Ads

Seteruk Mana Pun Pasangan Kita, Jangan Pernah Buka Aib Mereka

Apa yang kita lihat ‘trend’ sekarang, bila selisih faham sikit mula la nak kutuk suami/isteri kat fb/twitter/ig atau yang seangkatan dengannya. Contohnya seperti kecurangan pasangan mereka. Sampai kadang kala perkara yang lepas pun mula diungkit.

Tolong jangan buka pekung sendiri di media sosial, sebab apa? Ada yang berpendapat seperti Facebook sendiri jadi suka hati nak tulis apa pun.

Seteruk Mana Pun Pasangan Kita, Jangan Pernah Buka Aib MerekaSebabnya tak semua orang yang baca status anda akan bersimpati dengan nasib yang menimpa anda. Ada segolongan manusia akan bertepuk tangan je tengok anda sedih, ada yang meluat tengok anda sebab dedahkan aib suami atau bekas suami dan beranggapan korang cuma ‘attention seeker’.

Ads

Jadi, anda kena beringat sebelum membuat sesuatu perkara . Allah bagi akal untuk fikir benda baik & buruk. Fikir perasaan dan kesan pada pasangan kita kalau kita buat macam tu. Percayalah kalau kita jaga aib orang terutamanya suami/isteri in sha Allah, Allah akan jaga aib diri kita sendiri.

Seteruk Mana Pun Pasangan Kita, Jangan Pernah Buka Aib Mereka
SEKADAR GAMBAR HIASAN

Walaupun tengah sedih ke , kecewa ke atau marah ke luahkan pada Allah. Ambik air sembahyang and buatlah solat sunat dua rakaat. Mohon ketenangan dari Allah kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang kita tengah hadapi . Mintak petunjuk jalan penyelesaian dari Dia.

Ads

Adalah seeloknya benda yang tak elok atau mengaibkan elakkan lah dari cerita pada orang sembarangan kecuali pada orang yang betul-betul boleh simpan rahsia kita terutama mak ayah atau adik beradik atau kawan rapat yang sekadar nak lepaskan beban di hati.

Ingatlah riwayat hadis ni :

“Barangsiapa yang menutup aib seorang Muslim, Allah akan menutupkan aibnya pada hari kiamat”

(HR Al-Bukhari)

Pada anda yang sedang menghadapi masalah dengan pasangan, bincanglah elok-elok. Ingat berpada-padalah dalam memuat naik apa-apa status di media sosial. Jangan sampai mengaibkan sesiapa. Gunakanlah anugerah akal yang Allah beri sebaik-baiknya.

Ads

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Raikan Cinta di IWK Eco Park @Pantai Dalam, Lokasi Perkahwinan Suasana...

Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...