Apa yang kita lihat ‘trend’ sekarang, bila selisih faham sikit mula la nak kutuk suami/isteri kat fb/twitter/ig atau yang seangkatan dengannya. Contohnya seperti kecurangan pasangan mereka. Sampai kadang kala perkara yang lepas pun mula diungkit.
Tolong jangan buka pekung sendiri di media sosial, sebab apa? Ada yang berpendapat seperti Facebook sendiri jadi suka hati nak tulis apa pun.
Sebabnya tak semua orang yang baca status anda akan bersimpati dengan nasib yang menimpa anda. Ada segolongan manusia akan bertepuk tangan je tengok anda sedih, ada yang meluat tengok anda sebab dedahkan aib suami atau bekas suami dan beranggapan korang cuma ‘attention seeker’.
IKLAN
Jadi, anda kena beringat sebelum membuat sesuatu perkara . Allah bagi akal untuk fikir benda baik & buruk. Fikir perasaan dan kesan pada pasangan kita kalau kita buat macam tu. Percayalah kalau kita jaga aib orang terutamanya suami/isteri in sha Allah, Allah akan jaga aib diri kita sendiri.
SEKADAR GAMBAR HIASAN
Walaupun tengah sedih ke , kecewa ke atau marah ke luahkan pada Allah. Ambik air sembahyang and buatlah solat sunat dua rakaat. Mohon ketenangan dari Allah kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang kita tengah hadapi . Mintak petunjuk jalan penyelesaian dari Dia.
IKLAN
Adalah seeloknya benda yang tak elok atau mengaibkan elakkan lah dari cerita pada orang sembarangan kecuali pada orang yang betul-betul boleh simpan rahsia kita terutama mak ayah atau adik beradik atau kawan rapat yang sekadar nak lepaskan beban di hati.
Ingatlah riwayat hadis ni :
“Barangsiapa yang menutup aib seorang Muslim, Allah akan menutupkan aibnya pada hari kiamat”
(HR Al-Bukhari)
Pada anda yang sedang menghadapi masalah dengan pasangan, bincanglah elok-elok. Ingat berpada-padalah dalam memuat naik apa-apa status di media sosial. Jangan sampai mengaibkan sesiapa. Gunakanlah anugerah akal yang Allah beri sebaik-baiknya.
Macam-macam usaha boleh dilakukan untuk kita daripada melakukan dosa atau maksiat. Selain dari usaha berterusan secara fizikal untuk menjadi hamba Allah yang terbaik, kita juga digalakkan untuk berdoa bersungguh-sungguh untuk memelihara diri kita dan pasangan daripada melakukan maksiat.
Antaranya, jangan pernah melupakan untuk senantiasa mendoakan suami atah isteri tercinta agar terhindar dari godaan di luar dan perbuatan maksiat. Jangan pernah bosan untuk berdoa dan memohon kepada Allah SWT untuk kehidupan rumah tangga menjadi lebih baik lagi.
Oleh kerana itu, bacalah doa ini setiap saat, terutama setelah melaksanakan solat:
“Allahumma innaa nas-alukat taubata wa dawaamahaa wa na’uudzu bika minal ma’shiyyati wa asbaabihaa wa dzakkirnaa bil khaufi minka qabla hujuumi khatharaatihaa wahmilnaa ‘alan najaati minhaa wa minat tafakkuri fii tharaaiqihaa wamhu min quluubinaa halaawata majtanainaahu minhaa wastabdilhaa bil karaahati lahaa wath thama’i limaa huwa bidhiddihaa.”
Artinya: “Wahai Allah, kami memohon kepada-Mu petunjuk sehingga kami senantiasa bertaubat atas segala dosa dan kesalahan kami. Dan aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan maksiat dan sebab-sebabnya, dan jadikanlah kami selalu ingat kepada-Mu, sebelum datangnya hasrat untuk berbuat maksiat yang penuh bahaya. Selamatkanlah dengan adanya perasaan benci selalu terhadap perbuatan maksiat serta terbitkanlah dalam hati kami adanya rasa loba untuk berbuat sebaliknya.”
Demikianlah informasi doa yang dibaca agar suami atau isteri tidak tergoda dengan wanita atau lelaki lain dan terhindar dari maksiat. Jika anda seorang isteri, sudah selayaknya selalu mendoakan suami agar mendapatkan kebaikan di dalam rumah tangga. Selain itu, dengan senantiasa berdoa akan membuat hati menjadi lebih tenang kerana selalu ingat kepada Allah SWT.
Bagaimana caranya untuk mengekalkan rasa cinta antara pasangan? Kami kongsikan 6 tips untuk anda.
1) Letak pasangan sebagai nombor satu
Penting untuk kita meletakkan pasangan sebagai nombor satu berbanding orang lain. Tetapi, ibu bapa juga tetap yang paling utama di hati ye.
Kebiasaaanya, perkara ini sebegini semakin dipandang remeh selepas adanya anak. Yelah, masing-masing sibuk menguruskan rumah tangga dan anak sehingga terlupa perasaan setiap pasangan yang semakin terabai.
Suami atau isteri anda adalah tiang sokongan utama dalam hidup anda. Hargai dan berikan mereka keutamaan sentiasa.
2) Buat pasangan rasa dihargai
Kerap ungkapkan kata-kata ‘Terima kasih, sayang’, ‘Sayang, maafkan saya’, ‘Saya sayangkan awak’ sering dilupakan apabila perkahwinan menginjak usia 5 tahun keatas.
