Dalam rumah tangga pasti akan ada salah faham yang berlaku. Namun, itu bukanlah alasan anda untuk berpisah dengan mereka. Untuk mencari persamaan dalam perkahwinan ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana mungkin akan melihat perbezaan memanjang.

Buanglah sejauh mungkin rasa sakit yang menyelebungi hidup kita hari-hari. Sakit hati dengan pasangan, menyampah dengan mereka. Biar kita tidak mempunyai pasangan yang baik, tetapi kita ada Allah yang Maha Baik. Mari kita dengar perkongsian daripada Abu hurairah ini. Semoga ia memberi manfaat kepada anda.

Setelah Banyak Salah Dan Silap Isteri Yang Kita Nampak, Jangan Mudah ‘Cop’ Mereka Sebagai Isteri Derhaka

Sebagai suami,

Saya memang selalu akan terasa dengan segala cakap dan perlakuan isteri.

Kadang bahasanya tersakit hati.

Kadang tindakannya terguris peri.

Kadang bila bercakap dengannya tak di peduli.

Kadang minta yang itu, dia nak juga bagi yang ini.

Sakitkan hati sebagai suami?

Sedangkan, sebagai isteri dia kena lah hormat dan patuh segala apa yang dari suami.

Ya, dari sudut pandang kita begitulah. Namun, jika kita besarkan lagi pandangan, sebenarnya kadang dari silap saya juga sebagai suami.

IKLAN

Bahasanya menyakitkan hati kerana isteri dah ulang banyak kali. Dah pesan baik-baik setiap hari. Namun, kelemahan saya itulah yang saya buat lagi.

Tindakannya terguris peri kerana kadang isteri terlupa bahawa dia juga terikut nafsu dan kehendak hingga terlupa suaminya ada di hadapannya.

Tidak peduli kata suami juga kadang hanya kerana dalam kepalanya ada banyak kerja dan tugas yang masih di fikiran, tak campur kerja rumah dan anak-anak yang menangi dan kelaparan. Hingga terlepas pandang suami yang terkebil-kebil bercakap seorang diri.

Benar,

Setelah banyak salah dan silap isteri yang kita nampak ini, mudah saja kita letakkan mereka sebagai isteri derhaka.

Mudah saja kita berdiam dan tak bercakap dengan mereka.

Mudah saja menyebabkan hati kita tak sayang dan tak mahu mencintai mereka.

IKLAN

Maafkan isteri kita.

Sakitnya bebelan dan sikap mereka, doakan dan tegurlah selepas solat berjemaah dengannya.

Memang kalau nak bahas dan nak cakap, isteri wajib diam dan dengar apa yang suami nak cakap.

Bila berlaku semua ini, saya hanya diam. Hanya sabar. Kalau tak puas hati pun, saya akan cakap dengan Allah.

Saya luah habis-habis selepas solat. Tengah malam bangun dan doakan isteri. Ampunkan salah dan dosanya supaya tidurnya dan bangun esoknya bukan dalam kemurkaan Allah sentiasa.

Itulah sebenarnya yang dapat mendidik isteri kita, jadi wanita solehah yang macam kita minta. Yang seperti kita mahukannya.

Asalkan kita terus berusaha dengan dua perkara.

IKLAN

Memaafkan isteri dan sabar dengannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Abu hurairah asifa

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI