
Balik kerja, dengan baju tak sempat tukar, kadang-kadang isteri ni terus je ke dapur untuk bersilat memasak. Tapi bila ada tak kena, suami terus kritikan masakan isteri tu. Lagi-lagi bulan puasa ni. Betul-bentul menduga dari segi masa dan tenaga isteri. Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi, Setiap kali isteri masak tu pujilah sikit. Barulah dia rasa dihargai.
“Tak nak makan sudah. Buang je makanan ni.”
.
Isteri penat penat masak. Kalau kau kenyang, kau jangan la langsung tak sentuh apa yang dia masak. Makan la sikit.
Penat tahu tak masak tu. Nak fikir apa yang nak dimasak lagi. Kalau isteri dah siapkan minum petang masa kau balik kerja dan kebetulan kau ada jamuan kat ofis, kau makan la sikit apa yang dia buat. Nanti dia tak masak baru kau tahu.
Kalau kau memang dah kenyang sangat, cakap baik-baik. Jangan direct je cakap. Jaga sikit hati isteri tu.
Setiap kali isteri masak tu puji la sikit. Baru la dia rasa dihargai. Hilang penat masak tu. Kalau dia masak tak sedap sekalipun, jangan la terus komen masa tu. Nak komen mesti ada cara. Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk masak.
Bulan puasa ni, kadang-kadang buntu juga kaum isteri nak masak apa. Kalau dia tanya kau nak makan apa, kau cuba la bagi idea sikit. Dapat la membantu dia mencari idea nak masak.
Kalau dia masak, tak kena dengan selera kau, nanti kau marah pula. Bila dia tanya kau cakap takde idea la, ikutlah.
Saya respect betul isteri yang bekerja. Balik tu masak pula untuk suami. Layan suami macam raja. Nak nak suami yang tak suka makan kat luar. Penat pun tetap masak untuk suami.
Kalau dia bekerja, bantu lah juga dia masak. Potong sayur dan kacau dia kat dapur pun dah buat dia happy. Jangan kau sedap duk tengok TV je. Kah!
Jodoh Ibarat Hadiah Misteri, Kita Sendiri Pun Tak Tahu Bila Akan Dapat Hadiah Tu

Jodoh tu ada tapi kita sendiri pun tak tahu siapa yang akan menjadi jodoh kita. Jodoh misteri namanya. Tapi Allah Maha Mengetahui. Mungkin ada antara kita yang saat ini dia sudah ada calon. Mungkin sudah bertemu mak ayah, bertunang dan sebagainya.
Tapi dia sendiri pun tak pasti adakah orang yang dia kenal saat ini adalah jodoh dia ataupun bukan. Kita hanya mampu merancang dan Allah jua lah yang menentukan.
Apabila seseorang itu ingin melangsungkan pernikahan mahupun sebuah pertunangan, perkara pertama yang akan bermain di benak mereka adalah:
Adakah keputusan yang aku lakukan ini adalah yang terbaik buatku dan pasangan? Benarkah dia jodoh yang tepat buatku?
Antara si A dan si B, manakah yang paling terbaik untukku?
Allah lebih Maha Mengetahui apa yang paling baik buat para hamba-Nya. Sedang kita tidak mengetahuinya. Bahkan kadang-kadang kita selalu tersilap langkah dalam mentafsir soal hati.
Bukan tak pernah kita tak di hargai sebelum ni kan? Mungkin sakitnya masih terasa sampai ke saat ini. Belajarlah dari bahagia yang gagal kita cipta dulu
Buat kalian yang dah ada someone special tu segeralahkan untuk menghalalkan hubungan yang masih belum halal. Moga Allah permudahkan urusan kalian.
Kepada yang masih sendiri jangan bersedih hati atau merasa tak laku dan sebagainya. Jodoh tu rahsia Allah, kita bukannya tak laku cuma diri kita terlalu limited edition untuk di miliki.
Cukuplah kita serahkan segalanya pada Allah, letakkan pengharapan dan pergantungan kita kepada Allah semata-mata. Bila kita sandarkan segalanya kepada Allah, percayalah Allah tak akan pernah kecewakan kita.
Kredit : TheMuhammadShafri
Islam adalah agama yang sangat sempurna. Bahkan Islam juga menyediakan penyelesaian bagi mereka yang keliru akan jodoh mereka sendiri. Walaupun manusia dikurniakan dengan akal fikiran tetapi mereka tetap memiliki kekurangan, terutama dalam menentukan sesuatu di luar kemampuannya.
Oleh yang demikian, umat manusia hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang itu membuat keputusan, mereka dianjurkan solat istikharah. Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk terutama apabila seseorang dalam keraguan untuk memutuskan antara dua perkara. Misalnya soal jodoh. Semoga akan terjawablah siapa jodoh misteri kita yang telah Allah tentukan.
Macam mana kita nak tahu itu jodoh kita? Jom baca artikel ni http://www.pesonapengantin.my/bagaimana-kita-boleh-tahu-bahawa-seseorang-itu-jodoh-kita-atau-tidak-3/
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Ketahuilah, Duit Suami Itu Rupanya Duit Isteri Juga

