Sakan betul orang beli emas sekarang ni. Walaupun harganya dah mula naik tetapi kepentingan emas semakin diketahui ramai. Bakal pengantin pun simpan hajat juga nak beli emas sebagai hantaran kahwin nanti.
Bagus tu tapi anda kena ada ilmu sebelum nak buat pembelian. Dari ilmu emas yang dikongsikan BroOhsem Akhtar Syamir, pembelian dan penilaian kita terhadap emas perlu betul. Jangan hanya melihat pada luaran tanpa tahu dalaman. Dengar macam serius kan? Baca ni untuk tahu lebih lanjut.
Dahulu saya biasa sarankan orang supaya jauhkan diri dari emas yang ada batu. Alasannya adalah batu itu tidak bernilai. Ianya akan diasingkan dan tidak dikira sebagai berat emas ketika barang kemas itu dijual.
Tetapi saya perasan, ada yang menyukai barang kemas yang ada batu sama ada di charms atau di cincin. Mereka tak peduli pun berkenaan “kerugian”.
Ini kerana, mereka minat rekaan itu dan ianya cantik. Tidak dinafikan, memang ada yang betul-betul cantik. Sampai terdetik dalam minda saya “why not?” Kenapa tidak? Cantik kan?
Kemudian saya beri nasihat kepada peminat barang kemas ala Pandora supaya elakkan dari beli charms yang mempunyai warna enamel dan batu. Ini kerana batu akan dibuang dahulu dan warna enamel akan dikeluarkan sebelum menentukan berat emas sebenar. Selalunya apabila proses menjual atau trade in berlangsung.
Tapi, ramai juga peminat emas ala pandora yang kumpul set pandora berwarna warni. Saya sendiri ada belikan kepada isteri seketul bead BLVGARI yang mempunyai enamel berwarna hitam. Sangat menarik bagi saya. Koleksi pandora yang ada warna pun cantik juga.
Saya juga ada terangkan mengenai kehadiran spring besi di dalam bangle, warna chrome dan rose gold yang tidak memberi kesan kepada berat dan gred emas serta risiko barang kemas high polished yang mudah calar sehinggakan terpaksa dibalut walapun sewaktu di kedai emas.
Beberapa kali juga saya nampak ramai yang beli bangle dari kedai emas ternama yang mempunyai spring yang beratnya lebih dari 1/3 berat gelang itu sendiri. Pada mulanya saya tertanya-tanya, kenapa beli juga kalau dah tahu dalam tu ada banyak besi?
Lama-kelamaan saya sedar yang barang kemas ini bukan fokusnya pada amaun emas itu sahaja tetapi rekaannya banyak mempengaruhi pemilikan atau menjadi faktor utama mengapa orang membeli emas itu.
Biasa juga saya perasan, ada orang yang setiap kali ditunjukkan barang kemas, dia akan tanya padu atau tidak? Umpama, padu itulah yang terbaik dan berbaloi. Sedangkan realitinya tidak begitu.
Ianya bergantung kepada minat terhadap rekaan emas tu dan cara pakai barang kemas tu. Kalau yang jenis lasak, padu sangat sesuai. Kalau yang jenis tidak sukakan rekaan yang unik atau moden, jenis padu pun sesuai kerana kebanyakan rekaan padu tidak begitu menarik bagi saya berbanding rekaan-rekaan moden sekarang seperti ketum, biskut tawar, lipan dan coco contohnya.
Kemudian, sebelum memandang rendah yang tidak padu atau hollow, tengok pula pada beratnya. Jika gelang lipan yang hollow dan bunyinya bising macam banyak ruang kosong dalam barang kemas itu tapi beratnya hampir 100 gram, kenapa kita perlu memperlekehkan gelang tu? 100 gram tu 20 ribu ke atas tau?
Paling kelakar apabila orang itu memuji gelangnya yang padu seberat 30 gram dengan gelang coco 50 gram milik orang lain. “Tapi tak padu tu” katanya. Allah, betapa tak faham konsepnya orang sebegini.
Rekaan stamping pun sama, iaitu kosong di bahagian bawah. Tapi kalau kita tengok rekaan rantai roti bun atau biskut tawar, walaupun stamping, tapi ia tetap kuat dan berat.
Akhirnya saya dapat simpulkan yang pembeli barang kemas ini langsung tidak sama mentalitinya dengan pembeli emas yang semata-mata untuk pelaburan.
Yang pembeli barang kemas di matanya “cantik, cantik, cantik” tetapi orang yang melabur dengan membeli emas hanya nampak berat dan “rugi, rugi, rugi”. Rugi trade in, rugi upah, rugi jual.
Pokok pangkalnya kenapa kita beli barang kemas? Tak salah jika pada mulanya kita fokus pada pandangan untung rugi, tetapi percayalah yang nanti pandangan anda juga akan berubah seperti saya.
Yang penting cantik. Yang penting ianya buat kita gembira. Tak kira lah padu, hollow, stamping, enamel, rose gold, ada batu, polished, hard gold, full gold dan sebagainya.
Minat orang tak sama, sebab beli emas tak sama, cara pemakaian juga tak sama.
Jika baru nak bermula, maksimakan emas yang ada. Bila dah semakin banyak, anda akan mula rasa yang tidak mengapa ada batu, tidak mengapa ada warna, tidak mengapa ada besi. Jangan biarkan orang lain buat anda tak beli apa yang anda suka.
Membeli emas bukan dapat duit percuma, perlu dikumpul dan diusahakan. Jadi, pastikan ianya menggembirakan.
Cuma satu je yang anda kena tahu, belilah di kedai yang tidak mahal. Ambil peduli dan ambil tahu cara kira harga emas. Perlu tahu perbezaan beli emas di kedai termasuk upah dan kedai yang ada upah. Jika anda tahu kira, masuk kedai mana pun anda akan selamat.
Kalau mahal sangat, pergi je kedai lain. Kalau malas nak tunggu atau nak survey, beli sahaja walaupun mahal sedikit.
Tapi jangan sakitkan hati dengan membandingkan harganya selepas dah beli. Bergembiralah dengan keputusan yang telah dibuat.
Perlu faham yang, jika anda rasa rugi, orang lain rasa untung. Jika anda rasa tak cantik, orang lain rasa ianya cantik. Barang kemas ini subjektif fokus dan penerimaannya. Tetapi hasratnya tetap sama, ingin memiliki emas.
Belilah emas apabila ada duit. Utamakan keperluan hidup dahulu. Selepas itu, simpanlah dan belilah emas. Jangan sentiasa menunggu dan menunggu. Tiada siapa yang tahu esok harganya berapa. Orang hanya boleh buat spekulasi tetapi harga emas ini bukan ditentukan oleh orang atau sebab yang sama.
Semoga kita semua dapat menjadikan emas sebagai aset yang menggembirakan. Kongsikan penulisan ini jika anda sudi.
Apakah sebab anda beli emas?
BroOhsem
Kredit foto: Instagram Angsa Emas
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Taman tema air di Negeri Selangor telah mula beroperasi semula selaras kelonggaran dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Bersedialah untuk membawa anak-anak anda bermandi-manda pada hujung minggu, atau nikmati keseronokan ini bersama rakan taulan anda.
Tentunya, taman tema air merupakan tarikan pelancongan yang digemari semua lapisan masyarakat tidak kira usia. Permainan gelongsor dan ombak buatan sememangnya tarikan yang sinonim dengan taman tema air. Akan tetapi, setiap taman tema air mempunyai keunikan yang tersendiri.
Hanya individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 dibenarkan mengunjungi taman tema air di Negeri Selangor. Jom isi masa terluang anda bersama ahli keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu ini dengan mengunjungi taman tema air yang disenaraikan di bawah!
Siapa yang tidak tahu tentang Sunway Lagoon, teman tema air yang terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya? Sama seperti taman tema air yang lain, Sunway Lagoon juga dilengkapi dengan tarikan gelongsor pelbagai jenis yang sangat mengujakan. Antara tarikan popular di Sunway Lagoon yang sangat digemari para pengujung adalah Vuvuzela, Little Zimbabwe, Waterplexx 5D, Surf Beach dan banyak lagi!
Sempena pembukaan semula pada 7 Oktober 2021, Sunway Lagoon telah memperkenalkan aktiviti berkelah yang dinamakan “Camp Out! at Sunway Lagoon”. Jadi, rasai sendiri pengalaman bermalam di Sunway Lagoon yang pertama kali diperkenalkan ini!
Bangi Wonderland merupakan taman tema air yang dikelilingi oleh hutan rekreasi dengan keluasan 12 ekar. Lokasinya yang terletak di tengah antara Bandar Semenyih dan Bangi sememangnya sesuai bagi anda yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota. Bangi Wonderland menawarkan 14 permainan yang menyeronokkan, antaranya Anaconda Trail, Body Slide, Green Pearl dan banyak lagi!
Selain daripada cahaya lampu LED dan taman tema salji yang menjadi tarikan popular para pengunjung di i-City, Shah Alam, taman tema air di sini harus juga diberi perhatian kerana Waterworld i-City ini menawarkan aktiviti yang amat menarik dan memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para pengunjung! Jom cuba satu-satunya Tornado Ride yang terdapat di Asia Tenggara, yang mencabar keberanian anda dan tentunya menyeronokkan!
Wet World Water Parks Shah Alam ini sudah beroperasi sejak 1996 lagi! Ianya menjanjikan keseronokan kepada para pengunjung, lebih-lebih lagi pada si kecil. Antara tarikan popular yang anda boleh cuba cuba di sini ialah Super Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River dan Kiddy Typoon Lagoon.
Pilihan aktiviti yang ditawarkan di sini adalah sesuai untuk kanak-kanak, dan kebanyakan kolam di sini adalah berparas cetek. Jadi, anda boleh bawa anak anda ke Wet World Water Parks Shah Alam pada masa cuti nanti!
Taman tema air kerap kali dikunjungi secara berkumpulan atau beramai-ramai kerana kita tahu, “lebih ramai lebih meriah”. Tambahan pula, taman tema air merupakan hiburan yang dapat dinikmati tanpa mengira usia.
Menariknya lagi, sesetengah taman tema air turut menyediakan tempat penginapan sekiranya sehari tidak cukup untuk anda menikmati semua aktiviti yang ditawarkan. Debaran permainan gelongsor yang curam dan ketenangan kolam renang memberi penangan yang hebat kepada para pengunjung. Jangan ketinggalan untuk menikmati pengalaman taman tema air yang menakjubkan di Negeri Selangor ini!
Walau bagaimanapun, adalah diingatkan kepada kita semua untuk berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap, terutamanya ketika memasuki premis-premis di Negeri Selangor.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Harga barang naik mencanak sekarang ni. Bahan mentah mahal, minyak mahal malah barang-barang kahwin pun dah naik harga. Ada bakal pengantin tak cukup jari nak buat kira-kira untuk majlis kahwin. Tapi ada juga majlis kahwin bajet yang anda boleh rancang.
Siapa kata tak boleh melangsungkan perkahwinan di masjid. Ini tip yang dikongsikan pengguna Twitter.
Ha, dah dapat jawapan kan? Kalau boleh berjimat, lebih baik kan!
KREDIT FOTO: TANGKAP PICTURES
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...