HIKMAH JODOH LAMBAT

“Usahakan perbaiki peribadi, boleh jadi dengan lambatnya jodoh, Allah mahu kamu jadi lebih baik dengan menikmati hidup single lebih lama.”

Dulu ada jugak rasa terkilan dengan pemikiran setengah orang yang suka merendahkan orang yang kahwin lambat. Sampaikan ada yang melontarkan tohmahan,

“dah umur 30 tak kahwin lagi, alamaknya tak kahwin sampai tua la akak oii”

dan,

“susah nak dapat anak taw kalau umur 30 masih belum kahwin dan ada anak pun mesti cacat atau tak sempurna..”

ada jugak yang cakap,

“memilih sangat..nak yang sempurna la tu…”

IKLAN

Hakikatnya, kebenarannya hanya Allah Yang Maha Tahu. Biarkan mulut akak dan mak cik bawang yang suka mengata.

Sejauh soal jodoh, semuanya aturan Allah SWT.
Ada yang kahwin awal, dapat anak dan suami yang baik hidup dalam keadaan sempurna.

Ada yang kahwin awal, dapat anak dan suami sibuk kat luar kerja hingga jarang ada masa bersama.

Ada yang kahwin awal, tak de anak tapi suami setia disisi dan hidup bahagia.

IKLAN

Ada yang kahwin awal, tak de anak dan suami sibuk dengan membina kerjaya dan. Hidup malah berantakan.

Dan buat yang kahwin lewat dalam lingkungan 29-30 ..

Ada je yang Allah SWT mudahkan urusan mereka, kahwin lambat tapi Allah SWT kurniakan mereka anak2 yang baik dan suami yang soleh. Hidup mereka bahagia.

Ada juga yang kahwin lambat, tapi belum dapat anak dan suami pula sibuk dengan kerjaya. Tapi hidup bahagia.

IKLAN

Dan ada juga yang kahwin lambat, hidup berantakan. Tak kena itu dan ini.

Soalnya bukan nikah awal atau lambat. Adakah hati menerima qada’dan qadar Allah dengan sebenarnya?

Siapa nikah awal bukan janji ke Syurga,
Siapa nikah lewat juga belum tentu dia ingin ke Neraka dengan melewatkan pernikahan.

Tidak sayang…
Menikah agar membuat diri lebih dekat pada Allah SWT itu lebih utama. Dari menikah semata-mata kerana ingin menutup mulut manusia yang suka mengata.

Memetik hikmah dari sebuah buku,
Pernikahan itu rahsia Allah SWT. barangsiapa yang dimudahkan urusannya oleh Allah, maka bersyukurlah. Dan barangsiapa yang di uji oleh Allah SWT dengan lewatnya nikah. Maka, jodohnya adalah berbakti kepada kedua ibu bapa hingga Allah SWT menghadirkan seorang lelaki yang peribadinya sedang ditempa Allah SWT sesuai kadar peribadimu. Sok sedih ya ukhti yang jomblo.?
.
.
#bukuyaAllahakujatuhcinta

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI