
Kehidupan berumah tangga memerlukan pasangan suami isteri menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan baik. Suami perlu faham tanggungjawab isteri, begitu juga dengan isteri yang harus fahami suami.
Sikap seseorang individu menjadi faktor utama kepada kebahagiaan rumah tangga. Baru lah rasa cinta itu terjalin setiap hari. Lima sikap suami ini pasti buat isteri tersenyum sepanjang masa.
1. Tidak Kedekut

Seorang isteri perlulah fahami suami. Jangan meminta-minta jika si suami tidak mampu. Cukuplah sekadar keperluan dan sedikit perhiasan diri sahaja.
2. Suka Memuji

Isteri pasti akan rasa seronok lebih-lebih lagi apabila suami memuji masakannya. Tentu gembira sekali hati isteri. Kalau kurang, tegurlah dengan cara yang baik agar tidak melukakan hati isteri.
3. Selalu Hantar Mesej Di Telefon

Hati isteri mana yang tidak suka apabila suaminya sering menghantar kata-kata manis menerusi telefon bimbit buat isterinya. Secara tidak langsung, ia dapat mengeratkan lagi hubungan anda suami isteri.
BACA: Hargai Pengorbanan Pasangan Kita Sebelum Dia Menutup Mata
4. Jadi Pendengar Yang Baik

Bila balik dari kerja suami janganlah buat hal sendiri. Layan isteri anda dengan baik dan bertanya tentang keadaannya di tempat kerja hari ini. Biar dia luah kepada anda. Dengan cara itu isteri akan terasa suami sangat menghargainya.
5. Gentlemen Di Tempat Awam

Cuba sesekali suami layan isteri seperti seorang puteri. Contohnya, bantu isteri duduk di restoran, bukakan pintu kereta, dan sebagainya. Pegang tangan isteri ketika berjalan sama di pasar raya. Sekali sekala, cubalah jadi ‘sweet’ sikit.
Fasa Awal Kahwin Memang Mengejutkan. Bersedia Ya!

Membangunkan sebuah rumah tangga memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang besar. Ada perkara-perkara dan pengalaman baharu yang boleh diperolehi. Bukan itu sahaja, mungkin juga akan ada banyak kejutan yang anda akan alami.
Setelah berkahwin, mungkin anda juga akan mendapat sejumlah pengalaman yang sebelum ini belum pernah anda rasakan. Tidak semuanya serba indah tetapi setiap pengalaman memberikan warna-warni baharu dalam hidup bersama pasangan tercinta.
Kehidupan Selepas Berkahwin Itu Seperti Menaiki Roller Coaster
Anda dan pasangan akan menghadapi masalah di awal-awal perkahwinan namun apabila anda dan pasangan saling membantu antara satu sama lain maka anda dan pasangan akan menjalani kehidupan berumahtangga dengan bahagia. Akan ada banyak sekali suka dan duka di dalam dunia perkahwinan. Namun humor dan tawa akan menjadi penyembuh ketika mengalami krisis atau masalah. Seperti naik roller coaster, ada naik dan turunnya.
Melihat Kekurangan Pasangan Sebagai Keistimewaannya
Setiap hari adalah hari baharu untuk anda lebih memahami pasanganmu. Saat bangun di pagi hari, anda akan menjadi orang pertama yang melihat pasanganmu bangun dengan wajah yang polos. Saat sudah bergelar suami isteri, anda akan melihat pasanganmu sedalam-dalamnya. Banyak kekurangan dan kelemahannya yang kemudian terungkap. Meskipun begitu, anda mula memandang kekurangan itu sebagai keistimewaannya yang tersendiri.
Hidup Berdua, Harus Boleh Saling Berkongsi Rasa
Daripada makanan yang anda makan sehingga ubat gigi yang anda gunakan, anda akan berkongsi semua perkara dengan pasanganmu. Perkara-perkara yang dahulunya kita nikmati dan lakukan sendiri kini perlu dilakukan bersama. Banyak perkara yang dahulunya “milikku” kini menjadi “milik kita”. Awalnya akan terlihat canggung untuk berkongsi segalanya tetapi seiring waktu, semuanya akan berjalan dengan lancar.
Masalah Tidak Semuanya Boleh Diselesaikan Seorang Diri
Waktu masih bujang, anda sudah terbiasa menyelesaikan masalah sendirian. Ketika sudah berkahwin, mahu atau tidak, anda perlu menyelesaikan masalah bersama dengan pasangan. Komunikasi menjadi kunci yang sangat penting untuk keharmonian hubungan antara suami isteri. Lebik molek untuk setiap masalah yang dihadapi dibincangkan bersama dengan pasangan.
Pastinya akan ada banyak pengalaman dan perkara baharu yang bakal dipelajari setiap hari. Paling penting perkahwinan itu akan tetap terjaga asalkan masing-masing saling menjaga komitmen dan komunikasi dengan baik. Sesungguhnya perkahwinan itu sebenarnya merupakan proses belajar untuk hidup yang lebih baik serta bahagia.
Dah NIKAH Tapi Tak Buat ‘PERKARA’ Ni Memang Rugi. Isteri Boleh Mula Slow Talk Dengan Suami!

