Saya tidak mengetahui dengan mendalam dengan isu solat dan sebagainya yang berkaitan fiqh ibadah, namun saya kongsikan di sini berdasarkan sedikit ilmu dan kefahaman yang telah diperolehi tentang solat istikharah. Ilmu dan kefahaman ini saya gandingkan dengan pengalaman yang telah dilalui. Dialu-alukan perkongsian ilmiah dari kalian buat menambah ilmu kita semua tentang solat istikharah.
Yang setakat ini difahami, solat istikharah itu dilakukan setelah kita berusaha mencari jodoh, membuat pilihan berdasarkan taaruf dan melakukan penyelidikan tentang calon yang melamar atau dilamar.
Contoh yang pernah saya alami, sewaktu belajar dulu saya suka seorang lelaki yang nampak baik, yang dikenali dalam salah satu program khidmat masyarakat yang saya sertai, bernama Abdullah (bukan nama sebenar). Jadi mula-mula saya sekadar tertarik kerana akhlak yang zahir, tapi saya tak tahu rasa suka saya ini akan bawa ke mana.. saya hanya mengadu pada tuhan akan perasaan saya 😀 suka sekadar kerana nampak baik, tapi sekarang dah tak ada rasa suka dan dah lupa pun..
Lalu saya berusaha, pertama, memilih untuk menyiasat tentang Abdullah dan latarbelakangnya dari teman-teman yang dipercayai.
Usaha saya yang kedua, saya bercerita kepada ibu bapa saya tentang Abdullah, apa pendapat mak abah jika saya ingin berkahwin dengan Abdullah..?
Usaha seterusnya, dengan info-info yang saya ada tentang Abdullah, saya mengambil keputusan untuk melamarnya.
Sebelum saya melamarnya itu, saya beristikharah, menghadapkan pada ALLAH keputusan saya untuk melamar lelaki itu…
Dan setelah beristikharah, saya melamar Abdullah. Tetapi akhirnya takdir ALLAH itu melakar bahawa Abdullah yang saya lamar bukan jodoh saya. Sebagai manusia biasa, saya bersedih kerana saya telah berusaha untuk bernikah dan saya berharap ALLAH membantu saya bernikah dengan jodoh ini.
Malah kerana itu adalah cubaan ‘berani mati’ saya yang pertama melamar seorang lelaki, perasaan saya ketika itu sangat teruji dengan rasa-rasa yang agak negatif, kecewa, down.
Tetapi ALLAH Maha Mengetahui kan? Maka hati pun terpujuk dengan rangkap doa istikharah yang diajar Rasulullah SAW.
IKLAN
IKLAN
IKLAN
“…Ya ALLAH, andai urusan yang ku inginkan ini baik untuk agama dan kehidupanku dunia dan akhirat, maka takdirkanlah ia untukku, mudahkanlah jalannya, berkatilah ia..
…Andainya urusan ini membawa keburukan untuk agama dan kehidupanku dunia dan akhirat, jauhkan ia dariku, takdirkanlah kebaikan untukku di mana saja diriku berada, dan berilah keredhaan kepadaku.”
Saya juga tidak rasa menyesal kerana hubungan itu diputuskan setelah berbincang dengan orang-orang yang amanah dan berilmu. Untuk soalan seberat jodoh, jangan sesekali membuat keputusan tanpa berdasarkan musyawarah (perbincangan) dengan ibu bapa dan orang-orang berilmu.
Istikharah dan musyawarah adalah sangat penting untuk membuat keputusan yang mantap dan tidak berakhir dengan penyesalan.
Namun bagi ramai antara kita yang jatuh cinta dan berpacaran sebelum bernikah, maka perasaanlah yang menjadi panduan dalam membuat jodoh. Berhati-hatilah, lorongkanlah perasaan itu untuk mencari jodoh yang beriman dan membantu kita dalam kehidupan menuju akhirat yang kekal abadi.
Dan kini Abdullah ada di sisi saya, bukan Abdullah yang dilamar, tapi Abdullah anak saya yang ALLAH bagi melalui suami yang ALLAH tetapkan buat saya…
Bagaimana pula usaha saya untuk bernikah dengan suami yang ALLAH telah tetapkan ini?
Setelah kakak isteri pertama menyampaikan hasrat suami menjadikan saya isteri kedua, saya membincangkan dengan teman-teman terdekat dan kakak naqibah yang mengendalikan usrah saya. Saya tak berani terus-terus memberitahu pada ibu ayah – saya bimbang mereka terkejut, atau marah, atau bersangka bahawa saya yang sengaja menjalin hubungan dengan suami orang.
Namun yang terawal adalah berdoa meluahkan segala rasa hati pada ALLAH – kebimbangan, ketidakpastian dan segala gelodak perasaan dengan lamaran poligami itu. Kerana ALLAH lah yang kemudiannya menemukan kita dengan teman-teman baik yang membantu meleraikan persoalan dan kekusutan.
Saya kemudian meluahkan pada mak, tapi mak pastilah berkongsi dengan abah. Dalam pada itu, saya banyakkan bertemu dan memohon pandangan tentang lamaran poligami dari makcik pakcik, majikan tempat saya bekerja, ustaz ustazah. Yang agak rapat dan boleh dipercayai.
Saya mula menggoogle tentang suami saya, banyak juga pakcik google sediakan info. Saya mendapat paling banyak info tentang suami saya dari kakak isteri pertama. Saya bertanya pandangan orang-orang yang mengenali suami saya secara jauh atau dekat.
Saya menggoogle tentang kehidupan poligami. Saya meminjam buku tentang poligami dari sahabat. Saya menemui beberapa isteri yang berpoligami untuk mendengar cerita dan pengalaman.
Setelah berbincang dengan ibu ayah dan adik beradik, dengan segala risikan dan penyiasatan tentang suami saya, dengan taaruf yang sempat berlangsung dengan suami beberapa waktu, dengan info tentang kehidupan berpoligami yang perlu saya ketahui, semuanya diproses hati dan minda saya – saya kemudian beristikharah.
Dengan doa istikharah, saya berteguh hati menerima lamaran. Tidak ada mimpi aneh memberi petanda, tidak ada bisikan yang datang di malam hari. Tidak ada wajah yang hadir di alam tidur.
Hasil istikharah itu bagi saya ialah, saya merasa tenang. Saya merasa bantuan. Saya merasa ALLAH menunjuk jalan.
Saya merasa lapang meneruskan walau banyak cabaran yang datang di sepanjang perjalanan menuju pernikahan.
Maka sebenarnya untuk urusan jodoh ini perlu usaha yang optima dan berterusan, dalam rangka kemampuan kita asalkan mengikut syariat. Dan bukan meminta ALLAH membuat keputusan untuk kita, tapi dengan segala usaha kita menyelidik latar belakang pasangan, dengan persediaan kita menerima atau menyesuaikan diri dengan keperibadian calon teman hidup – inilah akhirnya yang membawa kita membuat keputusan.
Dan usaha serta keputusan seorang insan kerdil ini kita hadapkan dalam solat istikharah kepada ALLAH dengan setulus perasaan, memohon perlindungan, meminta kebaikan, merayu rahmat dan petunjuk. Setakat yang saya tahu, doa istikharah itu boleh dilafazkan sebelum atau selepas memberi salam, dalam bahasa melayu, bahasa cina, bahasa france atau sebaiknya dalam bahasa arab – asalkan kita faham, tak kira bahasa apa.
Islam bukan agama yang pasif, bukan hanya menerima calon yang melamar tanpa merisik dan menyiasat latarbelakang, atau bukan duduk menunggu jodoh datang bergolek. Islam bukan mengajar memilih jodoh dengan hanya dengan perasaan, namun aspek perasaan ada bahagiaanya dalam memilih jodoh. Islam mengajar aktif dan proaktif mencari jodoh mengikut syariat.
Kesimpulannya, solat istikharah memilih jodoh adalah gabungan usaha yang optima dan tawakkal yang tinggi kepada ALLAH. Kita sebagai manusia berusaha mencari, berkenalan, menyelidik dan berkomunikasi dengan calon teman hidup dalam kadar yang sewajarnya. Kemudian, kepada ALLAH kita sandarkan dengan keyakinan segala ikhtiar, harapan dan perjalanan kehidupan yang kita rancang. Hingga akhirnya kita redha dengan ketentuan dan keputusan tuhan yang Maha Mengurus Kehidupan.
Bermacam-macam alasan yang kita dengar mengapa sesebuah perselisihan faham itu boleh berlaku. Bayangkan disebabkan sikap dan rutin harian yang berbeza boleh menjadi punca pergaduhan. Pelik tapi inilah kenyataan dan ragam berumahtangga yang terpaksa dijalani oleh setiap pasangan.
Bukan ingin menyokong sebelah pihak, tetapi tidak dinafikan kaum wanita juga mempunyai banyak kekurangan namun sesetengah kaum lelaki semakin culas dalam bab berumahtangga sehingga sewenangnya meletakkan tanggungjawab yang terlalu berat keatas wanita.
Kredit: CST Production
Wanita Seperti Ketua Keluarga
Jika dilihat di dalam Islam, tanggungjawab menjaga anak-anak dan isteri diletakkan ke atas suami dimana mereka wajib menyediakan tempat tinggal, menyediakan makanan, pakaian dan ubat-ubatan bagi meneruskan kehidupan.
Malahan suami juga diwajibkan memberi nafkah kepada isteri untuk membeli barang peribadi si isteri, tidak termasuk barang keperluan keluarga.
Namun apa yang menyedihkan, ramai para suami mengambil kesempatan dengan sikap kasihan dan toleransi si isteri sehingga ada yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.
Sampaikan barang keperluan asas pun tidak disediakan secukupnya sehingga isteri terpaksa keluar bekerja bagi menanggung anak-anak dan keluarga.
Memang benar, kos sara hidup kini sangat tinggi sehinggakan untuk mempunyai anak ramai terpaksa berfikir banyak kali. Ekoran dari itu juga ramai isteri yang terpanggil untuk sama-sama bekerja bagi menampung kos sara hidup bersama suami tercinta.
Namun sayang, banyak suami yang mengambil kesempatan dengan membiarkan isteri sendiri menanggung semua kos-kos seperti keperluan anak-anak, makanan harian malah bil-bil rumah juga ditanggung isteri.
Belum lagi tanggungjawab menjaga anak yang rata-rata dilepaskan kepada si isteri. Jangan terkejut sekiranya berjumpa seorang bapa yang sekali pun tidak pernah membasuh berak anak mahupun membasuh pinggan di dapur.
Sudahlah disuruh mencari duit, dilayan seperti orang gaji, sampai bila stigma ini akan berakhir? Dan bilalah kaum lelaki akan mula mengalas tanggungjawab mereka dengan baik dan mengikut ajaran agama?
Dalam rumahtangga, suami isteri pasti inginkan zuriat yang sah, namun tatkala proses mendapatkan zuriat itu,setiap pasangan harus saling menghargai pengorbanan supaya tiada bebanan di antara suami isteri. Apatah ibu yang sarat mengandung, banyak pengorbanannya, wahai suami hargai isterimu.
Saat mengandung selalu muntah. Suami akan datang dari belakang dan gosok-gosok di belakang. Isteri sakit dan suami bertambah rasa kasihan kepada isteri. Memberi sentuhan. Sebenarnya kasih sayang itu membuat anak dalam perut juga bersama ibu dan ayahnya..
Wanita mengandung kadang-kadang tidak boleh tidur malam. Susah tidur malam. Latihan supaya boleh menjaga anak-anak bila anak dah lahir. Isteri kadang-kadang tak larat nak bersama suami atau kadang-kadang bad mood. Suami pujuk dengan picit-picit isteri. Suami berikan hadiah. Suami sentuh perut isterinya…isteri disediakan mental untuk melayan anak-anak nanti..
.
Paling syahdu dapat dukung or papah isteri bila dia tak larat or lepas bersalin untuk ke bilik or ke mana-mana. Saling bermaafan. Masing-masing banyak berdoa dan berzikir. Semua orang akan merasai belas kasihan dan sayang pada wanita mengandung kerana anak-anak dalam perut itu memerlukan kasih sayang. Hebat wanita. Biasanya semua orang tak suka jika ada benda membebankannya. Tetapi ibu senyum, ketawa bila anak sepak perutnya. Rasa ada pergerakan dalam perut satu nikmat buatnya. Ibu jika terjatuh atau sakit yang dirisaukan ialah kandungannya.
Yang ingin diselamatkan.Allah masukkan perasaan sayang dalam hatinya. Indahnya menyayangi melupakan segala kesakitan dan keperitan.Ramai suami benar-benar jatuh cinta bila isteri mengandung. Dan paling jatuh cinta saat isteri bersalinkan anak. Melihat betapa sakit dan susahnya untuk mendapatkan seorang anak. Allah sebut kisah wanita bersalin dalam Al-Quran. Betapa ianya dihargai..mengandung 9 bulan. Kesakitan bersalin.
Wanita bersalin diampunkan semua dosanya. Uratnya yang putus. Kesusahan solat dan buat baik ketika mengandung dan saat menjaga anak-anak. Semuanya diperhati dan dinilai oleh Allah. Orang yang memudahkan mereka juga. Mereka yang ada niat untuk mengandung dan belum ditakdirkan insyaAllah. Allah telah beri pahala mengikut niat yang baik.
Ya Allah mudahkanlah buat semua ibu yang mengandung dan bersalin. Ya Allah maafkanlah ibu kami yang sakit ketika bersalin buat kami. Ampunkan isteri kami dalam berkorban dan mati banyak kali demi kami. Ya Allah rahmatilah wanita yang ingin mengandung tapi belum ditakdirkan. Mudahkanlah buat mereka.
Bayangkan, semua kesengsaraan ni akan dilalui oleh ibu mengandung selama sembilan bulan. Non-stop. Tanpa rehat atau cuti.
.
Allahu, tak mampu gambarkan semua keadaan yang dilalui seorang isteri. Cerita selepas bersalin, berpantang, menyusu anak, berjaga malam, sungguh saya tak mampu. Tapi percayalah wahai ibu-ibu, anda sentiasa dalam peliharaan dan rahmat kasih sayang Allah.
Kerana,
Setiap urat yang putus,
Setiap otot yang sakit,
Setiap bahagian tubuh yang menderita,
Ada ganjaran besar yang telah Allah sediakan buat kalian. Percayalah, kalian memang KUAT DAN GAGAH. Kalau tanya saya mampu tak nak gantikan tempat isteri untuk ambil tugas mengandung dan melahirkan, awal-awal lagi saya dah surrender. Tanyalah pada lelaki paling gagah dalam dunia ni pun. Aci kerat jari, dia pun tak sanggup. Sebab apa? Sebab Allah dah bagi kepada orang perempuan, mengandung ni adalah keistimewaan mutlak kalian. Kepada suami, ingat kembali semua pengorbanan yang telah mereka lalui untuk kandungkan dan lahirkan zuriat kalian. Hargailah mereka.
Kerana hanya itu yang mereka perlukan dari seorang teman sesyurga idaman.
Rezeki manusia sudah disusun cantik oleh Allah SWT, namun ia tetap memerlukan kita untuk lebih berusaha dan bersungguh-sungguh mencapai apa yang dihajatkan termasuk melakukan amalan yang boleh membuka pintu rezeki.kelebihan beristighfar sangat penting dan besar.
Rasulullah SAW yang maksum dan dijanjikan syurga sendiri beristighfar dengan penuh penghayatan sebanyak 70 hingga 100 kali sehari. Walaupun rezeki, jodoh dan ajal berada dalam ilmu Allah SWT hingga manusia tidak tahu apa yang akan diterimanya, Allah SWT tidak menafikan usaha hamba-Nya berikhtiar, bertawakal dan berdoa sebagai kebergantungan kepada-Nya.
“Kita sudah tahu rezeki setiap bulan akan mendapat gaji dan ia masih dalam konsep tawakal. Kita mampu pergi kerja kerana badan sihat dan apabila sudah melaksanakan tanggungjawab, lalu diberi gaji yang menjadi rezeki kita.“Sekiranya Allah SWT mahu menukar takdir hamba-Nya, ia boleh sahaja kerana itu menjadi hak-Nya. Tugas hamba adalah melakukan setiap suruhan-Nya, jangan berputus asa dan bersangka buruk kepada-Nya,”
“Barang siapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan daripada setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad) Malah, dengan beristighfar juga mengundang takdir yang baik untuk kita. Kisah Nabi Yunus boleh disifatkan sebagai contoh terbaik manusia yang segera mendapat bantuan Allah SWT kerana Baginda sentiasa mengingati Allah SWT ketika senang.
Disini kami ingin berkongsi sebuah kisah yang agak menarik… rasa rugi kalau tidak dikongsi dengan rakan-rakan… kisah nie berkait dengan istighfar… banyak rupanya kelebihan beristighfar nie… banyak juga yang hendak dicerita hehe… tapi, kami akan ambil satu cerita yang sangat menarik… cerita mengenai kelebihan mengamalkan beristighfar untuk berjaya hamil…
LAMA BERKAHWIN TAPI MASIH BELUM PUNYA ZURIAT
Dua orang sahabat sedang berehat, salah seorang sahabat sedang bersedih… lalu sahabatnya terdetik ingin bertanya… sebelum bertanya dia berdoa kepada ALLAH supaya menghilangkan kesusahan sahabatnya itu… lalu dia meminta sahabatnya tidak menyembunyikan masalahnya. Selepas dirayu dia berkata, “wahai sahabatku Abu Mu’adz, terus terang aku nyatakan apa yang aku rasakan.
Sebenarnya aku sudah berkahwin sejak sekian lama, namun ALLAH belum juga mahu mengurniakan kami zuriat keturunan. Aku berjumpa dengan ramai doktor, namun belum juga aku menemui penawar bagi kekusutan yang kami hadapi. Apakah agaknya jalan penyelesaian yang terbaik wahai Abu Mu’adz?”
Abu Mu’adz menjawab, “wahai sahabat, mari aku ceritakan kisah ajaib untukmu dari seorang yang boleh dipercayai” Abu Mu’adz mula bercerita…
Disebutkan kisah, seseorang masuk ke masjid di luar waktu solat. Dia kelihatan sedang bersedih. Maka disapanya, “wahai anakku, mengapa engkau bersedih?”
Anak muda itu berkata, “wahai pakcik, aku sudah berkahwin sejak sekian lama, namun ALLAH belum juga mengurniakan kami anak supaya aku boleh bermain-main dengan mereka dan mereka bermain-main denganku. Tidak ada doktor di dunia yang tidak aku temui, namun masalahku tidak juga terungkai.”
Lelaki tua itu menyuruhnya duduk. “Aku akan memberikanmu ubat dan ubat ini sukar untuk dilakukan. Namun aku bersumpah kepada ALLAH, itu adalah ubat.”
BANYAKKAN ISTIGHFAR
Anak muda itu bertanya, “apakah itu?” Lelaki tua itu menjawab, “Engkau bangunlah satu jam sebelum solat subuh bersama-sama isterimu. Satu jam itu kamu bahagikan kepada dua bahagian. Setengah jam pertama adalah untuk qiyamullail dan setengah jam kedua untuk beristighfar, nescaya ALLAH azza wa Jallah mengurniakan kalian anak. Allah berpesan dalam surah Nuh ayat 10 – 12:
“Maka Aku katakan kepada mereka, “Mohonlah keampunan kepada Rabbmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, serta mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”
Anak muda itu menemui isterinya… “Isteri yang ku cintai, segala puji bagi ALLAH, aku sudah temui penawar yang dicari-cari. Aku telah menemuinya, namun ia sukar sekali”
Si suami membaca surah Nuh ayat 10 -12 dan memberitahu isterinya…“Kita perlu bangun satu jam sebelum subuh. Setengah jam kita pergunakan untuk solat dan setengah jam lagi kita pergunakan untuk istighfar, apakah engkau sedia melakukannya?” si suami bertanya
Isterinya menjawab, “sudah tentu, wahai suamiku, sebab itu adalah kalamullah” “Lalu, bila kita akan mulakan?” Tanya suaminya “Hari ini juga” kata isterinya
Semenjak hari itu, pasangan suami isteri ini terus melakukan qiyamullail dan beristighfar. Hanya selang 15 hari, sudah kelihatan tanda-tanda kehamilan pada isterinya. Si suami terus membawa isterinya berjumpa doktor. Selepas menjalani pemeriksaan perubatan, doktor mengesahkan isterinya hamil. Abu Mu’adz mengakhiri cerita……
Kembali kepada Abu Mu’adz dengan sahabatnya…
Selepas sahabatnya mendengar kisah tadi, Abu Mu’adz tidak lagi menemuinya kecuali sebulan selepas itu. Demi Allah, Abu Mu’adz lihat diwajah sahabatnya ada cahaya iman dan dia sedang berada dipuncak kebahagiaan. Abu Mu’adz katakan kepadanya, “Masya’Allah, wajahmu memancarkan cahaya.” Sahabatnya menjawab, “Alhamdulillah, semenjak hari itu wahai Abu Mu’adz, aku mengamalkan perubatan yang kamu cadangkan dan aku memberimu khabar gembira bahawa isteriku sekarang positif hamil.”
Abu Mu’adz juga pernah didatangi seorang pemuda yang sudah lebih tiga tahun berkahwin, namun mereka belum juga dikurniakan cahaya mata. Abu Mu’adz menceritakan kisah tadi kepada pemuda itu. Pemuda itu tahu, namun dia belum mempercayainya. Dia menemui isterinya dan menceritakan kisah itu.
Suatu hari, pemuda itu menemui Abu Mu’adz dan berkata “jazakallahu khairan, isteriku sekarang positif hamil padahal aku tidak melakukan amalan perbuatan apapun. Kerana kemiskinan, isteriku bangun sejam sebelum fajar, lalu mendirikan solat dan beristighfar. Sekarang dia positif hamil dan kami rasa sangat bahagia.”
Pesona Pengantin : Sebagai hambanya kita jangan pernah putus asa mahupun saling menyalahkan pasangan, dekatkan diri dengan Allah dan banyakkan berdoa supaya rezeki kita tidak pernah putus. Tahniah buat yang sudah dikurniakan zuriat, yang masih belum diberikan rezeki, cubalah cara ini.
Ada sesetengah isteri nak hadiah mahal daripada suami dek kerana melihat pemberian pasangan orang lain di medsos. Bukan kerana dengki tetapi nak merasa dapat kejutan dan dihargai.