia lima tahun.
“Mungkin ini takdir Allah kami dipertemukan. Mula-mula jumpa dulu saya rasa terharu kerana suami pandai berbahasa isyarat dan boleh bergaul dengan kawan-kawan OKU yang lain. Suami pun nampak seorang yang jujur.” Kata Chef Leen.
Walaupun tidaklah pandai berbahasa isyarat tetapi bila dah mengenali isteri, dua minggu masa diambil untuk belajar bahasa istimewa ini.
“Bila dah kenal isteri, terfikir juga macam mana nak kenal dan bercakap dengan isteri kalau tak pandai berbahasa isyarat. Kerana itu, saya tekad untuk belajar dari Youtube bahasa isyarat. Alhamdulillah dalam dua minggu dah okay.
Mula-mula saya kenal isteri saya nampak dia lain dari yang lain. Masa tu memang hati saya dah rasa suka dan tertarik. Keluarga saya pun memberikan sokongan yang sangat kuat terutamanya ayah. Tak salah untuk berkahwin dengan orang yang bukan normal seperti kita tetapi kena cuba mendalami kehidupan mereka.
Malah, keluarga mentua juga menerima saya seadanya. Bukan senang keluarga yang mempunyai anak OKU untuk terima orang yang normal kerana mereka pun ada kebimbangan mereka sendiri.” ujar Shaiful.
IKLAN
Satu perkara yang menyentuh hati adalah apabila kasih sayang mereka ini ‘diikat’ dengan satu perkara.
“Kami menerima satu sama lain kerana Allah Taala.”
TIP MENERIMA PASANGAN HIDUP GOLONGAN OKU
Setiap manusia juga berbeza. Apatah lagi jika ‘dunia’ mereka tidak seperti kita. Sebagai contoh pasangan Shaiful dan Chef Leen, mereka jelas melalui perjalanan kehidupan yang berbeza. Memahami dan mendalami dunia golongan OKU perlukan sensitivity tinggi. Ini tip yang boeh anda serapkan seandainya memilih untuk berpasangan dengan golongan OKU.
IKLAN
BERITAHU KELUARGA
Bila kita membuat pilihan untuk menjadikan mereka pasangan hidup, utamakan keluarga dengan memberitahu mereka siapa yang bakal anda kahwini. Jelaskan kepada keluarga secara jujur kerana keluarga berhak tahu.
Jika ada kesempatan, bawalah pasangan anda berjumpa dengan keluarga. Berikan masa mereka berkenalan dan melihat sendiri keadaan pasangan yang bakal anda kahwini.
FAHAMI DUNIA PASANGAN
IKLAN
Golongan OKU ini lebih sensitif berbanding orang biasa. Kita perlu pandai menjaga hati mereka dan sensitivity mereka. Kalau kita jenis orang yang suka membebel, kita memang kena kawal la perangai tu. Kena belajar cool down.
JAGA AMANAH DENGAN BAIK
Allah pilih kita untuk menerima orang yang istimewa. Kita kena jaga betul-betul kerana sebuah perkahwinan bukan untuk sehari dua tetapi buat selama-lamanya.
“Saya pernah tanya pada kawan-kawan, adakah mereka boleh menerima wanita OKU sebagai teman hidup? Rata-rata jawab tak boleh dan tak mungkin keluarga mereka pun akan menerima dengan baik. Ada yang takut soal keturunan dan macam-macam lagi. Bagi saya, jodoh dan ajal semua milik Allah. Kita kena redha dan terima.” Ujar Shaiful
Jodoh dengan pasangan OKU adalah rahmat dari Allah. Apabila dipilih untuk menjaga mereka, janganlah disia-siakan.
Sebenarnya rasa jemu setelah lama berkahwin ini memang sering terjadi dan tolong jangan diikutkan sangat rasa yang tidak baik ini. Bila di dalam hati ada timbil rasa jemu pada pasangan, takut nanti rasa jemu ini petanda awal untuk rumahtangga menjadi retak. Maka jangan pandang remeh dan kena selalu bertindak untuk betulkan keadaan.
Pandang Pasangan Dengan Penuh Rasa Cinta
Rasa jemu atau bosan ini ada kena mengena dengan hati. Untuk elakkan rasa jemu ini juga, anda boleh pandang pasangan dengan penuh rasa cinta. Biar suami atau isteri anda itu tahu yang perasaan anda padanya masih tetap hangat bagai dulu. Bila mereka faham barulah boleh hilang rasa jemu tu dalam rumah tangga.
Ungkapkan Kata-Kata Yang Indah
Seorang lelaki jika dia ada rasa sayang dengan mudah dia dapat tunjukkan rasa sayang tu. Cuma sedihnya si suami ni masa bercinta saja nampak romantik penuh puitis tapi bila dah kahwin skill beri ayat pickup line tu macam dah kurang power. Jangan begitu wahai para suami. Sesekali asah skill ungkapkan kata-kata indah itu pada isteri. Dengan ucapan ayat sebegini isteri pasti akan rasa bahagia akan dapat tambahkan rasa cintanya pada anda. Cuma jangan buat selalu takut nanti difikir anda sedang buang tebiat untuk cuba pasang satu lagi.
Duduk Berduaan Dalam Suasana Romantik
Sering terjadi dalam hubungan rumah tangga, rasa cinta dan sayang makin menipis setelah ada anak. Ini mungkin disebabkan faktor masa dan kepenatan. Untuk elakkan pasangan dari merasa jemu, jangan jadikan anak sebagai alasan hubungan menjadi dingin.