Ingatlah Kejayaan Isteri Adalah Atas Reda Dan Restu Suaminya

Biasanya masalah manusia bermula dari rumah tangga – jika elok rumah tangganya maka eloklah kehidupan di luarnya dengan masyarakat. Sebab itulah kata orang bijak pandai, di sebalik kejayaan seorang suami, ada isteri di belakangnya yang membahagiakan dan menenangkannya, ketika suami dalam kedukaan dan dibelit masalah. Demikian jugalah di sebaliknya, kejayaan seorang isteri atas sokongan dan restu suaminya.
Lumrahnya bagi setiap pasangan, untuk tempoh masa enam bulan pertama tempoh perkahwinan, merupakan saat bahagia – zon berbulan madu. Pada waktu itu semuanya nampak manis dan indah, saling sayang menyayangi, dan pasangan pengantin baharu ini tidak nampak kehidupan lain, selain kehidupan berdua, suami isteri. Namun begitu, rasa cinta yang memuncak itu akan menurun sedikit demi sedikit, apabila keperibadian masing-masing tidak dapat disembunyikan lagi daripada pasangan, terutama jika terserlah banyak sikap buruk kita.
Semakin lama kita akan kenal pasangan kita itu siapa dia yang sebenar daripada segi hati budi, sikap dan prinsip kehidupannya. Beruntunglah kalau kita dapati pasangan kita itu fiilnya, sama seperti yang kita sangkakan sebelum kita berkahwin dengannya. Sebaliknya bermulalah cabaran dalam rumah tangga, jika selepas berkahwin baru kita tahu pasangan kita itu tidak seperti yang kita sangkakan, khususnya daripada segi perangai dan keperibadiannya.
Seterusnya untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga, kita perlu lihat apa yang dia/pasangan kita jadi setelah dia berkahwin dengan kita. Kalau dia/pasangan kita seorang yang positif, tetapi selepas berkahwin dengan kita negatif sikapnya, renung semula di mana silapnya dan perbetulkan segera.
Jom audit diri dalam hati kita, terimalah pasangan kita seadanya dan bersyukurlah kita mempunyai pasangan hidup tempat berkongsi suka dan duka. Kembali ke pangkal jalan – tujuan berkahwin adalah untuk mendapat reda Allah SWT. Oleh sebab itu rasa cinta sahaja tidak cukup untuk menjadi asas kebahagiaan rumah tangga. Yang lebih penting adalah rasa hormat antara satu sama lain, dan inilah jaminan kebahagiaan rumah tangga akan kekal selama-lamanya.
Lumrahnya semua orang berkahwin kerana cinta, dan cinta tidak kekal lama jika asas perkahwinan itu kerana kecantikan fizikal. Apabila usia meningkat kecantikan mulai pudar bersama-sama rasa cinta yang turut hambar. Tetapi rasa hormat antara satu sama lain yang dibina sejak awal perkahwinan akan membuatkan pasangan sentiasa menghargai antara satu sama lain. Tanda kita menghormati pasangan kita, apabila suami bercakap, isteri mendengarnya dan pandang wajahnya. Apabila suami memberi pendapat kita terima, kalau tidak setuju jangan berkasar, bincang baik-baik dan nyatakan pendirian kita.
Suami juga, walau sibuk macam mana pun luangkan masa untuk berbual dan bertanya khabar mengenai isteri, biasanya isteri perlukan perhatian suami. Percayalah, rasa hormat sangat penting, terutama bagi isteri yang berkerjaya dan berjawatan lebih tinggi daripada suaminya. Ingatlah kejayaan isteri adalah atas reda dan restu suaminya. Usahlah mencipta masalah dalam rumah tangga kerana sikap buruk kita – keegoan, hendak menang sahaja, cakap kita sahaja yang betul, tidak boleh terima teguran dan seumpamanya.
SUMBER : DR MUHAYA MUHAMAD