Kecantikan pelakon jelita bertubuh genit, Song Hye-kyo sering memukau perhatian ramai. Tampil dengan drama rantaian terbaharu yang bertajuk ‘The Glory’, Hye-kyo dipuji warga maya kerana sungguh pun tanpa sebarang solekan tebal, kecantikan aslinya tetap terserlah.
Memiliki bentuk tubuh yang langsing, siapa sangka Hye-kyo telah mencecah usia 43. Jika mengikut usia rasmi, Song Hye-kyo berusia 42 tahun tetapi jika di Korea, kiraan umur bertambah satu tahun menjadi 43 tahun.
Kecantikan bintang jelita berusia 43 tahun ini kelihatan langsung tidak dimamah usia. Tentu ada amalan kecantikan yang diamalkan oleh Hye-kyo sehingga dia mampu ‘mempertahankan’ kejelitaannya tanpa luntur.
AMALAN RUTIN KECANTIKAN SONG HYE-KYO:
1. Senaman
Sering melakukan senaman yoga dan kardio untuk memperbaiki keadaan kesihatan. Tetap aktif dengan olahraga memang efektif untuk menjadikan kulit dan tubuh awet muda. Selain itu, bentuk badan pun terjaga.
2. Mengurut wajah dengan ais batu
Ads
Menggunakan kiub ais untuk mengurut wajah. Menurutnya kaedah ini boleh menjadikan kulit tegang dan wajah lebih runcing. Mengurut wajah dengan ketulan ais sangat berkesan melegakan kesakitan, keradangan dan lebam pada permukaan kulit. Kaedah ini juga berkesan untuk menangani wajah yang sembab akibat kurang tidur.
3. Menggunakan produk perawatan wajah anti penuaan
Ibu Song Hye-kyo menasihatkannya memulakan penggunaan produk anti penuaan walaupun masih muda. Biasanya Song Hye-kyo menjalani ritual penjagaan kulit wajah pada waktu malam dengan mula memakai penyegar anti penuaan. Perawatan kulit wajah diteruskan dengan serum, krim muka, dan masker wajah.
Ads
4. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan air mineral secukupnya
Pelakon cantik ini sangat mengambil berat makanan yang dimakan. Beliau mengelak makan makanan ringan, makanan segera dan juga coklat. Buah-buahan dan sayur-sayuran memang wajib ada dalam diet hariannya terutama labu.
5. Masker wajah daripada campuran putih telur dan madu asli
Merawat wajah dengan masker yang diperbuat daripada bahan dapur. Ramuan kegemarannya ialah masker wajah campuran putih telur dan madu asli.
6. Masker wajah daripada madu asli
Masker wajah daripada madu asli menjadikan kulit wajah lebih cerah dan menyamarkan garis-garis halus.
Song Hye-kyo pertama kali debut watak utama dalam drama ‘Autumn in My Heart.’ Memegang watak Eun-seo bersama aktor Song Seung-heon dan Won Bin, lakonan aktres jelita ini berjaya mencuri perhatian peminat-peminat Kdrama. Song Hye-kyo sebelum itu telah banyak berlakon dalam sitkom dan drama bersiri sejak tahun 1995.
Dari sempit nampak luas bila dapur rona putih. Itulah kesan pemilihan warna yang tepat. Belum lagi ‘bermain’ dengan perabot dan segala gajet yang warnanya cerah juga.
Sebenarnya ramai mak-mak suka warna putih, cuma tak berani tanggung risiko sebab warna ini memerlukan sikap rajin berganda. Maklumlah, putih cepat kotor. Kalau tumpah, memang ketara kena cuci.
Namun, warna ini paling minimalist dan cantik malah boleh membangkitkan mood untuk memasak. Haaa.. kalau anda rasa nak ubah dapur ke warna putih, jom baca perkongsian Dinah Rakhim.
Putih itu ‘timeless’ maka sebab itulah dapurrona putih adalah konsep kabinet paling popular sepanjang masa. Untuk ruang dapur yang seluas 177 kaki persegi ini, pilihan warna putih dapat memantulkan cahaya dan menjadikan ruang dapur ini kelihatan lebih besar.
Menggunakan kabinet keseluruhannya warna putih, white quartz countertop, Bosch appliances, Eubiq sockets, Ash timber SPC flooring dan subway tiles, hasilnya sangat memuaskan hati.
JOM KITA LIHAT TRANSFORMASI PROSES MAKEOVER INI DILAKUKAN:
Kalau ruang tamu jenis memanjang yang bersambung hingga ke dapur, ini idea yang boleh dipraktikkan. Barulah naik seri dan cantik teratur perabot tersusun.
Sebenarnya apabila keluasan kediaman terhad, idea nak menghias kediaman pun jadi sedikit ‘terbantut.’
Bagaimanapun faktor ini bukanlah halangan untuk kita menghias kediaman. Ada beberapa tip yang boleh anda praktikkan agar kediaman dengan ruang memanjang kelihatan menarik.
Berikut perkongsian Adawiah Burhanuddin jemput baca dan cedok mana yang sesuai untuk ubah suasana dalam rumah.
Tip Hias Ruang Tamu Jenis Memanjang
“Saya kongsikan deko hall rumah kami. Hall memanjang sambung terus ke dapur. Semoga dapat memberi idea kepada yang sedang mencari-cari idea untuk deko hall.”
BERIKAN RUANG BANYAK CAHAYA
Biasanya ruang yang memanjang terutama kawasan yang paling jauh dari tingkap akan kelihatan gelap. Gunakan langsir yang agak nipis untuk mendapatkan cahaya sebanyak mungkin.
GUNAKAN WARNA PUTIH
Ini adalah muslihat yang berfungsi untuk semua ruang yang kecil. Warna putih membantu memberikan efek luas dengan dibantu dengan pencahayaan yang baik. Gunakan warna putih sebagai asas contohnya dinding.
Adunkan bersama perabot dan hiasan rona tanah. Semasa menambahkan warna, lebih baik memilih nada pastel ringan yang memberikan mood ceria tanpa mengurangkan cahaya.
GUNAKAN PERSPEKTIF
Jalur adalah kaedah perspektif yang membantu memberikan ilusi ruang yang lebih luas. Boleh juga buka tingkap bagi memastikan ruang ini mendapatkan cahaya natural.
TELEVISYEN ‘LEKAT’ DI DINDING
Televisyen yang ‘dilekatkan’ pada dinding sangat menjimatkan ruang. Rak televisyen hanya digantung pada dinding. Banyak ruang banyak dijimatkan apabila tiada rak televisyen yang diletakkan di atas lantai.
PILIH SOFA YANG SESUAI
Ruang tamu yang memanjang sukar dihiasi dan anda harus memilih elemen yang benar-benar penting sahaja. Sofa juga mesti memanjang dan hampir lebih baik tanpa chaise longue.
RUANG MAKAN
Letakkan set meja makan (meja makan dan kerusi) yang kecil sahaja pada ruang kediaman yang memiliki keluasan memanjang. Banyak ruang boleh dijimatkan apabila set makan makan dipilih daripada set yang serba ringkas dan saiz yang kecil.
CERMIN PADA DINDING
Ini adalah salah satu cara untuk menjadikan ruangan kelihatan lebih luas. Pantulan cahaya cahaya menjadikan ruangan memanjang tampak lebih luas. Cermin sangat membantu kita mewujudkan cahaya dan ‘kelapangan’ pada sesuatu ruang.
Dapat sesuatu dalam idea dekorasi kali ini? Moga tip ini membantu pasangan suami isteri untuk naikkan seri dalam rumah.
Mungkin ada yang beranggapan bahawa tidak ada yang salah jika menumpang kereta untuk berulang-alik ke tempat kerja jika bekerja di tempat yang sama. Namun yang menjadi masalahnya apabila suami orang menumpang kereta isteri orang atau isteri orang menumpang kereta suami orang. Ini memang masalah besar.
Sebenarnya banyak masalah yang akan timbul bila dua orang yang berlainan jantina berduaan dalam satu kereta. Lebih buruk lagi apabila melibatkan lelaki dan wanita yang berstatus suami atau isteri orang. Wanita bujang dengan suami orang pun bahaya, isteri orang dengan lelaki bujang pun tetap bahaya. Mana-mana pun tetap bahaya!
Bayangkan bila tersangkut lama dalam kesesakan lalu lintas maka masa yang ada diisi dengan sembang-sembang dan akhirnya menjurus kepada ‘curahan hati’. Lama-lama masing-masing pun rasa saling memerlukan. Ini yang kita tak nak berlaku.
Berikut perkongsian daripada Marlia Ramli yang wajar dijadikan peringatan bersama sama ada suami atau pun isteri.
Jangan tumpang kereta suami orang. Berduaan? BIG NO! Grab dan teksi ada. Wanita hari ini perlu lebih berdikari dan punya standard sendiri.
Jika terpaksa tumpang, call isteri arjuna ini dan minta izin. Jaga diri sungguh-sungguh. Rendahkan diri bila terpaksa menumpang. Jangan melebih-lebih pula. Ini kan Malaysia…
KAUM WANITA SERING DIPERSALAHKAN
Tak kira siapa yang mula dulu akhirnya wanita yang akan dicop miang, merenyam, gedik dan gatal.
Tak kira suami orang level have-have atau bohjan di tepi jalan, jarang pihak arjuna yang akan dipersalahkan. Pusing camne pun, wanitalah yang akan dipersalahkan. Digelar penyondol dan khinzir yang menyerang tanaman orang. Tak kira lah siapa yang merayu itu ini.. Wanitalah akhirnya akan ditunding dilihat tidak ada style, low class dan kasta terendah.
Oleh itu sebaiknya, elak sama sekali menumpang kereta suami atau isteri orang. Jika nak tumpang pun, carilah sama-sama jantina. Senang sebab tak ada masalah curang selain mengelakkan fitnah daripada orang sekeliling.
Sumber kredit: Marlia Ramli, kata ustaz
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!