Apabila seorang lelaki dan wanita telah pun sah diijabkabulkan maka secara rasminya masing-masing mempunyai tanggungan yang wajib dipikul. Hak isteri tanggungjawab suami dan hak suami tanggungjawab isteri. Salah satu cabang hak isteri dan menjadi tanggungjawab suami yang utama adalah berkaitan urusan nafkah diri. ‘Nafkah’ bererti sesuatu yang dibelanjakan daripada mata wang atau seumpamanya bagi melengkapkan kehidupan seharian seperti makanan, minuman, pakaian dan juga tempat tinggal.

Tanggungjawab memberi nafkah diamanahkan kepada ketua keluarga dan suamilah yang memikul tugasan ini serta wajib baginya menjaga kebajikan isteri dan anak-anaknya.
Baca perkongsian tersebut di bawah:
Abah pesan kat abang:
"Dah kahwin nanti kena ingat haram suami makan duit isteri. Dalam duit suami ada bahagian untuk isteri, dan isteri berhak minta. Dalam duit isteri, semuanya isteri punya. Lelaki tak ada hak persoalkan ke mana isteri belanjakan dan gunakan."
But this thing is general. Kalau isteri memang tak kisah nak bagi dan halalkan, then nothing to be worried. Yet the basic is there, what belong to wife not belong to husband.
Tak de hak persoalkan, tapi boleh menasihati. I only share apa yg I faham je. Kalau ada yg salah, any corrections are warmly welcomed!
Yang pesan ini my abah. Abah I lelaki (of course lah kan). Dia sendiri akan ganti semua duit yang my mom guna untuk beli barang keperluan WALAUPUN my mom tak minta pun. And kami yang anak ni pun kalau guna duit sendiri beli keperluan asas, nanti abah akan tanya seorang-seorang, ada apa-apa nak claim?
I pun pelik jugalah kenapa abah buat macam itu. Then dia bagitaulah seperti di atas. I just don't get kenapa ramai orang bersikap denial. Hello abah I lelaki pun tak mcm itu sekali.
Guys, nafkah itu bukan bererti bagi apa isteri nak like barang mahal semua itu. Kalau isteri minta handbag harga 100k, nak kena bagi ker? Kalau memang monthly income you 1mil, then tak ada masalah lah sebab you mampu. Ini kalau 1k jer…kau ketuk kepala isteri itu sebab demand bukan-bukan.
Konklusinya, pada pendapat saya adalah sangat mulia isteri yang menolong meringankan beban suami dengan membelanjakan duitnya untuk keluarga tetapi bukan bermakna suami boleh sambil lewa dalam urusan pemberian nafkah.
Skop perbincangan topik ini sangat meluas. Banyak arguments dan opinions yang kita sendiri pun mcm 'oh really' , 'sumpahlah' , 'tf aku baca ni'…jadi cadangan saya ialah kalau korang nak penjelasan yang lebih terperinci dan sahih, rujuklah pendapat para ilmuwan yang diyakini kredibilitinya.
Ni pesanan abah kat aku pula (aku seorang je perempuan ya dalam family):

"Dah jadi isteri taat cakap suami, patuh arahan suami, turutkan kehendak suami. Sebab apa? Sebab suami dah berhabis banyak duit untuk isteri dari sebelum kahwin sampai lepas kahwin."
Exception: selagi mana tak melanggari hukum syara'.
Contoh situasi yang I maksudkan with 'persoal' is suami mampu dan wife nak beli handbag baru pakai duit sendiri or nak beli rumah baru or nak beli barang perhiasan baru, selagi tak mendatangkan kemudaratan, lelaki tak de hak nak persoal like "kenapa awak bla bla" , "daripada beli handbag baik bagi saya duit."
Isteri membazir? Ni common sense. Bazir = Allah tak suka = jadi saudara syaitan = boleh jadi makruh/haram. Bukan setakat isteri jer korang kena tegur, suami pun kalau membazir isteri kena tegur. Sebab apa? Ammar makruf nahi mungkar. Itu konsepnya!
Statement saya sebagai asas. Kemungkaran ialah limitation. Bila asas exceeds limitation, sesiapa yang tahu akan kemungkaran tu, WAJIB tegur si pelaku. Bukan setakat isteri/suami sahaja. Sesiapa yg tahu!!! Simple jer sebenarnya. Korang jer complicated kan
Twitter @raihanharon1
Tundukkan Pandangan Anda Untuk Elak Zina

Menundukkan pandangan amatlah penting kerana memandang merupakan jalan pertama kepada berlakunya kemungkaran lain seperti zina. Pandangan yang dibolehkan jika secara tidak sengaja terpandang, maka itu tidak mengapa.
Namun jangan pula pandangan itu diteruskan untuk sekian lama. Apabila sedar dan teringat, teruslah menundukkan pandangan.
Inilah pesanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh: Wahai Ali, janganlah kamu ikuti pandangan yang pertama dengan pandangan berikutnya, kerana yang pertama untukmu dan yang kedua bukan lagi untukmu. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 2701/2777]
Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anh berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai penglihatan yang tidak disengajakan (terhadap sesuatu yang dilarang). Maka baginda memerintahkanku supaya memalingkan penglihatanku. [Shahih Muslim, no: 4018/2159]
Nasihat Kepada Pasangan Yang Sudah Bertunang
Pertunangan hanyalah sekadar janji untuk bernikah pada tarikh yang dipersetujui dan bukanlah tiket yang menghalalkan sesuatu yang haram serta ditegah agama seperti berdua-duaan, berpegangan tangan, berbual-bual melalui telefon, menyimpan gambar pasangan dan menjadikan gambar tersebut sebagai wallpaper di komputer, tablet dan telefon. Pertunangan juga tidak mengizinkan pasangan saling memandang di antara satu lain.
Jika berjumpa untuk sesuatu urusan penting, perjumpaan mesti ditemani oleh mahram dan tidak boleh berpandangan di antara satu sama lain. Jika terpandang, hendaklah segera menundukkan pandangan atau mengalihkan wajah. Pengecualian hanyalah pada saat saling berkenalan, di mana dianjurkan untuk masing-masing melihat wajah pasangan yang dia sedang berkenalan itu, sekadar yang perlu.
Ini berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Apabila salah seorang dari kalian melamar wanita, maka selagi dia boleh melihat apa yang dapat mendorongnya untuk menikahinya, maka lakukanlah ia.” [Shahih Sunan Abu Daud, no:1783/2082]
Nasihat Kepada Suami Dan Isteri
Secara umumnya hendaklah menundukkan pandangan kecuali di antara suami dan isteri. Apabila sudah bernikah, suami hendaklah kerap memandang wajah isteri dan isteri hendaklah kerap memandang wajah suami.Kekerapan ini bukan sekadar pada tahun-tahun awal perkahwinan, tetapi memanjang sehingga ke akhir hayat.
Apabila bercakap, pandanglah muka pasangan. Apabila menegur, pandanglah muka pasangan. Apabila mononton TV, sekali sekala pandanglah muka pasangan. Bahkan apabila kebosanan, pandanglah muka pasangan.
Adapun selain wajah pasangan masing-masing, maka hendaklah tetap menundukkan pandangan. Ada sebahagian orang yang menganggap dirinya selamat daripada fitnah memandang jika dia sudah berkahwin. Apa yang benar ialah sebaliknya, fitnah memandang adalah lebih besar sesudah berkahwin.
Ini kerana pandangan akan menyebabkan dirinya tertarik kepada seseorang lain sehingga mula merasa bosan terhadap pasangan sendiri. Ini berlanjutan sehingga tidak lagi melakukan hubungan seks dengan pasangan, sebaliknya melakukan onani (masturbation) semata-mata dengan gambar di majalah.