Ia mungkin nampak remeh-temeh sehinggakan ada yang berasa pasangan mereka mengada-mengada jika dia mahu anda mengucapkan kata-kata ini selalu. Namun, kata-kata sebiginilah yang mampu merawat emosi yang penat.
3) Tidak menyimpan perasaan dalam hati
Lumrah manusia adakalanya memendam perasaan apabila bertengkar atau tidak sefahaman antara pasangan.
Kita sangkakan lebih baik untuk menyembunyikan rasa sedih, kecewa atau marah hasil perbuatan pasangan.
Ya, itu mungkin penyelesaian jangka pendek. Tapi, ia adalah habit yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.
Akhirnya, “bom perasaan” akan meletup jua. Pada masa itu, pergaduhan besar terjadi dan pasangan mula mencari yang lain.
4) Jangan perkecilkan pasangan
Jangan sesekali memperkecilkan pasangan terutama di hadapan anak-anak atau orang lain.
Perlu ingat, setiap manusia ada maruah perlu dijaga dan perlu dihormati.
Ucap yang baik-baik, ia pasti dapat membuatkan hati mereka berbunga-bunga kerana dipuji oleh suami atau isteri sendiri.
5) Buat pasangan rasa sentiasa disayangi dan dirindui
Pernah tak anda rasa rindu sangat pada suami atau isteri walaupun sebenarnya mereka hanya keluar pergi bekerja sahaja. Jadi perasaan sebegitu perlu dikekalkan.
Rasa sayang dan rindu tidak semestinya dengan hadiah atau kebendaan. Cukup dengan ucapan rindu dan sayang yang mampu menunjukkan betapa anda menyayangi pasangan.
6) Banyakkan berdoa untuk pasangan
Yang lebih penting, sentiasalah berdoa kepada Tuhan semoga cinta yang ada dalam diri suami atau isteri kita itu akan kekal sehingga ke syurga.
Tiada siapa yang dapat mengawal rasa cinta dalam hati orang lain. Malah, rasa cinta dalam diri kita sendiri pun tiada dalam kawalan kita.
Perkahwinan dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Ada banyak ayat al-Quran mengenai pensyariatan perkahwinan memenuhi tuntutan fitrah semula jadi manusia.
Menerusi tajuk 40 ayat al-Quran mengenai keluarga yang dibincangkan dalam rancangan Pesona D’Zahra di IKIMfm, Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin menjelaskan hukum berkahwin yang terbahagi kepada empat, iaitu wajib, sunat, makruh dan haram.
Berkahwin menjadi wajib apabila seseorang itu berkemampuan fizikal dan mental serta bimbang jika diri akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina. Perkahwinan boleh menjadi sunat apabila seseorang itu yakin tidak akan terjebak dengan zina dan maksiat.
Namun, pada masa sama dia juga tidak ragu untuk berkahwin kerana mampu menyediakan keperluan asas dan menjaga kebajikan isteri dengan baik.
Makruh melangsungkan perkahwinan seandainya seseorang itu bimbang ragu akan melakukan kezaliman terhadap isteri seperti tidak mampu menyediakan keperluan asas. Kebimbangan itu tidaklah cenderung kepada yakin, tetapi sedikit ragu sahaja.
Begitu juga yang mempunyai penyakit serius, berjangkit seperti HIV adalah makruh bagi mereka berkahwin.
Individu diharamkan berkahwin ialah yang mempunyai kesanggupan berkahwin, tetapi menimbulkan bahaya kepada bakal isterinya seperti lelaki yang berkahwin dengan tujuan menyakiti bakal isterinya. Maka perkahwinan itu hukumnya haram.
Fitrah hidup berkasih sayang
Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia seperti ingin dikasihi, mempunyai pasangan hidup dan keluarga sebagai tempat menerima serta mencurahkan kasih sayang. Oleh itu, menurut Muhammad, mereka yang berkemampuan dan cukup syarat dianjurkan berkahwin.
Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum, ayat 21)
Islam turut memberi panduan bagi generasi muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya tidak mencukupi menanggung keluarga.
Dalam hal ini, jika usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepas menunaikan segala tanggungjawab sebagai suami isteri sebaiknya, yakinlah rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu.
Di negara Barat menerima perkahwinan sesama jantina dan Islam sama sekali-kali tidak mengiktiraf hubungan sedemikian. Bahkan, Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina.
Adil dalam perkahwinan
Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka berkahwin dengan seorang sahaja, atau hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk tidak melakukan kezaliman.” (Surah an-Nisa’, ayat 3)
Allah SWT menetapkan seorang lelaki itu berkahwin tidak boleh lebih daripada empat isteri. Ia bertujuan membatasi lelaki supaya tidak berbuat sesuka hatinya kerana mereka dibenarkan berkahwin lebih daripada satu dengan syarat berkemampuan serta mampu berlaku adil.
Jika bimbang tidak dapat berlaku adil, maka berkahwinlah dengan seorang sahaja. Allah SWT menjanjikan ganjaran yang hebat kepada suami yang berlaku adil terhadap isterinya.
Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang berlaku adil di sisi Allah nanti akan ditempatkan di atas mimbar yang diperbuat daripada cahaya dari sebelah kanan al-Rahman ‘Azza wa Jalla (Allah) lalu Nabi mengangkat tangan kanannya. Orang yang termasuk golongan itu (sebelah kanan Nabi) adalah orang yang adil dalam pemerintahannya, adil terhadap isterinya dan tidak menyimpang.” (Riwayat Muslim)
Jarang orang nak deko balkoni jadikan ruang lepak, tetapi bila seorang isteri itu rajin dan kreatif, inilah hasilnya!
Apa yang menarik, bila penat menguruskan hal...