Selalulah luangkan masa duduk berduaan dalam suasana romantik ketika di dalam bilik tidur. Jadikan waktu siang untuk mencari nafkah dan menjaga anak-anak, seterusnya jadikan pula waktu malam untuk anda dan pasangan duduk berduaan dengan penuh rasa cinta yang hangat.
Saling Mencumbu Dan Merayu
Mencumbu dan merayu ini juga tersenarai sebagai salah satu tips untuk elak rasa jemu pada pasangan dalam sebuah rumah tangga. Tapi jangan pula di cumbu dan di rayu depan orang, kan dapat malu besar yang tak sudah. Cumbu dan rayulah isteri anda di kala sedang berduaan. Biarlah kehangatan rumah tangga anda hanya kalian berdua saja yang tahu.
Berbual Dengan Tenang Bersama Seloka Jenaka
Bergurau itu adalah suatu perasaan yang sangat menghiburkan. Berguraulah sesama pasangan sebagai menghibur hati. Dalam rumahtangga hiburan dan seloka jenaka sebegini boleh menjadi pencetus suasana yang baik. Sekaligus dapat hilangkan bosan dan tekanan akibat kerja dan sebagainya.
Ramai pasangan suami isteri tak ambil pusing besarnya kuasa SOLAT dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memang dah kerap kali berkongsi perihal solat dalam ceramahnya baik di Youtube, Facebook mahupun Instagram.
Mulalah cari macam-macam formula nak pikat kembali hati pasangan. Formula yang mak ayah motivator Ustaz Ebit Lew ini pegang mudah saja ‘solat awal waktu’. Sebab kata-kata itulah yang dituturkan oleh arwah emaknya sebelum pergi menghadap Ilahi. Bacalah sampai habis, nanti pasangan suami isteri akan jumpa rahsia membina rumah tangga bahagia bersama pasangan anda.
Walau Sakit InsyaAllah Ayah Solat
Ramai pasangan suami isteri tak ambil pusing besarnya kuasa SOLAT dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memang dah kerap kali berkongsi perihal solat dalam ceramahnya baik di Youtube, Facebook mahupun Instagram.
Mulalah cari macam-macam formula nak pikat kembali hati pasangan. Formula yang mak ayah motivator Ustaz Ebit Lew ini pegang mudah saja ‘solat awal waktu’. Sebab kata-kata itulah yang dituturkan oleh arwah emaknya sebelum pergi menghadap Ilahi. Bacalah sampai habis, nanti pasangan suami isteri akan jumpa rahsia membina rumah tangga bahagia bersama pasangan anda.
Walau Sakit InsyaAllah Ayah Solat
“Maafkan mak tak dapat masak dan layan ayah setiap hari kerana mak dah nak pergi. Kalau ayah nak jumpa mak dalam syurga jaga terus jaga solat awal waktu. Dia minta ayah saya baca fatihah.. dia nak dengar.”
Sedih bila hari ini tengok orang mengadu. Suami sibuk dengan telefon setiap hari. Tak peduli keluarga. Pandang pun tak mahu. Balik lewat. Sampai rumah main handphone. Tak ambil tahu hal isteri dan anak-anak. Duduk lepas tu keluar balik 2 ke 3 pagi setiap hari.
Dengan orang luar baik. Dengan keluarga kasar sangat. Muka tak nak senyum. Tak pernah ajak keluarga solat atau baca Al-Quran. Doa sama-sama pun tak pernah.
Pohon doakan ayah mertua saya dan ayah saya yang sakit waktu ini.
Terima kasih tak terhingga buat semua doktor dan kakitangan hospital yang membantu merawat ayah saya dan ayah mertua saya. Semua kakitangan Hospital Selayang, Hospital Muadzam Shah, Hospital Tentera, Hospital Ampang, Klinik Medivron yang semuanya sangat baik.
Pasti Allah balas dengan sebaik-baiknya. Terima kasih. Allah tambah rezeki dan kebaikan sampai syurga buat semua doktor dan kakitangan hospital yang baik.
Terima kasih adik beradik dan ipar yang menjaga ayah dan ayah mertua. Allah sayang semua.
Ini Pula Kisah Ayah Mertua Ustaz Ebit Lew
Ayah mertua saya seorang yang sentiasa bercinta dengan mak mertua saya.
Syukur Allah hadiahkan mertua yang setiap kali jumpa saya sentiasa mendoakan saya. Juga seperti ayah sendiri. Sangat baik. Ya Allah. Sifat ayah mertua buat saya malu. Penuh kelembutan dan cinta.
Ayah mertua tercinta. Berdua ke surau dan majlis ilmu semenjak 50 tahun lalu…subhanallah. Jadi imam. Suka menolong orang. Sentiasa cakap terima kasih. Saya malu rasa. Saya yang patut 24 jam cakap terima kasih sebab beri anaknya yang baik, solehah dan menawan.
Terima Kasih Allah
Terima kasih kerana Allah hadiahkan rasa cinta ini.
Diberi mak ayah dan mak ayah mertua yang sentiasa memberi contoh kisah cinta kerana Allah.
malam tadi tengah malam dia kata ayah doakan program keluarga sunnah sabtu ini jadi asbab hidayah. Kita buat apapun minta asbab orang bukan Islam dapat Islam.
Doakan ayah dapat datang katanya. Itulah doa buat hati ini makin semangat buat dakwah.