Menjadi seorang isteri bukanlah mudah, mana tidaknya mereka sentiasa mahukan yang terbaik untuk suami dan keluarga. Dalam setiap perkara!

Bonda Nor pesan pada semua wanita di luar sana, kita sebagai isteri kena tahu setakat mana kemampuan kita. Jangan paksa diri jadi sempurna.

Sibuk Pandang Hidup Orang Yang ‘Lebih’ Padahal Nabi Ajar Supaya Dekati Hidup Orang Yang ‘Kurang’

Jadi ibu, jadi isteri, kena tahu sukat juga kemampuan kita. Jangan nak paksa diri sangat nak jadi sempurna. Kita hamba Allah, bukan hamba manusia.

Penat, tidur.

Stres, rehat.

Kita tengok rumah orang berkilat bersih, cantik berhias, itu rumah dia. Sesuai dengan kemampuan duit dia, kesihatan dia, kelapangan masa dia.

Kita kemas rumah kita, kita masak untuk keluarga, buat mana yang terdaya. Then, terima seadanya. Tak payah beriya sangat setiap masa. Kesihatan tubuh dan emosi kita nak kena jaga juga.

Rumah bersih boleh tahan berapa lama? Beriya masak sedap setiap hari untuk apa? Lahai, makan sedap pun cuma sesaat je sedapnya masa lalu kat tekak kita. Apa yang nak beriya sangat?

Kerja-kerja beriya macam ni, sesekali pun dah cukup. Masa kita rajin, masa kita sihat, masa emosi kita stabil.

But most of the time, buat ikut kemampuan. Jangan paksa diri sangat konon sebab kita nak jadi isteri teladan, nak jadi isteri terbaik. Dah, tak payah berangan yang pelik-pelik!

Terima diri kita seadanya!

Tahu tak di mana punca stres paling utama?

Perbandingan.

Memang kita akan jem kalau bandingkan hidup kita dengan hidup orang.

Sibuk pandang hidup orang yang ‘lebih’ padahal Nabi ajar kita supaya dekati hidup orang yang ‘kurang’.

Sebab apa kena dekati hidup orang yang kurang bernasib baik? Supaya kita tak remehkan nikmat Allah pada kita! Ini yang kadang kita lupa. Lupa bersyukur!

Suami memang prioriti utama dalam hidup seorang isteri. Tapi kadang ramai isteri yang lupa pada garis autoriti – atas suami tu, ada Allah, ada Rasulullah.

Kalau dah dia paksa kita buat sesuatu yang menafikan hak, tertolak dah kuasa dia ke atas diri kita.

Allah suruh tutup aurat, dia tak bagi kita pakai tudung? Lawan jelah. Yang jadi bodoh ikut cakap dia kenapa?

Allah suruh jaga hubungan dengan ibu ayah, tapi dia tak beri kita berhubung dengan ibu ayah, lantak dialah. Curi-curi je contact juga ibu ayah kita. Tak apa, tak jatuh hukum isteri derhaka!

Allah suruh bayar segala hutang piutang tapi suami tak bagi kerja sedangkan dia sendiri pemalas, kerja hadap handphone dan TV, eh… kerja sajalah cari rezeki. Hutang kita tu takkan nak bawak mati!

Betul, suami ada hak ke atas diri kita, tapi jangan pernah lupa bahawa perintah Allah lebih utama.

Betul, suami ada hak ke atas diri kita tapi jangan pernah lupa, badan kita ini pun ada hak ke atas diri kita. Hak untuk dapatkan rehat. Hak untuk tidur yang cukup. Sebab tu, kalau rasa tak larat, jangan buat. Jangan seksa diri sendiri.

Kita hormat suami, tak bermakna semua cakap dia kita kena ikut. Kita pun ada otak, boleh fikir sendiri.

Cuma, kalau melawan tu, biar tarik rambut dalam tepung. Jangan keras sangat. Tak payah terpekik-pekik melawan sebab kadang, diamnya kita itu lebih menakutkan.

Pandai-pandailah nak hidup. Nabi dah sebut, kelemahan paling besar bagi lelaki ialah perempuan. So, rugilah kalau tak pandai guna kelemahan mereka ini sebaik-baiknya.

Kekuatan utama seorang isteri ke atas suami bukan pada pandai masak, pandai kemas rumah, pandai jaga anak. Tapi pada senyum manisnya, pada rayu manjanya. Itu yang menundukkan mereka!

Rumah kemas, lauk terhidang, tapi kalau rambut kau sendiri kembang macam singa, mengaum tak tentu masa, tak bahagia juga.

Gais, enjoy your life!

Kita buat kerja kita.

Perangai suami, perangai mentua, perangai jiran, perangai kawan, itu semua ujian. Bukan semua perlu kita sesakkan masuk dalam fikiran.

Talk to yourself… ‘Ini hidup aku, dan aku bersyukur. Aku cuba beri apa yang aku mampu, dan aku terima apa saja yang Allah takdirkan untuk aku.’

Tarik nafas, lepas.

Dan senyum.

Pagi!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI