Sindrom merajuk lebih banyak dikaitkan dengan golongan wanita, namun sebenarnya lelaki juga tidak kurang hebatnya dalam bab merajuk ini. Masing-masing mempertahankan ego tanpa berbuat sesuatu untuk menjernihkan keadaan. Merajuk dengan pasangan itu lumrah biasa di dalam rumah tangga.

Merajuk yang berlebihan boleh menyebabkan pergaduhan biarpun hanya perang mulut kerana beberapa perkara kecil yang tidak disengajakan. Adakalanya merajuk berpanjangan mendatangkan rasa tidak puas hati. Misalnya si isteri yang inginkan perhatian lebih daripada si suami atau si isteri yang merajuk hanya kerana si suami terlupa hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Sesekali Merajuk Ok, Kalau Selalu Suami Pun Naik Menyampah

Berikut 6 faktor yang menyebabkan pasangan merajuk :

1. Keluar rumah tanpa minta izin

Biarpun pasangan tidak kisah dengan siapa anda keluar atau ke mana pergi, anda seharusnya meminta keizinan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk keluar.

Jika masing-masing terlalu sibuk, ada baiknya hantar pesanan ringkas atau menelefon untuk mengelakkan curiga dan salah faham. Mungkin dengan cara ini akan mengurangkan rasa merajuk isteri terhadap suami atau sebaliknya.

2. Terlalu sibuk dengan kerjaya dan hobi

Sibuk bekerja juga boleh mencetuskan rasa tidak puas hati kepada pasangan. Apabila si isteri telah membuat segala persiapan untuk makan malam atau berdandan cantik, tiba-tiba si suami menghantar mesej mengatakan terpaksa menyelesaikan tugasan penting di pejabat. Mulalah isteri tarik muka.

Mulai hari ini, baik anda atau pasangan perlu merancang kerja harian agar sekali-sekala dapat menunaikan hasrat yang telah dirancang bersama pasangan.

IKLAN

Sesekali Merajuk Ok, Kalau Selalu Suami Pun Naik Menyampah

3. Tidak menjaga hati

Kadangkala pasangan bercakap sesuka hati tanpa menghiraukan perasaan masing-masing. Sudahnya ada yang makan hati dan merajuk minta dipujuk. Sebenarnya ia lebih pada ego kerana sikap yang tidak mahu mengalah.

Bagi pasangan yang mempunyai isteri atau suami yang pendiam, tentu sukar untuk menduga samaada kata-kata yang melukakan masih di simpan dalam hati ataupun tidak. Untuk itu, lebih baik anda fahami sikap dan tingkah laku pasangan supaya anda lebih bersedia untuk melakukan sesuatu ketika dia merajuk.

4. Menganggap pasangan mengada-ada

Inilah masalah yang dihadapi oleh setiap pasangan, baik lelaki mahupun perempuan. Masing-masing mempertahankan ego apabila merajuk. Bagi sesetengah suami atau isteri beranggapan bahawa merajuk adalah sifat sementara dan mengada-ada seperti keanak-anakan yang tidak perlu dipujuk.

IKLAN

Sampai masa pandai-pandailah mereka ‘cool’ sendiri. Sebenarnya anda silap, jika rajuk berpanjangan kemungkinan hubungan akan mula menjadi renggang. Mungkin juga pasangan berasa tidak dihargai atau tidak dipedulikan.

Sesekali Merajuk Ok, Kalau Selalu Suami Pun Naik Menyampah

5. Tidak tunai permintaan

Apa salahnya bekerja keras dan menunaikan impian orang tersayang. Jika si isteri atau suami berkeinginan sesuatu, seboleh-bolehnya janganlah menghampakan pasangan.

Biasanya si isteri akan merajuk apabila permintaannya terhadap sesuatu barangan tidak ditunaikan, manakala si suami lebih cenderung jika keinginan batinnya tidak dapat dipenuhi.

IKLAN

6. Mengutamakan orang lain

Ramai yang berpendapat, apabila sesuatu pasangan sudah berkahwin, masa yang ada harus ditumpukan pada keluarga dan pasangan. Kurangkan masa untuk bersama kawan-kawan seperti zaman bujang dulu.

Jika ada di antara anda berbuat demikian tanpa keizinan pasangan, kemungkinan pasangan anda akan berasa tersisih dan mudah bergaduh hanya kerana perkara kecil. Seelok-eloknya kenalkan rakan-rakan anda kepada pasangan.

Tanda-tanda Merajuk

– Buat tidak endah apabila dipanggil.
– Diam seribu bahasa.
– Tidur awal sedangkan malam masih muda.
– Bermasam muka.
– Tidak ada selera makan.
– Kusyuk membaca tanpa menghiraukan pasangan lalu lalang depan mata.
– Menolak untuk makan bersama.
– Pulang lewat malam

Nasihat Pakar 

– Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
– Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) pasangan.
– Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
– Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
– Mengubah diri untuk merangsang perubahan kepada pasangan.

SUMBER : daku-amat.blogspot.com

TWEET : AzrilVienna

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI