Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kampung? Suami bukanlah anak lelaki sulung atau anak lelaki tunggal.
Bolehkah keluarga di kampung terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? – Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.
Jawapan;
Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.
Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).
IKLAN
Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.
IKLAN
Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;
IKLAN
a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.
Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.
Perkerjaan sebagai suri rumah tidak asing lagi dalam kalangan wanita. Menjadi suri rumah ini sebenarnya banyak cabaranya. Bukan hanya tahu goyang kaki saja. Anda tidak akan faham kerja mereka selagi anda tidak berada di tempat mereka. Ikuti perkongsian dari facebook Syahirah Omar ini.
Aku terpanggil untuk menulis depresi di kalangan suri rumah. Sebab harini ramai tag aku rasa nak marah jiran, bila jiran kata mereka tak pandai jaga anak. Kata jiran, dok rumah “mengangkang” saja. Ada yang mula dengar suara suruh bunuh anak, ada yang rasa nak kelar diri sendiri.
Aku rasa aku perlu tulis ni untuk luahkan apa yang mereka rasa. Ya, aku faham benar apa kau rasa.
Aku minta maaf, aku tak dapat tulis bagi yang bekerja. Jadi kita fokus pada yang suri rumah saja ya? Aku enjoy bekerja. Tetapi bekerja, kita memerlukan jadual kerja supaya hidup kita sangat teratur. Kita banyak betul bermain dengan masa. Tetapi yang tinggal di rumah, kami bermain dengan emosi, terlalu penat mental, fizikal.
Kenapa dengan emosi suri rumah?
#1 DILABEL SEBAGAI ” GOYANG KAKI”
” kerja apa?” Soal makcik senah jiran depan rumah.
“Oh, saya suri rumah Cik Senah,”
” Oh tak kerja, seronoklah duduk rumah tak penat sangat ,” Cik Senah mula cari gaduh.
Terus Timah berlari masuk rumah menangis sebab rasa sangat “loser”.
Bayangkan kalau 10 orang, 20 orang atau lebih dari tu cakap benda yang sama? Rasa seperti tak berfungsi dan tak memberi manfaat.
Suri rumah ni satu pekerjaan yang sangat mulia. Lubuk pahala tau? Kenapalah masyarakat tak faham benda ni? Sudahlah kerja non stop, tiada rehat untuk diri sendiri. Makan, solat, kelam kabut. Tambah tambah anak masih kecil umur rapat-rapat. Cuba bila dengar je orang kerja suri rumah respon terus begini
” Subhanallah, hebatnya! Banyak pahala yang Allah nak beri pada awak. Awak memang isteri dan ibu yang hebat! ”
#2 PENAT MENTAL FIZIKAL
” Abang, harini anak kita jatuh bang. Saya tak larat betul rasa anak lasak sangat,” Timah mula mengadu.
” Awak ni merungut begini nanti Allah tarik nikmat anak baru tahu! Cubalah bersyukur!” Seman naik berang sambil scroll facebook.
Gais, isteri cuma mahu bercerita. Dia bukan tidak bersyukur. Cubalah kau peluk dia dan cakaplah,
” Biar sini abang jagakan Talib, awak pergilah mandi lama-lama, solat tenang-tenang ok? Abang tahu awak penat seharian uruskan anak-anak yang tengah melasak,” – Seman, suami dan ayah mithali.
Kadang kadang waktu rehat isteri tu biarlah dia main facebook, biarkan dia bersendiri sekejap. Ini sudahlah letih seharian, anak meragam tak berhenti, penat kehulu kehilir hantar ambil anak anak.Suami balik kena layan suami seperti raja pula.
Ada yang suami di luar negara. Whatsapp suami cerita tentang anak-anak kadang kadang bluetick saja. Atau balas ” Sabarlah,mama. Papa jauh ni,”
Gais, mereka maklum kau jauh. Cubalah kau tanya dia harinya bagaimana. Sihat atau tidak? Sempat atau tidak makan dari tadi?
Atau yang lebih dasyat , merekalah isteri, merekalah suami. Suami pula banyak lepas tangan urusan keluarga, perbelanjaan isi rumah. Balik, minta duit nak beli rokok lagi ada lah. Allah Allah Allah 😞
Sabarlah wahai isteri, segala penat lelah tu jika kita Redha, terlalu banyak ganjaran buat kita. Mohon pada Allah supaya diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan. Manusia ni, sentiasa buat kita kecewa.
Tapi Allah tak pernah pun menyakitkan kita. Allah sentiasa ada untuk kita.
Percayalah!
#3 TIADA SUMBER PENDAPATAN
Media sosial ni penuh sebenarnya gambar Peah bercuti bersama rakan rakan, company trip pergi bandung lah, honeymoon di Swiss lah. Maka Timah pun mula berdukacita.
Timah kalau dapat pergi kedai ECO pun rasa dah nak histeria punya happy tau?
Ada yang sempat bekerja dari rumah. ada yang memang tak mampu pun nak buat bisnes dari rumah. Situasi kita semua tak sama. Ada yang anak terlalu aktif, kau baru nak reply order orang di instagram, anak dah main tepung kat dapur.
Jadi, apa yang suami beri, itu sajalah yang dia ada. Ada duit sikit, waktu ke kedai ECO, banyak yang dibeli untuk anak. Diri sendiri? 1 saja.Magic sponge. Syahirah kata bagus sangat magic sponge Timah pun belilah. Cuba nak sental dinding penuh anak conteng guna pensil warna.
Hidup dia, dunia dia, hanyalah suami, dan anak anak.
Rasa rendah diri tu memang ada. Biarpun belajar pandai, Diploma, Degree simpan saja sebagai kenangan. Kawan-kawan semua gaji 5 angka.
Sayang,
Dengar sini. Hidup ini ada yang lebih, ada yang kurang. Tak semua yang dipamerkan di media sosial tu semuanya indah belaka. Yang bekerja juga ada yang mereka struggle juga. Masalah pengasuh, masalah orang gaji curi barang, majikan zalim, rakan sekerja menyakitkan hati , masalah suami tak beri nafkah, masalah terlalu banyak komitmen. Ada yang memang suka bekerja dan tak suka tinggal di rumah. Ada yang terpaksa bantu suami kerana pendapatan suami saja tak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan.
Kita sangka baik ya? Allah beri kita masa bersama anak-anak. Biarlah kita tiada pendapatan, tetapi masih ada kesempatan untuk lihat mereka membesar di tangan kita.
Sesekali kau penat, berehatlah. Cakaplah pada suami energi kau ibarat arnab yang kehabisan bateri sewaktu berlumba lari. Beri masa untuk kau “recharge” semula diri.
#4 DIBEZAKAN MERTUA
Ini jarang berlaku tetapi antara faktor yang menyebabkan suri rumah depressi. Bila bekerja, kita ada duit poket sendiri untuk gembirakan keluarga. Bagi yang tidak bekerja ni, apa yang suami mampu sajalah.
Ada di dalam masyarakat kita terpaksa bersaing secara tidak sihat untuk menangi hati mertua dengan kebendaan.
Astaghfirullahal’azim.
Sayang, jika kau tiada duit ringgit, kau masih mempunyai hati yang baik dan tangan untuk mengembirakan mak ayah. Kau boleh bantu mak di dapur, kau boleh picit kaki mak, kau boleh berbual dengan mak. Sesekali kau masakkan makanan kegemaran mak.
Hidup ni, bukan semuanya boleh dibeli dengan duit ringgit kan? Mak tahu kebaikkan setiap menantu mak.
Melainkan memang mak tak nampak lansung effort kau. Tu kes lain lah.
Jangan rasa rendah diri. Kita kena bangga dengan tugas kita. Tak ada kita anak mak cari spender pun tak jumpa kat longgok mana tau.
#5 MAHUKAN PENGHARGAAN
” Terima kasih sayang, sebab jagakan anak-anak harini, abang sayang sangat sayang, banyak sangat pengorbanan sayang,”
” Sayang, harini pergilah mana awak nak pergi. Abang bagi awak cuti. Abang dengar ada kuliah Dhuha kat masjid depan tu, sayang pergilah topup apa yang patut,”
Tekanan isteri di rumah ni, kadang-kadang anak menangis pun dah tak mampu lagi nak dihadam. Pengisian rohani pun tak ada bila terlalu sibuk menguruskan anak-anak. Aku pasti dalam hati suri rumah semua mahu pergi ke masjid, belajar agama. Di youtube tu memang ada tapi teringin kan nak ke majlis ilmu?
Bawalah isteri dan anak-anak ke Masjid setiap hujung minggu. Suami jagalah anak-anak sekejap. Biar isteri rasa bertenang solat di Masjid. Itu yang dia selalu tak dapat waktu di rumah. Jangan pula bila cuti saja kita pilih melepak di rumah main game. Isteri tu bila yang dia rehat? Dia bukan ada cuti tau? Paling awal bangun tidur, paling lewat masuk tidur. Kalau yang menyusu tu, Allahuakbar, sakit habis badan-badan.
Isteri ni bila letih, penat sangat, makan tak setel, tak dihargai, mula dia naik hantu. Rasanya semua manusia pun begitu kan?
Cuba tengok penampilan dia. Duduk rumah pun mana yang sempat saja. Dia selekeh kerana semuanya dia terpaksa uruskan. Dia terlalu sayangkan keluarga sampaikan abaikan diri sendiri.
#6 SEMUA PERASAAN TERBUKU DIHATI.
Kalau yang bekerja, kita ada masa untuk bersosial.Aku sangat enjoy waktu bekerja. Kau tahu, ada masa untuk makan, untuk solat. Yang best aku suka sangat sebab aku ada kawan nyata. Boleh bersembang, begurau.
Tetapi yang duduk rumah ni, mereka friendlist kat facebook je 5000, tapi sangat lonely.
Tak ada tempat berbual. Buka je mata anak, tutup je mata, anak. Suami balik kerja dan penat. Tak sempat nak dengar pun apa yang terbuku di hati.
Bang, kau genggam la tangan isteri, kau tanyalah dia
” Sayang, hari awak macamana harini? Awak ok? Cuba luah apa yang awak rasa pada abang,”
“Pung pang bla bla bla timah bla bla bla best tau sayang..bla bla bla! Hahahahha…ada ke patut?” Timah mula bercerita.
Gais, kalau tak faham, kau tatap saja muka dia cubalah kau respon sama. dia gelak kau pun gelak. Letaklah telifon di sebelah. kau tatap saja wajah dia.
Wajah tu lah yang mudahkan urusan kau setiap hari. yang uruskan makan pakai kau, uruskan rumahtangga, uruskan anak anak.
Tak ada dia, kau pergi office pakai kain pelekat agaknya.
Allah Allah Allah.
Dalam hidup ni, ramai yang dibesarkan tanpa ada rasa empati terhadap orang lain kan? Tapi tu boleh diperbaiki. Kita cuma perlu belajar menghargai dan menyayangi selagi ada. Buatlah seperti yang Allah minta.
Suami, isteri, datang dari “planet” yang berbeza.
Dibesarkan juga dengan cara yang berbeza.
Tetapi Allah tahu yang terbaik buat hambaNya.
Semua yang diatur pasti ada hikmahnya.
Belajarlah memahami, melengkapi untuk rasa bahagia.
Sekarang zaman yang pergi kemana-mana sekalipun memerlukan duit, bahkan ke tandas juga perlu bayar. Krisis ekonomi yang teruk membuatkan kita terfikir mahu bekerja walaupun suami sudah mempunyai pekerjaan tetap.
Mungkin bagi sesetengah wanita beranggapan bekerja diluar adalah tugas dan tanggungjawab seorang suami. Tahukah anda, zaman sekarang bukan hanya suami yang keluar bekerja, namun isteri juga perlu keluar bekerja bagi meringankan beban belanja bulanan.
Bagi wanita terutamanya, walaupun gaji suami besar, ada yang lebih suka usaha sendiri untuk dapatkan duit tanpa mengharapkan duit lelaki.
Ini antara sebab munasabah kenapa wanita lebih suka guna duit sendiri dari minta dengan suami!
Tak suka bebankan suami
Banyak mana gaji suami pun, isteri tetap fikir yang suami banyak tanggung jawab dan banyak nak pakai duit. Bagi sesetengah wanita, duit yang suami bagi boleh simpan. Duit sendiri boleh dibelanjakan tanpa segan dan rasa bersalah.
Nak elak berlaku kes ungkit
Bukan minta jadi sampai tahap ini tetapi tak pelik kalau pasangan gaduh, terus ungkit bab duit. Padahal lelaki memang wajib bagi nafkah pun, cuma eloklah beringat sebelum orang macam-macam dan berkira.
Puaskan hati keluarga sendiri
Sesekali nak juga belanja adik beradik sendiri dan mak ayah beli macam-macam. Tambah kalau ada adik yang masih kecil dan perlukan duit. Tak sampai hati nak minta dengan suami semata nak hulur adik beradik sendiri, bukan?
Sayang suami lebih
Cukup bertuah kalau suami mampu tetapi selalunya isteri kadang fikir jauh tentang suami. Tak suka susahkan suami sampai kadang suami terpaksa buat dua kerja dan balik lewat malam. Lebih bahagia kalau wanita cari pendapatan sendiri.
Wanita nafsu mereka hanya untuk shopping
Sekarang ni duduk rumah pun boleh ada nafsu nak bershopping. Maklumlah, dunia di hujung jari je. Memang susah nak mengelak dan nak kawal nafsu. Kalau ada duit sendiri, lebih senang nak tekan-tekan. Tak ada orang marah hak sendiri.
Jika anda rasa dengan bekerja sendiri mampu memberi kebahagiaan kepada anda dan suami, rasanya tidak salah berkongsi rezeki dengan pasangan dan anak-anak.
Bagi wanita bergelar isteri pula, sewaktu akad nikah pun pasti akan ada sebentuk cincin, seutas gelang atau rantai diberikan pihak suami sebagai tanda terima kasih kerana sudi menjadi suri hidupnya. Tapi pernah tak terfikir di saat suami susah, isteri akan berkorban harta yang dia ada untuk pastikan kelangsungan hidup keluarganya berada dalam keadaan selesa biarpun hakikatnya itu barang yang cukup dia sayang. Perkongsian Akhtar Syamir menjelaskan apa tanggungjawab suami seandainya isteri reda dan membantu di saat kesusahan dengan merelakan barang kemas kesayangan mereka dilepaskan.
Resit-resit lama dan kotak-kotak yang sudah kosong tidak berisi. Ini adalah gambaran biasa yang sentiasa dibuat-buat tak nampak sedangkan ini sangat memberi kesan kepada si isteri. Sayu hati isteri melihatkan kotak yang dahulunya diisi dengan kegembiraan, kini kosong sudah sekian lama tanpa diketahui bilakah ianya akan kembali. Malah ada yang tidak mungkin akan ada semula.
Jangan ambil mudah barang kemas isteri di pajak gadai. Itu hutang suami kepada isteri. Jadikan ia nombor 1 di dalam keutamaan hutang yang perlu dibayar. Walaupun itu adalah pemberian suami atau sesiapa sahaja pun, ianya bukan satu alasan untuk meletakkan ia sebagai satu “tanggungjawab”. Ianya masih lagi harta kepunyaan mutlak isteri. Ianya masih lagi satu hutang apabila digunakan untuk membantu suami.
Jangan sesekali mengutamakan orang lain jika masih lagi berhutang dengan isteri. Tanya soalan-soalan ini dahulu.
Kawan nak pinjam duit? Hutang isteri dah selesai ke belum?
Adik beradik nak pinjam duit? Hutang isteri dah bayar belum?
Nak beli telefon baru, sport rim dan sebagainya? Hutang isteri dah bayar belum?
Nak belanja ahli keluarga ke sana sini? Hutang isteri tu dah bayar ke belum?
Kenapa isteri harus terus diketepikan? Sedangkan dia yang pertama ada apabila suami dalam kesusahan?
Apabila kita tengok sewaktu PKPB bermula, betapa ramainya orang beratur di Ar Rahnu dan pajak gadai yang lain, ia sepatutnya mendatangkan keinsafan dalam diri. Ada isteri yang beratur untuk pajak barang kemas…
Adakah emas yang diserahkan di kaunter Ar Rahnu itu milik suami? Hampir pasti kepunyaan isterinya. Apakah maksudnya ini? Maksudnya, keluarga itu di dalam kesusahan dan isteri sedang menghulurkan bantuan. Ada yang hanya tunggu di rumah atau di dalam kereta kerana tidak sanggup bersedih.
Saya sendiri yang sudah berkali-kali ke sana, tetap rasa hati ini bagai disiat-siat kerana telah menyusahkan dan membuatkan isteri sedih. Walaupun dia tunjuk yang dia kuat, saya tahu hatinya sedang menangis waktu dia serahkan barang kemasnya untuk digadai dan dijual.
Kita kurang faham sebenarnya ikatan antara wanita dan emas. Kerana ia adalah satu naluri. Apa yang kita boleh buat ialah dengan tidak memperlekehkan perasaan mereka dan cuba memahami kepentingan emas itu buat mereka. Di dalam Ar Rahnu ialah satu tempat di mana ianya dipenuhi dengan keheningan yang menyesakkan. Dapat kita rasakan sendiri “harapan”, “kesedihan” dan “kekecewaan” walaupun tidak ada orang yang bercakap pada waktu itu. Suasana itu sangat memberi keinsafan. Ramai yang sedang menunggu giliran tertunduk kepalanya tidak mampu diangkat tinggi kerana ditekan perasaan-perasaan itu.
Kepada sesiapa yang pernah masuk Ar Rahnu, mesti tahu perasaan dalam tu. Sunyi sepi. Hanya kedengaran orang di kaunter bercakap-cakap. Riak wajah masing-masing sugul. Jika ada senyum pun, kita boleh tahu senyuman itu sekadar memujuk hati.
Bayarlah hutang isteri seberapa segera yang boleh. Berhenti tolak kewajipan itu ke tepi. Hargai orang yang membantu di saat kita memerlukan.